Thursday, February 2, 2012

Ahli politik tak cerdik dan gelojoh

Kelulusan akademiknya tinggi. Sampai Phd. Kat Amerika lagi ohh. Masa dalam gomen, beso pangkatnya. Pernah jadi Pangarah BTN. Pakar motivasi dan macam-macam lagilah jawatan yang pernah dipegang oleh orang tua ni. Lepas tu bila Anwar kena pecat, PAS menjadi pilihan hati sebagai platform baru meneruskan perjuangannya. Almaklum sajalah waktu tu berbondong-bondong rakyat masuk PAS. Termasuklah segelintir puak-puak JIM dan ABIM.

Masa tu Pejabat Agong PAS tak menang tangan nak proses permohonan ahli baru. Termasuklah diri den sendiri yang ketika itu bertugas sebagai SU Kerja Badan Perhubungan PAS Johor, boleh melecet jari ni dok key-in data keahlian baru PAS Johor.

Saat tu memang negara dilanda tsunami politik yang hebat. Secara zahirnya, umum melihat seolah-olah nyawa UMNO BN akan tercabut dalam PRU10 dan kerajaan baru Barisan Alternatif bakal memerintah.

Mungkin itulah yang dirasakan oleh orang seperti Hasan Ali, puak-puak JIM dan ABIM yang melihat inilah peluang terbaik untuk menempatkan diri dalam posisi kepimpinan PAS samada di peringkat pusat maupun negeri. Manalah tahu kot-kot BA memerintah.

Dan hari ini kita lihat sendiri apa yang Hasan Ali buat. Mula buat perangai sejak dilantik menjadi Exco kerajaan PR Selangor. Khabarnya, ia berpunca apabila beliau tidak dilantik sebagai MB. Memang pun tak boleh lantik dia sebab majoriti kerusi ADUN di Selangor dikuasai oleh PKR.

Malangnya si ahli politik tidak bijak dan gelojoh itu termakan dengan mainan saraf puak-puak UMNO Selangor yang memberitahunya bahawa Sultan lebih suka kalau dia yang jadi MB.

Biasalah... bila dah gila pangkat, cerdik macamana pun boleh hilang pertimbangan akal yang rasional. Jangan disamakan situasi di Perak. Nizar dipilih sebagai MB kerana telah termaktub dalam peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri bahawa MB mesti dilantik dari kalangan orang Islam.

Jelas sekali Hasan Ali telah termakan 'racun' yang dihidangkan oleh UMNO. Seingat penulis, sepanjang menjalankan tugas sebagai Exco, beliau tak pernah menghentam UMNO walau dia sendiri tahu bahawa segala macam jenis pusat hiburan dan maksiat, premis judi dan arak yang bertaburan di sekitar bandar-bandar utama di Selangor adalah hasil pemerintahan UMNO BN selama ini.

Soalnya, kenapa hari ini beliau menyerang Pakatan Rakyat dan peribadi Anwar. Lebih lucu lagi dia mendakwa Pakatan akan memberi ancaman kepada Islam. Ehhh... lupakah dia siapa sebenarnya musuh utama Islam tanahair?

Memang benarlah bekas Pesuruhjaya PAS ini dah meroyan. Macamana tak meroyan. Dia ingat PAS tak berani nak pecat dia. Jadi sempatlah juga jadi Exco Kanan hingga pembubaran DUN. Rupanya perhitungan politiknya tersasar jauh.

Tak tahulah samada bekas Pengarah BTN ni sedar ataupun tidak. Dalam isu Bob Lokman ditahan oleh JAIS kerana memberi kuliah tanpa permit, bagaimana dia sendiri boleh menyokong tindakan itu. Bukankah dia sendiri tahu penahanan itu dibuat atas arahan UMNO. Ke mana perginya kuasa dia sebagai Exco Agama Negeri.

Pada fikiran penulis, zahirnya saja dia sebagai Exco Agama Pakatan Rakyat namun hakikatnya lebih tunduk kepada kemahuan golongan munafiq UMNO yang lebih jahat daripada kafir.

Inilah masalahnya bila merasakan diri dah cukup pandai. Langsung tak mahu ambil pengajaran daripada pendekatan yang diambil oleh parti AKP Turki dan An Nadha Tunisia.

Kita tengok sejauh mana dia boleh pergi. Yang pasti memang dia nak keluar PAS tapi takut kerana terikat dengan Bai'ah. Jadi, bila dipecat dari PAS, maka selamatlah dia di satu sudut. Di sudut lain, wallahu'alam.

Waima apa pun, moga Allah SWT beri hidayah dan petunjuk padanya agar tidak terlalu jauh menyimpang daripada jalan yang lurus.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger