Monday, April 5, 2010

Desak Tim Presiden PAS letak jawatan segera !!!

Sebagai ahli PAS, aku memang pantang jika masih ada pimpinan yang dok beriya-iya sangat nak bawak PAS bergabung dengan UMNO. Tak kiralah sapa pun pimpinan PAS yang Pro Kerajaan Perpaduan, sila letak jawatan segera.

Pimpinan yang Pro UG ni perlu sedar UMNO adalah musuh Islam No.1, munafiq kabir. Lebih jahat daripada kafir zimmi. Tak boleh dibuat kawan. Tak boleh dipercayai buat selama-lamanya. Persoalannya ;

1- Mengapa sehingga hari ini masih ada sekumpulan kecil pimpinan PAS yang dok kebuloq sangat nak bersama dengan UMNO dalam kerajaan ?

2- Lupakah segala kezaliman dan kekejaman UMNO terhadap PAS dalam Peristiwa Berdarah Memali dan Lubok Merbau, Operasi Lalang, merampas royalti minyak Terengganu dan Kelantan, menjatuhkan kerajaan PAS Terengganu dengan cara yang paling jijik melalui penipuan undi hantu ?

3- Apakah sebahagian pimpinan PAS dah hilang keyakinan diri sehingga memilih jalan singkat untuk bersama dengan UMNO dalam memerintah negara ?

4- Adakah sudah tidak sabar nak jadi Menteri Kabinet Malaysia?

5- Apakah sudah ada 'habuan' menunggu jika berjaya membawa PAS bersama UMNO ?

Bila aku membaca cerita Tulang Besi (TB) sewaktu bertemu Ust Nasa di Parlimen, serta-merta darah yang mengalir dalam badan aku menggelegak. Sungguh aku tak sangka bagaimana seorang Timbalan Presiden PAS boleh bersikap demikian.

Bayangkanlah... pada ketika MP Pakatan Rakyat yang lain bersama Ketua Pembangkang DSAI sibuk bertikam lidah dengan MP UMNO/BN di Dewan Rakyat, menentang usaha UMNO melantik Badan Perundingan Antarabangsa APCO Worldwide (proksi Zionis-Israel) tapi Nasa boleh dok asyik bersembang dengan Datuk Ahmad Husni Handzalah (Tim Menteri Kewangan) di Kafeteria Ahli Parlimen.

Dan sebagaimana yang didedahkan oleh TB, Nasa tidak pernah ambil peduli dan hanya mengambil sikap 'silence' berhubung isu-isu seperti;

- 10 Lesen Special Draw Baru yang diluluskan Najib

- Tuduhan fitnah liwat ke atas Anwar Ibrahim

- Cadangan lesen judi sukan yang diberikan oleh Berjaya Group kepada Najib Tun Razak

- APCO dan kaitan UMNO dengan rejim Zionis

- Zahid Hamidi berjumpa Presiden Israel

- Royalti Minyak Kelantan

Lebih menjelekkan, Nasa lebih suka bergaul dengan MP UMNO berbanding dengan MP Pakatan Rakyat di Parlimen. Memanglah pada asasnya tak salah tapi kalau dah melampau sangat sehingga 'mencucuk mata' rakan-rakan MP PR, apa jadahnya. Bukan setakat itu saja malah Nasa lebih banyak berdiam diri dalam Dewan Rakyat dan tidak pernah melakukan serangan terhadap MP UMNO/BN.

Benarlah kata TB, memang Kerajaan Perpaduan ini masih segar bugar. Ada juga individu yang menyebut badan Nasa saja masih dalam PAS tapi hatinya sudah UMNO.

Aku cadangkan seluruh PAS Negeri dan ahlinya mesti mendesak Nasaruddin Mat Isa meletakkan jawatan segera sebagai Timbalan Presiden PAS dan MP Bachok. Hanya ini saja caranya nak 'mengajar' puak-puak yang Pro Kerajaan Perpaduan.

Perlu diingat, PAS bukan milik individu tetapi milik seluruh ahlinya. Dan majoriti ahli PAS memang tak bersetuju dengan idea UG ni. Jangan sekali-kali 'mencalarkan' kepercayaan yang diberikan.

Seluruh ahli PAS mesti desak Nasa letak jawatan !!!

Sila baca di sini.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger