Sunday, December 27, 2009

Desak PAS Keluar PR - UMNO Pamer Kebodohan Sendiri

Sejarah telah membuktikan betapa Parti Munafiq Melayu terbesar di dunia (UMNO) ini sanggup melakukan apa saja demi nak mempertahan atau merampas kuasa. Kita tak pernah lupa Peristiwa Memali, Peristiwa Sauk, Pemecatan DSAI, Rampasan Kuasa Di Perak, Pembunuhan Teoh Beng Hock dan banyak lagi perancangan keji UBN demi merealisasikan visi dan misi mereka.

Siang tadi sekumpulan 22 orang telah berhimpun di hadapan Pejabat Perhubungan PAS Selangor bagi mendesak parti itu keluar dari Pakatan Rakyat. Kumpulan kecil yang mendakwa diri mereka sebagai ahli dan penyokong PAS membuat desakan tersebut ekoran rasa tidak puashati terhadap PKR dan DAP yang dilihat membelakangi parti itu.

Persoalannya sapa yang nak percaya dengan kumpulan 22 orang ni. Kalau mereka benar sebagai ahli PAS, nescaya mereka tidak akan bertindak sedemikian. Banyak lagi saluran yang boleh digunakan bagi menyatakan rasa 'marah' terhadap PKR dan DAP. Bukan ini caranya...

Kalau bukan UMNO yang jadi dalang mereka, siapa lagi ? Di sudut politik, UMNO memang mengidam sangat jika PAS bergaduh dan bercerai dengan PR. Jika ini berlaku sudah tentu undi orang Melayu akan berpecah dan akan memudahkan lagi perancangan mereka untuk merampas kembali Selangor negeri terkaya dalam PRU13 kelak.

Kita perlu ingat UMNO memang diserang 'Sawan Babi' bila Selangor hilang dari genggaman mereka dalam PRU12 lalu. Bukan setakat itu saja malah salah seorang ADUN mereka yang terkenal dengan rasuahnya mati tersungkur di mahligainya yang berharga RM 8 juta. Dengar khabar mati akibat diserang sakit jantung. Betul bah itu. Dek kerana terlalu takut dengan segala dosa rasuah dan penyelewengannya, akhirnya jantung 'jame' lalu mampus. Nasib baik si Khir Toyo tak ikut sama kojol.

Mungkin bahasa saya ni agak keras tapi itulah yang sewajarnya bagi puak-puak munafiq yang sedang bermaharajalela dalam UMNO ni. Negara ini dibuat macam bapak mereka punya. Habis segala kekayaan negara dirompak sesuka hati tanpa sebarang sekatan. Yang paling bodoh sekali ialah para pengundi Melayu yang masih dok setia dengan mereka. Dah berpuluh tahun ditipu dan digula-gulakan tapi masih dok gitu jugalah... Tak tahulah saya apa nak jadi dengan orang Melayu yang sokong UMNO dari dulu, kini dan selamanya. Mengaku Islam tapi dalam waktu yang sama mereka bersekongkol dengan golongan yang menentang Hukum Allah (Hudud).

Selama ini orang Melayu tak sedar yang UMNO memang suka kalau mereka terus hidup dalam keadaan susah dan miskin. Hanya dengan cara ini sajalah orang Melayu akan mudah diugut dan diperbodohkan semahunya.

Cara yang UMNO gunakan ini serupa saja dengan cara Yahudi Zionis menguasai dunia. Tengok saja macamana Pentadbiran Washington diperalatkan oleh Yahudi untuk menekan negara umat Islam. Tekanan dan ancaman sekatan ekonomi merupakan cara yang paling popular digunakan oleh Washington untuk menekan negara lain agar tunduk dan patuh pada mereka. Lihat saja bagaimana majoriti pemimpin Liga Arab diperbudakkan oleh Amerika.

Namun kita tetap bersyukur dengan kebangkitan Islam yang berlaku mutakhir ini. Hari ini kita sendiri melihat Republik Islam Iran telah bangkit sebagai salah satu kuasa besar baru dalam Dunia Islam dan digeruni oleh Amerika. Malah banyak negara lain yang mula menoleh ke arah Iran ekoran kejayaan mereka membangunkan Teknologi Nuklear dan Penerokaan Angkasalepas mutakhir ini. Selain Iran, kecemerlangan Hamas memerintah dan mempertahankan Palestin dan diikuti pula kejayaan Hizbullah menghalau tentera rejim Zionis dari bumi Lubnan benar-benar menyebabkan Amerika dan rakan sekutunya Israel lemas dalam diam.

Lihat saja apa yang Bapak Hadhari (Pak Lah) buat pada kita semua sewaktu jadi PM. Kenaikan harga minyak yang menggila sewaktu zaman orang tua ini memang sengaja dibuat kerana kerajaan dah takde duit. Bukan pasal kenaikan harga minyak global. Kalau iya pun pasal kenaikan harga global, mengapa rakyat perlu dibebankan sedangkan negara kita sendiri kaya dengan segala hasil bumi termasuk petroleum.

Sedarlah oleh kerana golongan pemimpin yang jahat dan rasuah memerintah, maka negara kita sekarang berhadapan dengan masalah hutang yang sangat kronik. Jika zaman Mahathir sejumlah RM100 bilion lesap akibat penyelewengan dan salahguna kuasa, RM270 bilion di zaman Pak Lah dan tak tahu pulak berapa ratus bilion pulak akan lesap di zaman Najib-Rosmah sekarang. Sedangkan waktu menjadi TPM dan Menteri Pertahanan saja dah hampir RM 1 billion disapunya.

Saya menyeru kepada seluruh rakyat agar membuat perubahan besar dalam PRU13 kelak. Pada seluruh umat Islam pula, adalah menjadi kewajiban kita segera meninggalkan UMNO demi menyelamatkan 'Aqidah Islam. Sedarlah UMNO memang sebuah parti sesat dan berfahaman Kristian (sekular). Cumanya Majlis Fatwa Kebangsaan saja yang takut nak keluarkan fatwa tentang kesesatan UMNO.

Mahukah kita dihumbankan ke dalam Neraka hanya disebabkan kebodohan sendiri menyokong parti Melayu hapraq ni.

Adios.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger