Tuesday, April 13, 2010

Tareqat Air Ludah pulak...

Macam-macam hal kat Malaysia ni. Lepas satu, satu... tak pernah reda. Macam-macam ajaran sesat tumbuh. Dulu ada satu kumpulan Tareqat kat Selangor yang dah tak perlu solat 5 waktu lagi. Memadai hanya dengan niat je kerana maqam mereka dah tinggi. Lepas tu kecoh pulak pasal Cikgu Kahar yang mendakwa dirinya Rasul orang Melayu. Dan yang terkini ajaran Tareqat Air Ludah di mana para muridnya dikehendaki meminum air ludah guru bagi mendapat berkat.

Bila baca pasai ni dalam malaysiakini, tergelak sakan saya dibuatnya kerana mengenangkan betapa bebalnya para pengikut Tareqat Ludah ni.

Tentu kita masih ingat sewaktu perbicaraan kes Rasul Melayu, ada beberapa pengikut Cikgu Kahar ni di interview oleh media. Ada seorang makcik tu dengan penuh bangga berkata "Hei, kita semua dah dijamin Syurga oleh Nabi kita. Kamu mana ada Nabi. Nabi Muhammad tu Rasul untuk orang Arab. Kita orang Melayu kena ikutlah Rasul Melayu." Yang peliknya tu bukan setakat orang macam makcik tu je jadi pengikut malah ramai di kalangan profesional dan intelektual pun boleh terpengaruh dengan Cikgu Kahar ni.

Bagi saya, UMNO yang menjadi punca utama kepada tumbuhnya pelbagai kumpulan ajaran sesat di tanahair ini. Sebabnya di samping menjadi parti politik, UMNO juga merupakan salah satu pertubuhan ajaran sesat. Tak sesat lagikah namanya bila berfahaman sekular Kristian. Cumanya Majlis Fatwa tak berani keluarkan fatwa sesat pada UMNO. Almaklum sajalah... cari makan beb... Salah cakap, lingkup periuk nasi. Hilang gelaran Dato' atau Tan Sri pulak.

Sebab itulah kita boleh lihat sendiri bagaimana UMNO hanya membiarkan saja pelbagai jenis kumpulan ajaran dan fahaman sesat tumbuh dengan pesat dalam negara. Umpamanya Sister In Islam, Jemaah Al-Qur'an Malaysia, IFC dan lain-lain.

Macam kes Kumpulan Ayah Pin. Kalau tak PAS yang dedahkan, nescaya UMNO akan diamkan saja. Dengar khabarnya ada pimpinan UMNO yang gunakan khidmat Ayah Pin ni. Mintak tangkal. Sampai sekarang pun Ayah Pin tak ditangkap.

Satu lagi contoh, Jemaah Al-Qur'an Malaysia yang diketuai oleh Kasim Ahmad. Kumpulan ini menolak Hadis. Sehingga hari ini tiada sebarang tindakan diambil dan dibiarkan bergerak sebebasnya. Perlu diingat, jika sudah menolak Hadis, akhirnya akan menolak Al-Qur'an.

Perlu difahami UMNO memang suka dengan kumpulan-kumpulan sesat sebegini sebab para pengikut kumpulan ini memang menjadi pengundi setia kepada UMNO/BN dalam PRU. Begitu jugalah dengan 250,000 anak orang Islam yang murtad. Sudah tentu jumlah sebesar ini akan terus memberi undi pada mereka.

Kesimpulanya, UMNO adalah bapak kepada segala ajaran sesat yang ada hari ini. Juga sebagai paksi kepada segala kejahatan yang ada.

Tak tahulah pulak lepas ni kumpulan tareqat apa yang muncul. Kot-kot lepas ni ada pulak kumpulan Tareqat Jilat yang gurunya perempuan. Lepas tu para pengikutnya diminta 'menjilat' untuk dapat keberkatan. Kalau betul berlaku, pendek kata ramailah lelaki yang jadi muridnya. Mungkin Najib, Anuar Musa, Rahim Thamby Chik pun akan join sekali. Entahlah... apalah nak jadi dengan negara ni.

Seluruh umat Islam wajib kembali kepada ajaran Al-Qur'an dan Sunnah agar tidak terpengaruh dengan pelbagai fahaman dan ajaran sesat sebegini.

Berikut adalah dakwaan Dr Asri tentang kewujudan Tareqat Air Ludah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger