Sunday, August 28, 2011

Isu DUMC : UMNO masuk perangkap Cikgu Pa

Macam biasalah, sang munafiq UMNO akan menonjolkan dirinya sebagai pembela Islam bila ada isu yang menyentuh soal agama. Dulu dalam isu kalimah Allah, UMNO melalui NGO-NGO Melayunya terus buat gegak-gempita di sekitar ibu negara dengan beberapa siri demo. Ada yang melaungkan kata-kata seperti "Jangan gugat kesucian Islam jika tak mahu mandi darah", "Jangan cabar kesabaran kami", "Gereja biadap" dan pelbagai ungkapan yang boleh menimbulkan ketegangan kaum dalam negara.

Dan UMNO memang cukup suka jika provokasi NGO-NGOnya disambut oleh pihak sebelah namun dalam isu itu, tiada siapa yang menyahut atau melayannya sebab cukup sedar dan faham akan tektik kotor pecah-perintah amalan parti Melayu hapraq itu. Kita masih ingat bagaimana PM Najib membuat kenyataan terbuka "Apa salahnya rakyat mahu berdemo. Biarkan, itu hak mereka" ketika isu kalimah Allah sedang panas. Dan dipanaskan lagi dengan insiden sebuah gereja dibakar.

UMNO mengharapkan agar PAS turut melenting dalam isu tersebut tapi harapan hanya tinggal harapan kerana PAS cukup arif dengan permainan kotor parti Melayu itu.

Reda isu kalimah Allah, muncul pula isu serbuan JAIS ke atas DUMC beberapa minggu lalu. Ianya jadi hangat bila 12 orang Islam dikatakan turut hadir di dalam majlis anjuran pihak gereja Katholik itu.

UMNO melihat isu DUMC itu boleh dijadikan 'modal besar' untuk meraih kembali sokongan pengundi Melayu Islam dalam PRU akan datang bila Pakatan Rakyat dilihat seolah-olah bersikap liberal dalam isu ini. Tika merasa begitu yakin isu DUMC itu boleh melonjak kembali imejnya, tiba-tiba UMNO terduduk dengan kenyataan terbuka Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustapha Ali yang mendedahkan dia ada maklumat tentang penglibatan UMNO sebagai dalang serbuan JAIS ke atas DUMC.

UMNO tentu menggelabah dengan pendedahan Cikgu Pa. Demi untuk menyembunyikan pekungnya, lalu UMNO Selangor mendesak SU Agong PAS itu segera menarik-balik kenyataan itu dan memohon maaf atau berhadapan dengan tindakan mahkamah. UMNO ingat SU Agong PAS itu takut dengan amaran. Sorrylah... Malah Cikgu Pa balas amaran itu dengan nada sinis "Kita jumpa di mahkamah. Saya akan dedahkan bukti yang ada di tangan..."

Pimpinan UMNO ingat orang lain pun macam mereka juga. Suka buat fitnah, menipu, rasuah, menyeleweng dan seumpamanya. Jadi, bila Cikgu Pa buat kenyataan begitu, lalu dianggap fitnah walhal mereka lupa pimpinan PAS tak akan mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa bukti.

Kita tunggu saja pertarungan kedua pihak dalam mahkamah nanti jika UMNO benar anak jantan. Setahu penulis, UMNO ni hanya berani cabar dan cakap dalam media saja. Kalau benar UMNO sanggup berhadapan dengan Cikgu Pa di kamar mahkamah, sila teruskan hasrat untuk menyaman pemimpin PAS itu.

Bagi penulis, UMNO telah masuk dalam perangkap yang dipasang sendiri.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger