Tuesday, January 10, 2012

Letupan 901 : Angkara siapa?

Jika pengawal peribadi Kak Wan telah dicucuk dengan benda tajam yang beracun hingga menyebabkan beliau pengsan di dalam kereta ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Pulau Pinang, maka kejadian 5 letupan bom buatan sendiri pagi tadi di jalan menuju ke perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta pagi tadi merupakan satu hal yang serius. Kemungkinan ianya perbuatan provokasi tidak boleh diketepikan begitu saja. Pihak polis mesti menyiasat kejadian itu secara profesional.

Penulis masih ingat ketika di zaman reformasi 1999 dulu, pernah berlaku sebuah trak buruk polis dibakar dalam kebun getah berhampiran program ceramah umum Barisan Alternatif di utara negeri Semenanjung. Pihak Polis cuba menuding jari kepada BA berkaitan insiden itu melalui penemuan beberapa bekas plastik berisi cuka getah (asid sulfurik), namun terbukti ianya adalah perbuatan pihak tertentu untuk memburukkan imej BA yang ketika itu diketuai oleh Ketua Pembangkang, Almarhum Ustaz Fadzil Noor.

Justeru, mungkin juga insiden letupan bom di pagi 901 tadi satu provokasi oleh pihak tertentu untuk memburukkan imej ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang sedang berhimpun menanti keputusan kes Anwar. Dan andaian ini tidak boleh diketepikan begitu saja kerana pengalaman lampau mengajar kita menjadi semakin matang dan lebih mengenali siapa sebenarnya rejim yang sedang berkuasa dalam negara selama ini.

Pihak polis mesti menyiasat secara profesional akan insiden itu yang telah mencederakan beberapa individu dan merosakkan kenderaan yang berada di situ.

Pihak Polis Polis turut menemui perkakas bom termasuk bebola besi, bateri dan wayar di lokasi kejadian berkenaan. Maknanya individu yang membuat bom itu mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam bidang itu. Siapakah orangnya?

Kita tunggu saja laporan siasatan Polis. Kalau mereka terus mendiamkan diri saja selepas ini, tentu ada sesuatu yang cuba disorokkan dari pengetahuan rakyat.

Berita lanjut di sini.

"Masa Untuk Berubah"

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger