Monday, April 26, 2010

Tamparan hebat buat PKR

Sapa pun di kalangan penyokong PR pasti rasa kecewa dan sedih ekoran kekalahan calon PKR Zaid Ibrahim semalam dengan majoriti 1,725. Walaupun ada peningkatan 95 undi pada PKR dari 23,177 kepada 23,272 namun lonjakan undi BN sebanyak 2,018 dari 22,979 kepada 24,997 telah meranapkan harapan PKR untuk mempertahankan kerusi Hulu Selangor.

Walau BN menang tapi mereka tetap 'gusar dalam gembira' ekoran sokongan padu pengundi Cina pada Pakatan Rakyat. Jika gelombang 'naga' ini berterusan sehingga PRU13, tidak mustahil ianya boleh menjadi ancaman besar pada UMNO/BN.

UBN dikira masih beruntung kerana masih ramai lagi pengundi Melayu/Bumiputera dalam negara ini yang bebal dan masih boleh diugut, ditakutkan dan dibeli. Dalam soal ini, saya tidak hairan kenapalah orang Melayu di Hulu Selangor masih tak mahu berubah.

Sebagai Muslim, kita ada bahan rujukan utama. Yaitu Al-Qur'an dan Sunnah. Punca utama majoriti masyarakat Melayu masih setia dengan UMNO kerana mereka tidak faham Islam yang sebenar. Apa yang mereka faham politik suku, agama suku. Dan inilah yang ditanam oleh UMNO sejak merdeka lagi. Ini satu bab...

Dalam bab lain pula bila mana mereka melihat PKR itu sendiri tidak jauh bezanya dengan UMNO dalam beberapa sudut. Ada benarnya juga kata N Ganesan, National Advisor of Hindraf/HRP "We definitely want to see UMNO go, but not to be replaced by a clone."

Apatah lagi bila beberapa wakil rakyat PKR bertindak keluar meninggalkan parti itu dan menjadi bebas, kemudiannya kembali pada UMNO. Walau mungkin tindakan keluar parti ini nampak kecil bagi orang yang celik politik tetapi bagi golongan yang bebal politik dan mudah dicucuk hidungnya, sudah tentu berbeza persepsi mereka.

Faktor lain yang saya kira menjadi penyumbang kepada kekalahan semalam ialah sikap kita sendiri dalam Pakatan Rakyat. Dari pimpinan hinggalah ke akar umbi. Bayangkanlah jika dalam PR sendiri pun ada "musuh dalam selimut".

Malam tadi sempat juga saya berbual dalam Facebook dengan salah seorang Exco Kerajaan Selangor berhubung kekalahan PR semalam. Daripada penjelasan beliau, dapatlah saya fahami apakah punca sebenar kekalahan semalam.

Bagi saya, tiada jalan lain lagi untuk PR berjaya menuju ke Putrajaya melainkan dengan memberi kesedaran semaksimum mungkin khususnya kepada pengundi Melayu. Percayalah... selagi mana majoriti Melayu/Bumiputera masih dok bebal gitu juga, maka janganlah nak bermimpi di siang hari.

PR harus memperkukuhkan seluruh jenteranya di semua peringkat dan mesti digerakkan dari sekarang. Bagi PAS dan DAP, tiada masalah di sudut jenteranya di semua peringkat. Yang bermasalah ialah PKR. Dahlah tiada jentera, lepas tu berlagak sombong pulak selepas kemenangan besar dalam PRU12. Mereka terlalu bergantung pada faktor Anwar selama ini. Yang Anwar pulak asyik sibuk jaja ke sana-sini tentang beliau sering diundang memberi ucaptama di luar negara. Itu dan inilah...

Apa PKR ingat orang Melayu UMNO mahu dengarkah celoteh Anwar yang begitu. Makin meluat... adalah. Lepas tu bila wakil rakyat PKR bertindak keluar parti, barulah Anwar sedaq diri sikit dan mengakui akan kesilapannya kerana tidak berhati-hati dalam memilih bakal calon dulu.

Adalah tidak mustahil PR mampu memerintah selepas PRU13 tetapi kena kerja keras betul. Bukan senang untuk kita kalahkan UBN yang memiliki wang dan seluruh jentera kerajaan. Lihat saja dalam PRK Hulu Selangor. RM40 juta wang rakyat digunakan untuk membeli undi dan menabur projek mee segera. Percayalah... lepas ni nasib 100 peneroka Sg Buaya tetap tidak terbela. RM50,000 yang dijanjikan itu hanyalah umpan semata-mata.

Ingatlah, rakyat adalah aset bagi kita untuk menang dalam pilihanraya. Jika kita hanya mendekati mereka bila dah dekat pilihanraya, apa bezanya dengan UMNO/BN. Kita mesti buat sesuatu yang terbaik untuk rakyat.

Daripada kita asyik menuding jari ke arah musuh.... adalah lebih baik kita muhasabah diri sendiri dan mengenal pasti kelemahan sendiri.

Kekalahan hari ini sebagai pemangkin kepada kemenangan esoknya....

Sayonara...

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger