Friday, August 28, 2009

PM dan Kroni Ada 'Lesen Penuh'....

Seluruh penduduk dunia hari ni tahu bahawa Malaysia satu-satunya 'Negara Paling Demokrasi' di dunia. Demokrasi yang dilaksanakan di Melaysia ialah 'Demokrasi Terpimpin' (macam dalam filem 3 Abdul). Keadilan dan kebebasan yang sebebas-bebasnya hanya dinikmati oleh sekumpulan manusia tertentu saja.

Bukan semua orang layak untuk dapat 'Fully Freedom License' ni. Beruntunglah sesiapa yang dapat lesen istimewa ni. Pemegang 'lesen penuh' ni boleh buat apa saja dan tak perlu risau apa-apa. Bahasa mudahnya, tiada halal dan haram lagi dalam hidup pemegang lesen penuh ni.

Buatlah apa saja, no problem. Ciri-ciri lesen penuh ini adalah seperti berikut ;

1- Anda bebas melakukan rasuah dan penyelewengan. BPR atau SPRM tak boleh dakwa.

2- Anda bebas melakukan jenayah dan Polis tiada kuasa untuk menangkap.

3- Anda boleh bunuh orang jika terpaksa demi kepentingan peribadi. Guna C4 pun boleh.

4- Anda boleh mengupah orang untuk memukul sesiapa saja yang dikira mengancam kedudukan.

5- Anda dibenarkan menipu demi untuk mencapai kemenangan.

6- Anda dibenarkan merompak harta rakyat demi kepentingan peribadi, kroni dan keluarga.

7- Anda bebas melakukan apa saja terhadap rakyat.

8- Anda bebas untuk menahan dan memenjarakan sesiapa saja yang menentang.

9- Anda boleh memfitnah, mendakwa dan mereka-reka bukti jenayah untuk menjatuhkan musuh. Peguam Negara, Polis dan BPR sedia beri kerjasama.

Ini adalah antara keistimewaan yang dimiliki oleh para pemegang lesen penuh. Malangnya bukan semua orang yang boleh dapat. Hanya yang jadi PM dan anggota kabinet yang setia menjadi penjilatnya saja. Itulah sebab jawatan PM Malaysia ni sangat istimewa. Lebih kebal dari Presiden Amerika, Obama. Obama sendiri dikritik oleh rakyat tapi tak pernah pulak dia arahkan FBI dan Polis pergi tangkap.

Apa tak kebalnya... rakyat kat negara ni tak boleh kritik PM. Salah kritik masuk dalam. PM di Malaysia ni tarafnya 'maksum'. Semua yang dibuat adalah sah di sisi Undang-Undang. Tengok sendirilah, berapa banyak bukti dakwaan rasuah yang melibatkan PM tapi semuanya 'bersih'. Masa pilihanraya kecil Bukit Gantang, pihak Polis buat satu banner amaran yang berbunyi "Jangan gunakan isu Altantuya sebagai bahan kempen. Tindakan akan diambil'. Bukan takat tu je, yang pakai topeng Altantuya pun kena tangkap.

Ada menteri tu pulak telah terbukti menumbuk seorang pemuda yang berkawan dengan anaknya. Bukan takat tu je, malah diarah kaki pukulnya membelasah pemuda tu sampai pecah tengkorak kepala. Nasib baik tak mati. Tapi apa pihak Polis buat. Nothing. Satu kes lagi anak menteri didakwa terlibat dengan pembunuhan seorang pemuda Cina yang sedang duduk minum dengan teman wanitanya. Sampai sekarang senyap.

Dan baru-baru ini majalah humor dirampas oleh KDN kerana menyindir PM. Punya pantas pegawai KDN ni bertindak. Nak mengampulah tu. Yang heran tu berpuluh kes rasuah siap dengan bukti yang melibatkan PM dan menteri, kenapa tak bertindak. Tapi kalau ada laporan rasuah yang melibatkan pihak pembangkang, bukan main pantas lagi Polis, BPR dan SPRM bertindak.

Apa dia orang ingat Malaysia ni bapak dia punya. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah jua. Tunggulah masa dan ketikanya. Jika benar berlaku kebangkitan rakyat dalam PRU13 dan PR akan mengambil-alih pemerintahan kelak, puak-puak bangsat ini akan menerima balasannya. Kita akan mendesak kerajaan PR menangkap semua penyangak dan penyamun negara ni. Bicarakan mereka dalam Mahkamah secara terbuka. Biar seluruh rakyat tahu sapa dia puak-puak bangsat yang bermaharajalela selama ni. Rampas balik segala harta kekayaan yang mereka rompak dari rakyat dulu.

Belum pernah aku jumpa spesis manusia terkeji dan terjahat dalam dunia ni kecuali kat Malaysia. Apa tak kejinya puak-puak bangsat yang sedang memerintah Malaysia la ni. Bukan setakat rakyat ditipu malah bangsanya sendiri pun dipijak dan diperlakukan macam sampah. Sejahat-jahat Yahudi, mereka masih menjaga kepentingan bangsanya sendiri.

Soal Islam tak payah sebutlah. Puak-puak yang sedang memimpin UMNO ni Islamnya hanya pada kad pengenalan saja. Janganlah terpedaya bila lihat puak-puak munafiq ni sembahyang. Kita jangan lupa sejarah bapak munafiq di Madinah, Abdullah bin Ubay. Si Abdullah ni lagi hebat, sembahyang belakang Rasulullah lagi tapi dalam waktu yang sama dialah yang jadi perancang utama menghalang kerja dakwah Baginda S.A.W.

Kadang-kadang terfikir juga... agaknya orang yang jadi PM Malaysia ni memang anak-didik Dajjal. Jika diselusuri segala tindak-tanduk dan perangai mereka, memang ada ciri-ciri tu. Sebab Dajjal ni memang pintar dalam selok-belok merosakkan iman dan akhlak manusia. Salah satu bukti ialah Kamal Atarturk. Silaknat ni memang ahli Freemason Yahudi. Diatur dan diprogram untuk menjatuhkan Empayar Islam Turki Uthmaniyah.

Perlu disedari Gerakan Freemason ini diawasi oleh Pertubuhan Illuminati yang dianggotai oleh Yahudi Zionis Antarabangsa. Dan Illuminati ini pula sentiasa patuh kepada arahan Dajjal.

Di Malaysia, salah seorang pengkagum Kamal Atarturk ialah Mahathir sendiri. Bukan setakat Mahathir, malah ada juga golongan agama bangang yang menghormati Kamal Ataturk. Perlu diinsafi bahawa Mahathir yang paling lama berkuasa di Malaysia. 23 tahun. Dan di zaman dialah UMNO semakin rosak dan semakin jauh dengan Islam. Yang aku kesalkan tu, macamana Anwar Ibrahim yang begitu hebat dalam ABIM boleh terpedaya dengan kelicikan Mahathir sehingga sanggup 'menajiskan' dirinya menyertai UMNO. Di sini letaknya betapa bangangnya Anwar kerana tak sedar yang Mahathir mahu gunakan dia untuk menenggelamkan pengaruh PAS.

Hari ini Anwar dah tak bangang lagi sebab dah kena 'kifarah' atas kebodohannya dulu. Kira oklah tu. Tapi tak tahulah pulak aku kalau di masa mendatang Anwar jadi lebih bangang lagi. Tak boleh percaya sangat kat Anwar ni. Orangnya pun licik juga. Kalau dia berpidato, bukan setakat orang saja ternganga mulut, malah cicak kat lampu boleh terjatuh ke bawah dengar Anwar punya cakap.

Oklah, aku nak bersahor...

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger