Monday, April 19, 2010

Berani mengakui kesalahan beri kelebihan pada Zaid

Walau sebesar mana dosa seseorang hamba itu namun Allah SWT sedia mengampunkannya selagi mana mereka tidak melakukan perbuatan Syirik Jali. Apatah lagi jika seseorang hamba itu berani dan jujur mengakui kesalahan dan dosa lampaunya, ianya sebagai tanda awal taubatnya diterima. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Bukan satu perkara yang mudah untuk mengakui dosa maupun kesalahan lampau apatah lagi ianya melibatkan dosa meminum arak. Sebagai Muslim, kita memang dilarang membuka aib sendiri kepada orang lain. Apa yang dituntut adalah kita segera bertaubat kepada Allah dan tidak lagi mengulangi dosa yang sama.

Tindakan Zaid Ibrahim mengakui akan kisah lampaunya pernah minum arak membuktikan beliau berani dan jujur mengakui kesalahannya. Namun semuanya itu adalah cerita lama dan beliau telah pun bertaubat.

Pengakuan ini dibuat ekoran serangan peribadi terhadapnya yang dilakukan oleh UBN dalam kempen mereka di Hulu Selangor. Serangan seumpama ini jelas membuktikan UBN sudah kekeringan isu dalam nak meraih sokongan rakyat. UBN turut sedar tektik lapuk janji pembangunan dan projek mee segera yang mereka taburkan dalam setiap PRK dah tak laku kerana rakyat hari ini sudah semakin genius. Bukan seperti dulu.

Mungkin pada perkiraan UBN dengan mendedahkan aib Zaid di masa silam akan membuatkan Zaid terus menafikannya dan mudahlah kerja mereka untuk terus memburukkan calon PKR itu. Rupanya sangkaan mereka meleset bila Zaid secara gentleman mengakui akan dosa silamnya. Di sudut politiknya, sikap profesional dan jujur Zaid telah 'membunuh' UBN.

Sikap berani dan jujur Zaid ini sebenarnya memberikan kelebihan pada Pakatan Rakyat. Sudah tentu sebahagian pengundi Hulu Selangor menghormati sikap jujur dan ikhlasnya itu.

Selain berani dan jujur mengakui kesalahan lampau, Zaid juga telah membuktikan yang dirinya bukanlah orang yang mementingkan diri sendiri. Tidak hipokrit. Ini dibuktikan sewaktu beliau berada dalam Kabinet Malaysia dulu. Sikap berani dan tegasnya mengkritik beberapa polisi dan tindakan kerajaan UBN sehingga bertindak meletakkan jawatan dalam Kabinet pastinya mampu mempengaruhi sikap para pengundi di P094 itu.

Secara peribadi saya merasakan peluang Zaid dan PR untuk menang memang cerah. Cumanya mungkin dalam majoriti yang kecil. Tak kisahlah walau dengan kelebihan 1 undi.

Manakala di pihak UBN pula, banyak isu yang berlaku mutakhir ini boleh 'menyembelih' mereka. Kekalutan yang berlaku antara UMNO dan MIC baru-baru ini dalam isu menentukan calon sebenarnya telah memecah undi kaum India di Hulu Selangor.

Waima apa pun, kita berdoalah semuga Allah memberikan kemenangan kepada PR dan seterusnya Zaid akan beraksi dalam Parlimen. Biar MP UMNO semakin panas dalam Dewan Rakyat dengan kehadiran Hang Jebat PKR ini.

Ayuh Bersama Melakukan Islah...

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger