Sunday, September 14, 2008

Rakyat Perlu Bijak dan Jangan Terpedaya

Sejarah politik Malaysia membuktikan apabila UMNO/BN dalam keadaan terdesak dan merasakan kuasa mereka akan tergugat, isu agama Islam dan perkauman akan dimainkan bagi mendapatkan semula sokongan rakyat.

Hari ini perkara serupa diulangi lagi. Yang menjadi mangsa 'permainan keji' ini sudah tentulah pihak pembangkang dan golongan insan yang berani mendedahkan segala kepincangan dan penyelewengan mereka.

RPK ditahan di bawah ISA atas dakwaan menghina Islam dan Nabi Muhammad ekoran artikel yang disiarkan di dalam laman webnya Malaysia Today. Artikel yang didakwa sebagai menghina Islam dan Nabi Muhammad itu bertajuk "I promise to be a good and non-hypocritical Muslim" (Saya berjanji menjadi orang baik dan sebagai Muslim yang tidak munafik) dan "Not all Arabs are descendants of the Prophet" (Bukan semua orang Arab itu berketurunan Nabi).

Cuba kita teliti tajuk artikel yang didakwa sebagai menghina Islam dan Nabi Muhammad ini. Bagi pandangan saya, tidak ada salahnya tajuk artikel ini.

Saya akan cuba menterjemahkan artikel RPK yang bertajuk 'I promise to be a good and non-hypocritical Muslim" setakat mana yang termampu. Selepas itu anda nilai sendiri adakah artikel ini menghina Islam ?

Orang Islam tidak tahu bagaimana menjadi seorang Muslim sebenar. Orang Islam melakukan perkara yang bercanggah dengan Islam. Orang Islam bersikap hipokrit. Inilah yang merosakkan Malaysia. Inilah penyakit yang sedang melanda dalam masyarakat kita.

Saya bersetuju dengan pendapat RPK ini. Kita jangan lupa bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda dengan maksud "Umat aku berpecah kepada 73 golongan. 1 golongan yang selamat dan 72 lagi masuk neraka."

Di akhirat kelak setelah golongan mujrimun (kafir) dipisahkan dengan golongan orang yang beriman (Islam), maka kedudukan manusia di Mahsyar terbahagi kepada 2 golongan. Kemudian Allah SWT memerintahkan Nabi Adam AS : "Wahai Adam, hantarlah kiriman ke neraka." Lalu Nabi Adam bertanya semula kepada Tuhan : "Sebanyak mana wahai Tuhan ?" Allah SWT menegaskan : "Bahawa daripada 1,000 orang, 999 untuk neraka, hanya satu daripada seribu yang dimasukkan ke syurga."

Mulai dari saat itu, orang Islam yang menyeleweng dari ayat-ayat Allah dikeluarkan dari kumpulan orang yang beriman tadi. Yang tinggal hanya hanya satu genggaman sahaja yang akan dimasukkan ke dalam syurga.

Allah SWT memberitahu kepada kita semua yang hidup di dunia ini supaya menjadi orang Islam yang sebenar-benarnya. Yaitu beriman dan bertaqwa kepadaNya. Jelaslah kepada kita sekarang bahawa daripada 1,000 orang Islam yang ada hari ini, yang diterima Islamnya hanya seorang sahaja jika kita merujuk kepada penegasan Allah kepada Nabi Adam.

Jadi, memang benar kenyataan RPK. Tidak ada salahnya.

Komen saya mudah. Sebenarnya puak-puak pimpinan UMNO yang terasa 'sakit' dengan artikel RPK ni. Saya bukan menuduh tetapi sebagai seorang Muslim kita boleh menilai siapa puak-puak ini. Dalam Al-Qur'an, Allah ada menceritakan kepada kita bagaimana sikap Abdullah bin Ubai (bapa munafik Madinah) yang berpura-pura beriman tetapi dialah sebenarnya musuh No.1 Islam. Dialah yang menjadi perancang utama menghalang dakwah Rasulullah di Madinah. Salah satu daripada perancangan jahatnya ialah dengan mendirikan Mesjid Dhirar bagi memecahbelahkan orang Islam pada waktu itu.

Apa bezanya dengan sikap pimpinan UMNO yang ada hari ini. Golongan pendakwah Islam yang berani bercakap tentang Islam sebenar ditekan, disekat dan ada yang ditahan dengan pelbagai alasan yang sengaja direka bagi mengaburi mata rakyat. Golongan artis yang menghina isteri Rasulullah SAW tidak pernah dipersalahkan malahan tiada tindakan yang diambil. Dah beratus ribu anak Melayu murtad, tiada sebarang tindakan tegas diambil. MEMANG JELAS BETAPA MUNAFIKNYA PIMPINAN UMNO.

Memang pimpinan UMNO ini beragama Islam. Islam kulit. Mengapa setelah sekian lama jadi pemerintah dalam negara ini tetapi puak-puak ini masih mengguna dan mengekalkan undang-undang penjajah sehingga ke saat ini. Kita jangan lupa bahawa Perlembagaan Persekutuan yang ada hari ini telah dirangka dan disusun oleh satu Suruhanjaya Bebas yang dipengerusikan oleh Lord William Reid. Sila klik di sini.

Takkanlah kita tak boleh menilai bagaimana kedudukan AQIDAH seorang Islam yang memerintah tapi dengan sengaja mengenepikan Undang-Undang Allah (Al-Qur'an).

Sekian.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger