Thursday, April 29, 2010

Najib sudah sedia 'Lubang Maut' buat PR

Mungkin tajuk ini seolah-olah melangkaui masa namun inilah hakikat yang perlu ditelan walaupun pahit oleh Pakatan Rakyat. Dengan cara dan kaedah permainan politik kotor UMNO/BN berserta dengan seluruh jentera kerajaan yang mereka miliki, adalah hampir mustahil Pakatan Rakyat akan ke Putrajaya selepas PRU13.

Sejak PRU12, PR merasakan gelombang besar pengundi Cina dan India akan berterusan sehingga PRU13 dan disokong pula dengan pelbagai isu penyelewengan, jenayah dan kebobrokan pentadbiran kerajaan UBN dalam negara.

Ya, memang tidak dinafikan PR ada kelebihan di sudut isu ekoran pelbagai pendedahan yang dibuat tentang betapa 'busuknya' pemerintahan dan pentadbiran kerajaan UBN. Di sudut sokongan pula, sikap dan sokongan pengundi Cina dijangka berlanjutan sehingga ke PRU13 yang akan datang. Manakala pengundi India sukar dijangka apatah lagi jika dilihat PKR yang diharapkan sebelum ini semakin menuju ke 'liang lahad'.

PR perlu beri perhatian serius dalam urusan pemilih. Barang diingat undi rakyat yang diperlukan untuk menang dalam pilihanraya. Juga perlu sedar untuk memastikan kejayaan Road To Putrajaya, PR memerlukan sekurang-kurang 55% undi Melayu dan Bumiputera di seluruh negara. Dalam konteks ini PAS khususnya perlu serius dalam menangani masalah ini. Sampai bila kita hanya nak bergantung kepada isu dan gelombang rakyat semata-mata.

Dari satu sudut, DAP dilihat berjaya meraih sokongan pengundi Cina. Dalam PRU12 lalu, DAP telah menang di hampir semua kerusi Parlimen dan DUN yang ditandinginya yang mana peratusan pengundi Cina melebihi 70%. Dan salah satu faktor penyumbang kepada kejayaan ini ialah tahap kesedaran politik masyarakat Cina amat tinggi berbanding India dan Melayu.

Samada PR sedar atau tidak, Najib telah memulakan 'Mega Project' untuk menawan semula Kedah, Selangor dan Penang. Mungkin Kelantan agak sukar sedikit atas beberapa faktor. Manakala Penang, bergantung kepada sikap pengundi Cina. Manakala Sabah dan Sarawak, BN langsung tidak bimbang kerana sudah tersedia 'resipi khas' bagi memastikan penguasaan sepenuhnya dalam PRU13 nanti.

Samada PR mahu percaya atau tidak, janganlah bermimpi untuk kekal memerintah di Selangor, dan Kedah jika tidak membuat persediaan awal dari sekarang. Mana-mana pimpinan PR yang 'sakit' mesti diambil tindakan segera untuk 'merawatinya'. Segala unsur 'barah dalaman' mesti ditangani segera sebelum ianya menjadi lebih parah lagi.

Hari ini rakyat sedang memerhati PKR. Dan memang PKR sebenarnya menjadi 'duri dalam daging' kepada Pakatan Rakyat. Masalah dalaman yang semakin kronik melanda parti itu berpunca daripada Anwar sendiri. Sebenarnya Anwar bertindak secara 'one man show'. Dan pemilihan Zaid sebagai calon di Hulu Selangor baru-baru ini bukannya keputusan parti tetapi ianya adalah pilihan Anwar sendiri.

In person, saya yakin PKR akan terus berkubur selepas PRU13 kelak. Nasibnya serupa macam Semangat 46. Dalam konteks ini, saya melihat Najib berjaya dalam projeknya untuk melumpuhkan PKR secara perlahan-lahan. Ibarat api dalam sekam. Dan semalam disiarkan dalam The Malaysian Insider, ada 5 orang lagi MP PKR akan bertindak keluar parti dan menjadi bebas. Semuanya ini berlaku disebabkan kegelojohan Anwar sendiri. Terlampau ghairah nak pergi ke Putrajaya dengan projek 16 September 2008, akhirnya diri sendiri yang terduduk.

Mengapa saya kata PR akan tumbang ?

Tunggu dan lihat saja nanti dalam PRU13 jika tiada sebarang tindakan serius yang diambil oleh PR dari sekarang.

Kalau setakat bergantung dengan isu, tak usah beranganlah. Dedahlah isu apa pun tentang penyelewengan dan jenayah pemimpin UMNO, namun sikap pengundi Melayu dan Bumiputera tetap begitulah selagi mana PR tidak berbuat sesuatu untuk mengubah senario ini. Bila menjelang saja pilihanraya akhirnya undi rakyat jadi penentu. Bukannya isu.

Tak usah nak buang masa menuding jari tentang segala macam penipuan dan rasuah undi yang dilakukan oleh UBN. Itu semua dah memang kerja mereka. Yang penting sekarang PR perlu fokus kepada PRU13.

Jangan sampai nanti melopong mulut bila melihat 3 negeri kembali ke tangan BN semula. Lepas tu berbondong-bondonglah bekas MP PKR masuk UMNO/BN kembali. Dan PKR pula akan 'dikebumikan'. Yang tetap kekal berdiri teguh hanyalah PAS dan DAP saja.

Ingat!!! Najib sudah sediakan lubang mautnya....

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger