Friday, January 20, 2012

Nak bodohkan rakyat lagi???

Kadang-kadang memang hilang sabar dibuatnya bila membaca kenyataan PM, TPM dan para Menteri UMNO yang sewenangnya cuba perbodohkan rakyat Melaysia dengan hujah dangkal. Jangan ingat semua rakyat negara ini bodoh macam ahli UMNO yang boleh ditarik hidungnya ke sana sini macam lembu.

Sebagaimana biasa, semalam Nazri Aziz menyatakan bahawa pengisyhtiharan harta menteri boleh mengundang bahaya.

Sebagai orang yang waras, kita sendiri boleh menilai sejauh mana logiknya alasan yang diberikan Nazri. Tak usah pandang jauhlah. Kerajaan Singapura sendiri mengarahkan seluruh Menteri Kabinetnya membuat pengisytiharan harta yang dimiliki agar diketahui oleh seluruh rakyatnya.

'Bahaya' yang dimaksudkan itu ialah bimbang akan keselamatan diri dan keluarga akan tergugat.

Hakikatnya alasan bodoh itu saja direka bagi menyembunyikan pekong sial seluruh Menteri UMNO BN yang memiliki harta ratusan juta hasil daripada penyelewengan mereka selama ini.

Kalau tak, macamana wang rakyat berjumlah 1.007 trilion telah dibawa lari ke luar negara dalam tempoh 10 tahun sejak tahun 2000 lagi. Dan jangan kita lupa bila Ketua Audit Negara melaporkan negara telah kehilangan RM28 bilion sepanjang 2010 akibat amalam rasuah.

Anyway, kita nak habaq kat Nazri Aziz agar hentikan segala cubaan untuk perbodohkan rakyat negara ni yang semakin celik maklumat dan bijak menilai.

Iyalah, sementara BN masih berkuasa di Putrajaya la ni, ikut suka hang la nak cakap apa pun. Lagipun yang percaya hanyalah golongan ahli UMNO yang boleh dijual-beli pada kadar harga RM200 hingga RM1,000.

Pada Nazri Aziz dan seluruh pimpinan UMNO, penulis nak habaq masanya akan tiba juga nanti bila rakyat bangkit membuat perubahan secara total. Tidak selamanya kamu berada di atas.

Salam4all

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger