Tuesday, January 31, 2012

Sokong Israel : Anwar masuk perangkap WSJ

Ketika diwawancara oleh Wall Street Journal minggu lalu (26 Januari), Anwar diajukan soalan berhubung dasar luar negara dan isu Palestin. Jawab Anwar "I support all efforts to protect the security of the state of Israel". WSJ turut melaporkan "... although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians."

Inilah masalahnya bila terlalu ghairah nak jadi PM hingga cuai dalam kenyataannya. Bukankah kenyataan "Saya menyokong setiap usaha bagi melindungi keselamatan negara Israel" sebagai mengiktiraf negara haram rejim Zionis itu.

Bagi menyokong kenyataan itu agar tidak dilihat sebagai pengkhianat pada Palestin, Anwar menegaskan "Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

Selain itu, pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY)"

Bagi penulis, waima apa pun Anwar tak sepatutnya buat kenyataan sedemikian. Sebagai Muslim, kita tidak pernah iktiraf negara haram Israel.

Tentunya serangan yang dilakukan UMNO hari ini tidak dijangka oleh Anwar dan PKR. Walau setahun telah berlalu wawancara itu, rupanya UMNO simpan kenyataan itu sebagai peluru untuk melakukan serang-balas.

Nah! kau jawablah sendiri... Anwar.

2 comments:

kadiology said...

salam,

kenyataan anwar itu adalah pada hari khamis minggu lepas. bukannya setahun yg lepas. wall street journal tidak memerangkap anwar. mereka hanya mahu tahu pendirian anwar. kerana pembaca wall street journal adalah akhbar berpengaruh amerika dan yahudi. suka atau tidak, anwar mempunyai hubungan secara langsung dengan yahudi. madeline albright, william cohen, james wolfehenson, paul wolfowitz ni macam kawan2 sekolah aje pada anwar. ini bukan fitnah, ini FAKTA. tapi aku tak kata anwar pro israel. aku cuma kata anwar menjerumuskan dirinya kepada orang2 sebegitu. rapat pulak tu! jadi kamu fikir sendiri lah

monaz said...

TQ kadiology atas pembetulan tarikh tu. Setuju dgn pndgn awak.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger