Thursday, January 19, 2012

Harga seorang rakyat antara RM200 - RM1,000

Marah, sedih dan kesal pun ada bila mengenangkan sikap golongan Melayu dan Bumiputera yang sanggup merelakan diri mereka dibeli dengan nilai antara RM200 hingga RM1,000 oleh pihak UMNO BN dalam pilihanraya. Lebih mengaibkan bila majoriti mereka di kalangan orang Islam sendiri yang sudah hilang pertimbangan rasional hingga sanggup menjual 'Aqidah dengan nilai dunia yang sedikit. Mereka tertipu dengan golongan Ulama' syaitan yang duduk bersama dengan golongan pemerintah munafiq (kafir), zalim dan rasuah.

Tak tahulah apa nak jadi dengan sebahagian besar Melayu Muslim tanahair hari ini. Masih tidak sedar dan insaf walau lebih separuh abad mereka disesatkan oleh pemimpin UMNO.

Mungkin dalam soal sesat atau rosak 'Aqidah, mereka tak nampak sebab merasakan yang diri mereka juga Islam. Bersolat, puasa, zakat dan haji. Malah ada yang dah pergi haji 5 kali. 4 kali dengan pesawat dan sekali dengan jet-ski. Jadi, tentulah mereka tidak setuju bila dikatakan sesat.

Inilah masalahnya kalau termasuk dalam golongan Jahil Muraqqab. Merasa diri dah cukup pandai walhal tak sedar yang diri sendiri masih jahil. Inilah yang disebut bodoh yang tak boleh diajar.

Macamana tak bodoh? Dah terang-terang depan mata mereka pemimpin atasan melakukan penyelewengan dan rasuah tapi masih juga memberi undi dalam pilihanraya. Bila kita tanya kenapa sokong pemimpin rasuah? Jawabnya, yang rasuah tu mereka, bukan kami.

Inilah antara jawapan yang biasa didengar. Sebab itulah penulis sebut tadi golongan jahil muraqqab. Bodoh bertimpa-timpa. Masih tak sedar bahawa undi yang mereka berikan kepada UMNO BN selama ini telah menyebabkan amalan rasuah berkembang-biak hingga ke peringkat negara berada di ambang bankrap.

Dan yang paling dikesalkan ada di kalangan mereka di peringkat awal sudah berpendirian untuk memberi undi kepada pembangkang. Tapi bila duit ditabur di saat akhir sebelum hari mengundi, sekelip mata saja boleh berubah pendirian. Kalau dapat RM10,000 seorang takpe la juga. Bak kata orang bolehlah 'joli katak' sekejap dengan duit free tu. Baru dapat RM200 je, serta-merta jadi bodoh.

Itulah nilai harga diri seorang rakyat Malaysia yang bebal dan bangang serta sesat.

Dua hari lalu, bekas Menteri Kabinet daripada UMNO sendiri mendedahkan bahawa dalam pilihanraya terdahulu, setiap pengundi boleh dibeli antara RM200 hingga RM1,000. Kod beli undi ini dikenali sebagai 'bom'.

Mantan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan itu mengakui tektik sedemikian cukup berkesan di Sabah dan Sarawak.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger