Tuesday, September 27, 2011

Penolakan Hudud : UMNO tempah maut

Sejak minggu lepas, isu Hudud mula 'panas' kembali ekoran mantan PM Mahathir yang mencabar Kerajaan PAS Kelantan agar melaksanakan Hukum Hudud di negeri itu. Si tua nyanyuk yang hanya menunggu masa saja nak mati itu lupa bahawa dia sendiri yang menghalang perlaksanaan Hudud di negeri itu ketika masih berkuasa.

Golongan munafiq kabir macam Mahathir dan anak didiknya Najib cuba mainkan isu ini dengan tujuan untuk memecah-belahkan hubungan antara PAS-DAP dalam Pakatan Rakyat, seterusnya mengharapkan pengundi Cina akan beralih kepada BN dalam PRU13 nanti.

Secara peribadi, penulis sedikit pun tidak merasa gusar jika ada segelintir pimpinan DAP seperti Karpal Singh dan lainnya cuba bertindak untuk membawa DAP keluar daripada Pakatan Rakyat. Sebabnya, hanya segelintir saja pimpinan DAP yang agak emosional dalam soal Hudud ni.

Dan bukan kita tak tahu perangai Pengerusi DAP tu. Kalau nak kata si Karpal Singh masih tak tahu bahawa Hukum Hudud itu hanya untuk orang Islam saja, rasanya tak logik sebab telah berulang kali pimpinan PAS menegaskan akan hal itu. Cumanya mungkin dia bimbang bila terlaksananya Hukum Hudud, ramai orang Cina bukan Islam akan memeluk Islam, atau paling tidak pun akan bersama dengan PAS sebagai ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS. Tentunya hal ini membimbangkan Pengerusi DAP dan secara tak langsung memberi kesan pada partinya yang majoriti ahlinya berbangsa Cina. Yang jelas Karpal Singh memang tak mahu pimpinan PAS jadi PM.

Soalnya, beranikah Karpal Singh membawa partinya keluar daripada Pakatan Rakyat? Adakah beliau cukup yakin bahawa seluruh ahli DAP bersetuju dengan hasratnya?

Bagi penulis, PAS tidak rugi apa-apa pun sekiranya DAP keluar Pakatan. Visi PAS jelas, yaitu mahu menegakkan Daulah Islamiyyah di tanahair. Walaupun pada zahirnya PAS mengambil pendekatan tahaluf-siyasi untuk bersama dalam Pakatan Rakyat bagi menumbangkan rejim UMNO BN, namun PAS tetap tidak berganjak dalam visinya samada rakan Pakatan bersamanya atau tidak. Di sudut semangat setiakawan, PAS tetap bersama Pakatan Rakyat.

Sejarah telah membuktikan PAS tidak hilang sokongan maupun pengaruh walau pernah dikhianati oleh UMNO dan Semangat 46. Pengalaman lalu cukup mematangkan PAS dalam menempuh arus perdana politik tanahair walau pelbagai fitnah, mehnah dan tribulasi yang dihadapinya. Seluruh ahli PAS yang berjumlah lebih 1 juta juga telah terdidik dengan Tarbiyyah Haraki, Usrah dan Kuliah serta yakin akan kewajipan memperjuangkan Islam.

Dan bukanlah satu hal yang menghairankan bila orang bukan Islam menolak Hudud sebab mereka tak faham. Penulis cukup yakin jika mereka diberikan kefahaman yang betul, nescaya mereka tidak akan menolak perlaksanaan Hukum Hudud yang Maha Adil. Sebab Hukuk Hudud ini adalah Undang-Undang Allah yang Qadim.

Kalau pembaca masih ingat sewaktu Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan melancarkan Sistem Perbankan Islam dengan niat untuk membebaskan ummat Islam daripada sistem perbankan konvensional (Riba'), timbul suara-suara pro dan kontra. Namun akhirnya, antara penyimpan terbesar dalam sistem perbankan Islam itu ialah di kalangan orang bukan Islam sendiri sebab mereka yakin dengan sistem Islam yang lebih adil dan menguntungkan semua pihak. Malah sistem insuran Islam turut menjadi pilihan mereka.

Dan begitulah juga dengan hal Hukum Hudud ini. Percayalah, bila telah terlaksana kelak, nescaya masyarakat bukan Islam akan mengakui akan keadilan Hukum Allah itu.

Yang jadi pelik bin ajaib bila pemimpin UMNO dan para pengikutnya yang mengaku Islam tapi dengan berani telah menolak perlaksanaan Hudud itu. Bukan setakat menolak malah memperlekehkan lagi hukum itu. Wana'uzubiillah...

Maha Benar Allah dengan segala Firman-Nya. Telah jelas di dalam Al Qur'an, bagaimana Allah menceritakan tentang tingkah-laku dan sifat golongan munafiq ini ketika berhadapan dengan golongan beriman. Mereka sanggup melakukan apa saja demi mencapai niat jahat mereka tapi mereka lupa bahawa Allah Maha Mengetahui segala isi hati mereka.

Mereka menyangka telah berjaya melakukan tipu-daya dan memperolok-olokkan golongan beriman tapi tanpa disedari oleh mereka, Allah SWT telah membalas tipu-daya mereka itu sehingga akhirnya usaha mereka sia-sia belaka, malah sebenarnya mereka memperbodohkan diri mereka sendiri.

Dan apa yang dilakukan oleh Najib dan UMNO dalam isu Hudud ini sebenarnya akan memakan diri sendiri.

Akhirnya, penulis menyeru kepada ummat Islam tanahair agar segera meninggalkan UMNO jika mahu 'Aqidah Islam terpelihara. Jika terus memberi undi pada UMNO BN dalam PRU13 nanti, bermakna anda termasuk dalam golongan yang menentang Hukum Allah.

Syed Qutb, dalam membahaskan persoalan Al Hakimiyyah Allah ini, tegasnya sesiapa saja yang menjadi pendokong kepada pihak yang menentang atau menolak perlaksanaan Undang-Undang Allah, mereka termasuk dalam golongan MUSYRIK.

Insya'Allah, kita tunggu saja jawapan daripada Allah SWT.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger