Friday, August 5, 2011

Syabas KM Lim Guan Eng

Walaupun beliau masih belum Islam tapi begitu komited untuk melaksanakan dasar pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz di negeri jajahan takluknya. Walau baru 3 tahun menjadi Ketua Eksekutif kerajaan negeri, namun beliau telah mengotakan apa yang dikata. Kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuainya telah melaksanakan dasar pemerintahan yang telus, adil dan berjimat-cermat. Ini disahkan oleh MiTi dan Jabatan Ketua Audit Negara tahun lepas.

Menurut laporan MiTi, Pulau Pinang menerima kemasukan pelaburan FDI (Foreign Direct Investment) yang kedua tertinggi selepas Selangor pada tahun 2010, dan menduduki tangga teratas pada tahun ini. Manakala di sudut pengurusan kewangan negeri secara berhemah dan telus, Ketua Audit Negara mengesahkan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sebagai yang terbaik dan diikuti oleh Selangor.

Menurut laporan Transparency International, Pulau Pinang menduduki tempat pertama sebagai negeri yang bebas rasuah.

Dan semalam, Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang mengakui serta menyanjung tinggi dasar dan pendekatan profesional Ketua Menteri Pulau Pinang dalam melaksanakan dasar tender terbuka yang telus dan adil kepada semua kontraktor tanpa mengambil kira fahaman politik.

Dalam satu kenyataan media yang dibuat, Pemangku Yang DiPertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang, Dato' Izham Merican mengecam kenyataan Ketua Wanita MCA, Tan Cheng Liang yang sengaja menimbulkan isu perkauman terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng kononnya anti Cina apabila memberikan peluang kepada kontraktor Melayu berbanding kaum lain menerusi sistem terbuka.

Jelasnya, sepertimana yang dinyatakan oleh Lim sendiri bahawa semua peluang yang diperolehi oleh kontraktor bumiputra berdasarkan kemampuan mereka sendiri bukan kabel politik sebagaimana yang menjadi amalan dulu.

Baginya, MCA begitu jahil tidak mengerti istilah tender terbuka yang membenarkan semua kaum dan bangsa bersaing untuk semua projek kerajaan negeri termasuk projek yang melebihi RM200 ribu dengan memilih harga yang paling baik dan berkualiti.

"Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang menolak sekeras-kerasnya kenyataan yang berbaur sentimen perkauman. MCA sanggup menghina kontraktor melayu dengan perpepsi negetif sebegini. MCA seolah memandang rendah keupayaan kontraktor Melayu sedangkan ia tertakluk kepada kemampuan kontraktor itu sendiri. Nak buat macamana kontraktor Melayu lebih terserlah dalam hal ini, " terangnya.

Walaupun ahli Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang banyak ahli Umno namun Lim sebagai Ketua Menteri nyata berjaya menampilkan dirinya profesional dengan mengenepikan fahaman politik dalam soal projek berbanding dulu mesti mendapat kebenaran Ketua Bahagian parti.

Menurut Datuk Izham lagi, dasar yang menjadi amalan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyenangkan kerjasama antara ahli persatuan dengan Ketua Menteri yang bijak membezakan yang mana politik dan perniagaan.

"Kita sanjung pendekatan Ketua Menteri kerana membantu kontraktor bumiputra. Kejayaan itu bukan kerana rasuah sebaliknya kemampuan yang ada pada kontraktor itu berbanding kontraktor lain, " terang beliau.

Kaum lain kata beliau, tidak perlu bimbang kerana kebanyakan pembekal bukan bumiputra begitu juga pekerja mereka. Bila setiap tawaran diperolehi oleh kontraktor bumiputera maka kaum lain juga memperolehi keuntungan.

Setahu kami tambahnya, Lim merupakan tokoh pentadbiran yang baik, maka beliau tidak akan sekali-kali mengenepikan kaum lain dalam semua aspek pembangunan apatah lagi perbinaan walaupun dicemuh oleh segolongan yang sengaja buat tidak faham dasar Kerajaan Negeri.

'Ayuh Kita Bersama Pakatan Rakyat Dalam PRU13'

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger