Wednesday, August 10, 2011

Fokus isu sebenar, usah terperangkap mainan si munafiq

Sebagai rakyat, kita seharusnya bijak dalam memahami beberapa isu besar yang membabitkan kepentingan negara dan rakyat seluruhnya. Bukannya jadi pak turut 24 jam melalui laporan media perdana semata-mata tanpa menilai samada maklumat tersebut benar atau sebaliknya. Malangnya itulah sindrom 'yes men' yang dihidapi oleh sebahagian besar rakyat negara ini, khususnya Melayu Bumiputera. Dah berpuluh tahun ditipu namun tiada tanda-tanda perubahan sikap mereka, terutamanya yang tinggal di luar bandar.

Menyentuh soal ini, tidak dinafikan UMNO cukup berjaya menanamkan doktrin fahaman sesat dan khurafat ke dalam minda majoriti Melayu Bumiputera. Antara fahaman sesat yang ditanam hingga diimani oleh sebahagian besar Melayu ialah kepercayaan tiadanya politik dalam Islam. Seterusnya fahaman khurafat "Hanya UMNO yang boleh memerintah. Tanpa UMNO, maka hilanglah kuasa Melayu dalam negara" yang kerap bermain di bibir pemimpin munafiq UMNO bila bertemu rakyat.

Langsung penulis tak hairan dengan sikap pimpinan UMNO yang kerap memperbodohkan bangsanya sendiri sebab memang itulah perangai golongan munafiq yang dijelaskan oleh Allah dalam Al Qur'an. Golongan munafiq ini memang pandai bermuka-muka demi kepentingan kuasa. Bila terdesak, mereka akan berpura-pura beriman dengan menonjolkan diri kononnya pembela agama melalui beberapa konspirasi yang diatur agar rakyat percaya. Dalam isu kalimah Allah, kita sendiri boleh lihat gelagat juak-juak mereka yang cuba menjuarai isu agama. Kenyataan berbaur ugutan bagi mewujudkan suasana tak harmoni antara kaum dan sebagainya. Ada yang kata "Jangan cabar Islam kalau tak mau mandi darah".

Yang peliknya nape sejak PRU12, UMNO macam orang gila hingga sanggup melakukan apa saja untuk memaksa rakyat menyokong UBN semula dalam PRU13. Konspirasi fitnah II terhadap DSAI, misteri kematian Teoh Beng Hock, setpol Exco kerajaan PR Selangor, konspirasi merampas kembali kerajaan PR Perak dan seumpamanya.

Semua kerja jijik UMNO dengan kerjasama Polis dan agensi kerajaan merupakan amalan biasa sejak turun-temurun demi kerakusan kuasa politik jahat mereka. Ianya juga merupakan kaedah serampang dua mata bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu sebenar yang mendedahkan kepincangan dan kejelekan dasar pemerintahan UMNO selama ini.

Yang terkini, timbul pulak isu serbuan JAIS dan Polis ke atas majlis yang diadakan di DUMC yang kononnya didakwa ada usaha untuk menyebar ajaran Kristian pada orang Islam yang hadir pada majlis itu. Kita tunggu saja laporan penuh JAIS selepas 'Idilfitri. In person, penulis memang tak berapa nak percaya dengan JAIS ni sebab ramai sangat ustaz UMNO dalamnya. Dan jangan kita lupa siapa dia Kasrin, SUK Selangor sekarang dan cerita di sebalik isu perlantikannya dulu.

UMNO tak layak nak sembang soal agama sebab diri sendiri dah sesat sejak lahir lagi. Tak usah nak menjuarai pulak isu murtadlah... Loya tekak aku ni. Dah beratus ribu anak orang Islam murtad sepanjang UMNO mengetuai kerajaan, apa yang mereka buat? Dalam kes murtad Nor Aisyah Hj Bokhari, Hartina Kamarudin, Lina Joy dan banyak lagi, kenapa UMNO membisu walhal ada kuasa di tangan untuk mencegahnya.

Rakyat dinasihatkan jangan terpedaya dengan permainan licik UMNO APCO sekarang. Tumpukan sepenuh perhatian terhadap isu besar yang melibatkan hak dan kepentingan rakyat seluruhnya serta masa depan negara. Bukannya kita 'terpesona' dengan 'lagu pembohongan' di dada media perdana yang liriknya ditulis oleh rejim Najib Rosmah laknatullah.

Antara isu besar yang rakyat semakin lupa adalah;

Isu Biasiswa

Telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa hak biasiswa kepada golongan Melayu Bumiputera terjamin. Tapi kini hak tersebut telah dirampas oleh UMNO dengan alasan mahu menjimatkan wang kerajaan. Akibatnya, anak-anak Melayu Bumiputera yang belajar di IPTA dan IPTS terpaksa menanggung hutang PTPTN.

Isu saham Bumiputera RM54 bilion

Hari ini baru kita tahu rupanya selama ini ada peruntukan saham berjumlah RM54 bilion untuk Bumiputera. Malangnya baki yang tinggal hanya RM2 bilion saja sekarang. Ke mana pergi RM52 bilion itu? Jawabnya, telah disapu oleh puak-puak pimpinan atasan UMNO untuk dibahagikan pada keluarga, saudara-mara dan kroni mereka. Bayangkanlah betapa dahsyatnya pengkhianatan yang telah dilakukan oleh puak-puak bangsat UMNO selama ini terhadap bangsanya sendiri.

Isu kenaikan menggila harga minyak

Hari ini rakyat terpaksa menanggung kos RM1.90 seliter petrol daripada RM1.20 seliter, walhal negara kaya dengan hasil petroleum. Setiap tahun kerajaan memperolehi pendapatan kira-kira RM96 bilion dari hasil emas hitam ini. Ke mana letaknya kewarasan kita hingga menerima saja kenaikan ini sedangkan negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi, Brunei dan Venezuela boleh memberikan harga petrol yang murah untuk rakyatnya dengan kadar antara 40 sen - 50 sen seliter saja. Kesan daripada kenaikan ini menyebabkan rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga barangan keperluan yang lain. Akibatnya inflasi meningkat.

Isu skandal Scorpene dan pembunuhan Altantuya

Isu ini merupakan kemuncak pada segala kejelekan, penyelewengan dan jenayah pimpinan UMNO selama ini dan secara langsung membuktikan kekejian UMNO itu sendiri. Sekelip mata saja RM500 juta wang rakyat disapu oleh Najib Rosmah melalui pembelian dua biji kapal selam Scorpene. Bukan sekadar wang rakyat saja melayang, malahan nyawa seorang ibu muda Mongolia turut melayang sama. Pembunuhan kejam Altantuya Shaaribu membuktikan pemimpin UMNO sanggup lakukan apa saja bagi menyembunyikan jenayah mereka. Najib Rosmah tak boleh lari daripada isu ini walau pelbagai cara dilakukan. Yang terkini, skandal pembelian Scorpene akan dibicarakan di Mahkamah Peranchis. Secara tak langsung misteri pembunuhan Altantuya akan turut terbongkar sama.

Isu hutang negara RM369.62 bilion tahun 2010

Akibat amalan pembaziran, penyelewengan dan rasuah kronik para pemimpin UMNO dan pegawai tinggi kerajaan, hari ini negara (rakyat) terpaksa menanggung hutang lapuk hampir RM400 bilion. Dalam Parlimen didedahkan belanjawan defisit kerajaan UMNO BN selama 13 tahun berturut-turut. Renungkanlah bagaimana negara yang kaya dengan hasil petroleum dan pelbagai hasil bumi boleh berhutang sebegitu besar. Angkara pemerintahan korup, negara (rakyat) dipaksa menanggung hutang sedangkan pemimpin atasan hidup mewah dengan nilai harta puluhan dan ratusan juta.

Dan banyak lagi isu rakyat yang menyebabkan kerajaan UMNO BN panas dibuatnya. Isu Felda, Felcra, isu tanah adat anak negeri di Sabah dan Sarawak. Isu hak pemilikan tanah dinafikan dan sebagainya. Manakala di Semenanjung, isu penyelewengan tanah rakyat do Felda dan Felcra yang berjaya didedahkan oleh Anak.

Dan yang terpenting sekali ialah tugas kita dalam PRU13 nanti. Tugas wajib kita ialah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru Malaysia. Insya'Allah.

Salam4all.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger