Thursday, August 18, 2011

Kini Panglima ATM pulak jadi Ketua Cawangan UMNO

Selepas Pengerusi SPR, Timbalan dan Setiausahanya berlagak macam Ketua Cawangan UMNO, kini giliran 'Kepala Hapraq ATM' pulak buat kenyataan dangkal dan bodoh untuk membela big bosnya, kerajaan UMNO BN dalam isu undi tentera. Kenyataan yang dibuat oleh Panglima ATM hari ini dilihat sebagai langkah untuk menutup pekong penyelewengan undi dalam ATM sebaik saja beberapa orang pesara tentera membuat pengakuan yang mereka pernah terlibat dalam memangkah kertas undi kosong bagi memenangkan calon UBN. Bagi penulis, Panglima ATM boleh nafikan semahunya segala dakwaan penyelewengan tersebut, namun rakyat hari ni semakin cerdik dan boleh menilai yang mana betul atau salah.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menegaskan bahawa Angkatan Tentera Malaysia menafikan sekeras-kerasnya dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya semalam.

Beliau bagaimanapun tidak menyalahkan bekas anggota berkenaan yang didakwanya "mungkin telah dipergunakan sebagai alat."

"Saya sudah periksa (dakwaan itu). Sebab itu saya berani menyangkal.

"(Dakwaan) itu tidak betul, tidak ada kesahihannya," katanya lagi yang mencabar supaya bukti dikemukakan untuk mengukuhkan dakwaan.

Beliau sebaliknya menyalahkan Pemuda PAS yang menganjurkan sidang media menampilkan empat orang bekas tentera tersebut.

"Saya tidak mahu salahkan bekas tentera saya. Mungkin mereka ada kekurangan masing-masing.

"Saya boleh ibaratkan (tindakan Pemuda PAS) sebagai tindakan pengkhianatan sebab ambil kesempatan," katanya lagi ketika ditanya sama ada angkatan tentera akan mengambil tindakan ke atas bekas anggota berkenaan.

Ketika ditemui selepas itu, Zulkifeli dengan tegas berkata tindakan memangkah undi bagi pihak anggota lain seperti didakwa itu "tidak boleh berlaku."

"Macam mana ia boleh berlaku, kita tidak akan benarkan ia berlaku," tambah Zulkifeli lagi, mengulas dakwaan yang ditimbulkan bekas anggota tentera itu bahawa mereka diarahkan untuk memangkah ribuan kertas undi semasa pilihan raya sebelum ini.

Dalam sidang medianya, Zulkifeli berkata tindakan "mencemuh" sistem yang digunakan pakai dalam angkatan itu juga serius kerana boleh menjejaskan moral anggota tentera, katanya lagi.

ATM apolitikal

"Saya tertanya-tanya kenapa sidang akhbar semalam dilakukan, sedangkan perdana menteri telah berkata jawatankuasa terpilih parlimen akan diwujudkan (bagi memperbaiki sistem pilihan raya).

"Adakah (Pemuda PAS) ingin timbulkan kontroversi berhubung isu itu, selepas tuduhan yang kata (orang) yang mempunyai status penduduk tetap dalam masa empat jam diberi (status) warganegara, isu ini pula yang timbul.

"Adakah ini usaha untuk cemarkan imej ATM atau mahu serang kami? Mahu pecah belahkan kami?," katanya lagi dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur petang ini.

Jelasnya, angkatan tentera sentiasa bersikap apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Tambahnya, pihak yang bercita-cita untuk memerintah perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat terlebih dahulu dan juga menyokong angkatan tentera.

"Anda perlu sokong kami, akui pengorbanan kami... Tidak kira siapa pun yang perintah, ini sajalah angkatan bersenjata yang ada.

"Jika anda tidak setia kepada kami, bagaimana kami tidak boleh jadi tidak setia kepada anda?" kata Zulkifeli lagi. - malaysiakini

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger