Monday, August 8, 2011

Tragedi berdarah Tanjung Periuk dan Memali

Sebut saja wabak 'penyakit' apa yang tak melanda negara sejak merdeka lagi. Dan siapa yang jadi pemerintah dalam tempoh lebih setengah abad itu? Tentunya UMNO. Siapa dia UMNO tu? United Malays National Organization. Apakah dasar dan perlembagaan UMNO? Kebangsaan dan Sekularisma. Sekularisma tu apa? Fahaman yang memisahkan agama dengan politik? Undang-undang apa yang diguna-pakai UMNO selama ini sebagai dasar pemerintahan negara? Perlembagaan Persekutuan yang disediakan oleh satu suruhanjaya yang dibentuk oleh penjajah Kristian Inggeris. Apakah nama Suruhanjaya itu? Suruhanjaya Reid.

Jelas di sini memang UMNO merupakan anak didik penjajah Kristian. Justeru, sejak hari pertama mendapat kemerdekaan 'pondan' dari penjajah pada 1957, UMNO telah diberikan mandat oleh British untuk mengetuai kerajaan Tanah Melayu dengan beberapa syarat yang mesti dipatuhi. Antaranya;

1- UMNO mesti guna dan melaksanakan Perlembagaan Suruhanjaya Reid sebagai undang-undang tertinggi Tanah Melayu dalam pemerintahannya.

2- UMNO mesti melantik wakil kaum Cina dan India dalam Kabinet Persekutuan bagi mewujudkan Kerajaan Perikatan pada masa itu. Kini dikenali Barisan Nasional.

3- UMNO mesti meneruskan dasar Inggeris dengan menekan atau memusnahkan sama-sekali sebarang pertubuhan atau gerakan Islam yang dilihat boleh menggugat pengaruh politik sekular mereka.

Dan UMNO memang telah melaksanakan pelbagai bentuk kezaliman termasuk bunuh bagi memastikan kuasa politik sekular mereka sukar digugat. Antara akta zalim peninggalan British yang masih dipertahankan UMNO adalah ISA. Setelah ketiadaan komunis, akta zalim itu masih dikekalkan bagi menahan musuh politik demi kepentingan kuasa politik jahat UMNO itu sendiri. Polis diperalatkan bagi mereka-reka tuduhan palsu dan fitnah jahat terhadap musuh politik UMNO bagi menghalalkan tindakan penahanan di bawah ISA.

Peristiwa Memali 1985 merupakan antara bukti betapa jahatnya UMNO yang sanggup melakukan apa saja bagi menghalang dan memusnahkan sama-sekali pengaruh gerakan Islam di tanahair.

Rupanya memang ada pakatan konspirasi jahat antara Mahathir dan Suharto sebelum tercetusnya tragedi berdarah Memali itu. Sebelum berlakunya pembunuhan Ustaz Ibrahim Libya dan 13 muridnya pada 19 November 1985, telah berlaku terlebih dahulu Peristiwa Berdarah Tanjung Periuk, Jakarta.

Dalam kejadian yang berlaku pada 13 September 1984, sepasukan tentera Indonesia (ABRI) dari pelbagai rejimen telah menghalang dan menembak umat Islam yang sedang berarak selepas berakhirnya ceramah besar-besaran di Tanjung Periuk, Jakarta Utara. Akibatnya, 38 orang telah menemui syahid termasuk Mujahid Hj Amir Bakri, seorang tokoh Islam Jakarta Utara dab bekas pejuang tahun 1966 yang menumbangkan Gestapo Parti Komunis Indonesia (PKI) yang berniat untuk menjadikan Indonesia negara sosialis nasionalis.

Ratusan umat Islam yang ditembak mengalami kecederaan parah dan ringan. Yang syahid dan cedera termasuk orang tua, wanita dan kanak-kanak. Orang yang bertanggungjawab memberikan arahan pembunuhan beramai-ramai ini ialah Jeneral TNI Murdani atas restu Presiden Suharto. Kedua-dua manusia laknatullah ini telah pun mampus.

Tak perlulah penulis nak jelaskan lagi tentang Peristia Berdarah Memali sebab umum sedia maklum akan tragedi berdarah itu. Tiada bezanya antara rejim UMNO dengan rejim Suharto. Sama-sama memusuhi Islam.

Apa yang penting bagi kita umat Islam, lebih-lebih lagi ketika sedang menjalani 'ibadah puasa, mesti menguatkan azam dan iltizam melakukan perubahan dalam diri, keluarga dan negara. Wajib bagi kita semua untuk segera kembali pada tuntutan Al-Qur'an dan Sunnah secara total.

Dah sampai masanya kita meninggalkan toghut UMNO sebelum nyawa melayang.

Salam Ramadhan Al Mubarak.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger