Tuesday, December 15, 2009

Skandal PKFZ - Tipu Atau Sapu ?

Sebagai rakyat memang kita pujilah tindakan menahan dan mendakwa beberapa orang di mahkamah ekoran skandal PKFZ ini tetapi persoalannya apakah pendakwaan ini 'seirama' dengan cara pendakwaan yang dibuat dalam kes liwat DSAI, pendakwaan kes bunuh Altantuya dan Norita Shamsudin yang begitu jelas menimbulkan kesangsian.

Pihak kerajaan maupun pihak berkuasa jangan salahkan rakyat jika rakyat sudah hilang keyakinan dengan sistem keadilan dalam negara ini. Bukan takat rakyat saja yang tak caya malah negara luar sendiri pun sudah arif benar dengan perjalanan sistem kehakiman dan keadilan dalam negara kita.

Mana ada manusia yang waras boleh percaya lagi dengan sistem yang ada dalam negara kita hari ini kecuali para pengikut, penyokong dan ahli UMNO yang bebal.

Lihat saja kes pemecatan DSAI dalam tahun 1998. Sudah terbukti Mahathir sendiri mengaku Anwar tak bersalah. Semua pertuduhan hanyalah rekaan semata-mata. Bayangkanlah betapa dahsyatnya sistem keadilan dalam negara ini dipermainkan dengan sewenang-wenangnya oleh sang penguasa yang zalim. Para hakim yang boleh dijual-beli dinaikkan pangkat dengan mudah, sebaliknya para Hakim yang tegas dan jujur dengan tugasnya akan disekat rankingnya.

Begitu juga dalam kes pembunuhan Altantuya. Begitu banyak bukti didedahkan yang melibatkan Najib dan Rosmah tetapi ditutup rapat. Individu yang berani membuat pendedahan diugut, ditahan dan ada yang ditawarkan dengan sejumlah wang yang besar bagi menutup mulut.

Semalam kita 'dihiburkan' dengan pendakwaan bekas pegawai KDSB yang terlibat dengan projek pembinaan PKFZ. Semua orang tahu penyelewengan wang rakyat dalam PKFZ ini melibatkan berbilion ringgit.

Boleh dipercayakah fakta kes yang menyebut tertuduh didakwa atas 24 tuduhan bersama menipu membabitkan RM116.85 juta, menjadi orang keempat yang didakwa dalam skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Yang menimbulkan kesangsian di sini apa bodohnya pihak pengurusan Lembaga Pelabuhan Klang sehingga boleh ditipu beratus juta oleh individu terbabit. Kena tipu ke atau para penyamun dalam LPK ni yang sapu duit tersebut ?

Saya berpendapat beberapa individu yang didakwa atas tuduhan menipu ini adalah mangsa 'kambing hitam' bagi menyelamatkan golongan VVIP dalam UBN. Kita kena ingat pemimpin atasan UBN sanggup melakukan apa saja demi kepentingan kuasa politik mereka. Pembunuhan Altantuya, pembunuhan Teoh Beng Hock, pembunuhan Mustakizah dan banyak lagi kes bunuh yang disenyapkan semuanya melibatkan individu berpengaruh dalam UBN.

Jika benar individu yang didakwa ini mangsa kambing hitam permainan politik keji dan jahat UBN bagi melindungi penglibatan mereka dalam skandal PKFZ, percayalah akhirnya akan terbongkar juga pekong mereka.

Lihat saja kes Teoh Beng Hock. Akhirnya terdedah juga misteri kematiannya apabila pakar patologi Thailand, Dr Pornthip mendedahkan 80% punca kematian Teoh adalah kerana dibunuh.

Seluruh dunia dah tahu dan kenal benar dengan pemimpin negara ini. Penipu, perasuah, penjenayah kolar putih dan zalim terhadap rakyat. Manakala sistem keadilan dan kehakiman dalam negara dah jadi macam undang-undang beruk. Yang berkuasa bebas melakukan apa saja bentuk jenayah dan dijamin kekebalan mereka oleh Law Of The Jungle. Manakala orang bawahan dan rakyat marhain boleh ditahan dan didakwa sewenang-wenangnya oleh pihak berkuasa.

Kesimpulannya, memang sudah tiada keadilan bagi kita sebagai rakyat dalam negara ini. Kebebasan bersuara yang dijamin oleh perlembagaan dalam sistem demokrasi berparlimen hanya untuk golongan pemerintah saja. Pelbagai jenis akta sekatan digunakan oleh pemerintah untuk menghalang pembangkang menyampaikan maklumat kepada rakyat. Manakala rakyat yang menyokong pembangkang akan ditakutkan dengan pelbagai cara termasuk ugutan, tangkapan dan pelbagai cara lagi yang tak bertamaddun.

Negara ini akan hancur jika kita terus biarkan golongan manusia celaka jadi pemerintah.

Fikirkanlah sedalam-dalamnya. Kehidupan kita bukan setakat di dunia semata-mata. Disebabkan kebodohan kita memilih pemimpin, akhirnya negara dan generasi keturunan kita menjadi mangsa. Jangan sampai nanti anak cucu kencingkan kubur kita pasal salah pilih pemimpin.

Salam pagi Selasa.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger