Wednesday, April 7, 2010

Confirm ! Yahudi Zionis dlm PDRM dan kerajaan

Bila Ketua Pembangkang DSAI mendedahkan dalam Parlimen tentang penglibatan syarikat antarabangsa milik Yahudi Zionis APCO Worlwide dalam pentadbiran kerajaan, maka menyalaklah Menteri dan MP UMNO dalam Dewan Rakyat marahkan Anwar kerana membuat fitnah terhadap kerajaan. Bukan setakat itu saja, Menteri JPM Nazri Aziz yang terkenal dengan 'samseng tahi kucing' mendesak Parlimen agar Anwar dibawa ke Jawatankuasa Hak Parlimen ekoran pendedahan tersebut.

Ni aku nak habaq kat orang Melayu UMNO yang hari-hari sembahyang tonggang-tonggek tapi masih dok bebal gitu juga. Hangpa tahu tak Presiden UMNO dan PM kesayangan hangpa semua dah bawak masuk orang Yahudi Zionis ke dalam negara jadi penasihat.

Kalau hangpa tak percaya dengan pendedahan Anwar Ibrahim pasai APCO, aku tak marah sebab hangpa semua orang UMNO. Dah tentu cakap pemimpin pembangkang hangpa tolak mentah-mentah.

Di sini aku nak tunjuk bukti kat hangpa pasai APCO yang dikeluarkan sendiri oleh Portal Rasmi Kementerian Dalam Negeri. Bukan dari pembangkang.

Sesi APCO Worldwide

Satu perjumpaan dengan konsultan media luar negara merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu. Ia bukan bertujuan mengagung-agungkan perunding media luar tetapi sebaliknya untuk melihat sejauhmana kepakaran dan pengalaman mereka boleh memberi manafaat kepada kita.

Lawatan APCO Worldwide dari United Kingdom pada 23 Oktober 2009 yang lalu ke KDN adalah siri kedua dari 4 siri pertemuan mereka dengan Unit Komunikasi Korporat. Pertemuan ini diisi dengan pembentangan tips-tips kaedah media. Lawatan ini adalah kesinambungan dari program 'Supporting The Goverment Of Malaysia: Building Intergrated Goverment Communication' anjuran JPM bertujuan meningkatkan lagi hubungan dua hala di antara media dan agensi-agensi Kerajaan.

Pertemuan ini membolehkan kedua belah pihak saling berbalas tanya. Encik Mike Granatt yang menjadi jurucakap kepada 3 rakannya yang lain bertanya strategi dan kaedah komunikasi yang dilaksanakan oleh Unit Komunikasi Korporat KDN.

Team APCO itu melahirkan rasa kagum di atas tindakan kehadapan Unit Komunikasi KDN yang telah lama mengadakan pertemuan bersama editor-editor kanan media perdana dan mesyuarat pengurusan komunikasi peringkat kementerian. APCO juga kagum kerana penglibatan pengurusan atasan dalam kedua-dua aktiviti ini. Kedua-dua mesyuarat ini yang diadakan secara bulanan dipengerusikan oleh Dato Sri' Mahmood b. Adam. KSU KDN.

Berkenaan dengan portal berita ikdn pula, APCO memaklumkan inilah kali pertama dalam lawatan pertama mereka ke lapan kementerian setakat ini, KDN yang paling menonjol dari siap siaga berurusan dengan hal ehwal media. Portal berita ikdn dilihat sebagai kefahaman KDN menangani dan berurusan dengan media baru.

Bagaimanapun APCO melihat KDN perlu juga memberi perhatian kepada pertemuan dengan wakil-wakil berita luar negara yang membuka pejabat mereka di Malaysia. Sungguhpun Puan Jamilah Taib, Ketua Komunikasi Korporat KDN memaklumkan bahawa perancangan itu berada dalam fasa kedua aktiviti Unit memandangkan kekurangan pegawai berkelayakan, Encik Mike berpendapat waktu itu tidak boleh dilengahkan lagi kerana media barat selalu membuat andaian sendiri bila mereka gagal mendapat sumber berita yang dimahukan.

--team berita ikdn.

sumber asal di sini

Kepada seluruh orang Melayu UMNO, tolong sedaq dirilah sikit. Hari-hari hangpa dok baca Al Fatihah dalam solat dan maksud ayat terakhirnya "Yaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai (Yahudi) dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat (Nasrani)".

Nah sekarang dah terbukti UMNO bersekongkol dengan Yahudi Zinonis. Apakah hangpa semua masih nak duduk dalam UMNO dan terus menyokongnya ?

Tepuk dada tanya iman.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger