Monday, August 8, 2011

Cincin bini RM24 juta, rakyat dapat bonus hampas

Hari ini kerajaan UMNO APCO mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji pada seluruh kakitangan awam termasuk pesara. Bonus akan dibayar pada pertengahan bulan ini sempena kedatangan 'Idilfitri. Mahu tak mahu, Najib terpaksa juga beri bonus 'memujuk' memandangkan imej kerajaan UMNO BN pimpinannya semakin teruk tercalar ekoran Bersih 2.0. Malah Najib kini berhadapan dengan tekanan dari dalaman UMNO sendiri yang mendesaknya berundur.

Penulis menyeru pada kakitangan awam agar jangan terpedaya dengan pemberian bonus ini kerana ianya memang haq rakyat. Apa ertinya bonus setengah bulan gaji jika dalam waktu yang sama rakyat terus disembelih dengan kenaikan harga petrol, barangan keperluan, tarif elektrik dan air.

Kalaulah pemberian bonus 'hampas' ini berjaya mengubah pendirian hingga kembali menyokong UBN dalam PRu13, memang banganglah kakitangan awam kerana nilai jiwa mereka boleh dijual-beli dengan wang bonus setengah bulan gaji.

Hari ini seluruh rakyat terpaksa menanggung kenaikan sara hidup antara RM300 - RM500 sebulan. Cuba tanya rakyat yang tinggal di bandar, khususnya di Kuala Lumpur. Yang berpendapatan RM1,500 - RM2,000 sebulan masih dikategorikan sebagai miskin ekoran kos sara hidup yang terus meningkat dari masa ke semasa hasil 'kebijaksanaan' kerajaan UMNO BN memerintah lebih 52 tahun.

Samada pembaca mahu percaya atau tidak, Malaysia sebenarnya dah lama jatuh bankrap jika tiada hasil petroleum. Untuk pengetahuan semua, baru-baru ini seorang jurutera kanan Petronas beritahu syarikat petroleum nasional itu telah diarahkan oleh Najib supaya menyedut hasil gas dan petroleum sebanyak mungkin tanpa ambil kira soal kuota bagi menampung wang perbendaharaan yang menyusut teruk. Maksudnya, jika rizab petroleum negara boleh bertahan 50 tahun dengan mematuhi kuota, mungkin sekarang hanya tinggal 20 tahun saja. Itu pun entah.

Dalam keadaan negara memiliki kekayaan hasil petroleum, tapi rakyat terus didera dengan kenaikan menggila harga petrol dan diesel. Bila minyak naik, secara automatiknya harga barangan lain turut sama meningkat.

Soalnya, kenapa ini berlaku?

Sebab kerajaan banjingan UMNO BN ini serupa saja dengan rejim Mubarak Mesir. Segala kekayaan negara bukan untuk dinikmati oleh rakyat jelata, tapi sekadar berlegar di kalangan elit pimpinan UMNO BN, keluarga dan kroni mereka saja. Amalan rasuah dan penyelewengan serta perlaksanaan projek mega yang karut-marut telah menyebabkan Malaysia hari ini menjadi negara sakit sebagaimana Turki di era pemerintahan Kamal Ataturk.

Wahai rakyat, ayuhhh!!! bangkitlah dari lena tidur mu. Jangan kita pertaruhkan nasib anak cucu kita dan negara ini di tangan pemimpin jahannam UMNO BN yang sekian lama bermaharajalela menjadi negara ini macam bapak dia punya.

Toleh ke Tunisia dan Mesir. Rakyat di kedua-dua negara itu telah bangkit secara total kerana kezaliman dan penyelewengan pemerintah mereka dah sampai ke tahap melampaui batas. Kini Najib Rosmah sedang menuruti jejak langkah Ben Ali dan Mubarak.

Apakah kita mahu tunggu negara ini bankrap, baru nak sedar dan berubah. Masa tu dah terlambat.

PRU13 adalah peluang terbaik untuk kita semua selamatkan Malaysia dengan bersama Pakatan Rakyat.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger