Wednesday, April 28, 2010

Remaja 15 tahun dibunuh Polis ...

Memang marah dan geram sambil menyumpah "Celaka punya Polis... senang-senang bunuh anak orang dengan alasan dangkal" bila membaca berita tentang Allahyarham Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh Polis awal pagi Isnin. Apakah anggota Polis dalam negara ini dibenarkan menembak sesuka hati hanya berdasarkan syak wasangka semata-mata ?

Menurut rakan mangsa, yang juga saksi utama kes ini, dia dan mangsa telah memotong kenderaan polis dengan laju. Kemudiannya telah dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas.

Dalam aduannya, rakan mangsa mendakwa dia telah keluar dari kereta untuk menyerah diri dan salah seorang anggota Polis telah menendangnya dari belakang dan kemudian anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai. Tegasnya lagi, dia meronta-ronta serta dapat melarikan diri daripada anggota polis tersebut, lalu pulang ke rumah.

Persoalannya atas alasan apa Polis dengan sewenang-wenangnya menembak kereta yang dinaiki oleh mangsa dan rakannya ?

Dulu pernah berlaku satu kes sebuah lori 3 tan yang membawa muatan seludup dari Mersing. Bila pihak Polis Daerah Batu Pahat mendapat maklumat dari Mersing, lalu sebuah kereta peronda dari Balai Polis Batu Pahat diminta menahan lori tersebut. Secara kebetulan salah seorang anggota Polis unit ronda itu adalah kenalan saya. Allahyarham Koperal Munir.

Bila bertemu saja dengan lori tersebut, Koperal Munir dan rakannya telah mengejar lori tersebut dan mengarahkan pemandunya berhenti namun apa yang berlaku lori tersebut terus menghimpit kereta Polis ketika mahu memintas dan mengakibatkan kereta peronda terbabas dan terbalik. Allahyarham dan rakannya mendapat cedera. Sewaktu saya bertemu dengan Allahyarham, lalu dia menceritakan detik-detik cemas itu. Lalu saya bertanya "Kenapa abang tak tembak tayar lori tu?" Allahyarham menjelaskan memang pada awalnya dia mahu tembak tayar tapi pegawainya tidak benarkan kerana boleh membahayakan pengguna jalanraya yang lain.

Jelas di sini bahawa anggota Polis tidak dibenarkan sama-sekali menembak sesuka hati walaupun dah pasti pemandu lori tersebut terlibat dalam kes jenayah seludup.

Berbalik pada kes tembak mati remaja 15 tahun ini. Jelas sekali anggota Polis terbabit telah melakukan satu kesalahan jenayah bunuh. Tiada alasan untuk mereka menembak kereta tersebut.

Sepatutnya anggota Polis hanya perlu memintas kereta yang dinaiki oleh mangsa dan rakannya dan mengarahkan mereka berhenti di tepi jalan. Bukannya terus menembak.

Sebagai rakyat, kita mahu semua anggota Polis yang terbabit mesti didakwa di mahkamah, termasuk pegawai mereka. Kita tak mahu ada lagi yang menjadi mangsa segelintir anggota Polis gila dan celaka ini.

Artikel berkaitan ;

- Keluarga juvana mati ditembak Polis tuntut penjelasan
- Bunuh juvana : Khalid minta Polis lindungi saksi
- 'Jangan lapor bukan-bukan', rayu ibu Aminulrasyid
- Tembak remaja: K'jaan S'gor mahu jumpa CPO
- MP: Kes Aminulrasyid patut diselesai segera
- Remaja ditembak: Polis diminta jamin keselamatan saksi utama
- Panel khas siasat kes polis tembak mati remaja

Malaysia bukan negara Polis !

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger