Friday, August 7, 2009

Demo ISA - Pelabur Tak Masuk ?

Oleh kerana kerajaan dan para pimpinan UMNO tahu yang majoriti masyarakat Melayu masih "buta kayu" serta boleh "digula-gulakan" dengan arus media perdana, justeru digunakan isu Demonstrasi Mansuhkan ISA sebagai "tiket" untuk memburukkan pembangkang.

Isu jumlah kerugian para Peniaga sekitar RM20 juta akibat demonstrasi yang diadakan pada 1 Ogos lalu terus dimainkan sehingga ke saat ini. Kerugian ini bukan berpunca dari demonstrasi tersebut tetapi pihak Polis yang mengarahkan para peniaga menutup kedai mereka pada hari tersebut atas alasan keselamatan. Ini adalah sebahagian daripada cara "Yahudi" yang digunakan oleh KDN dan Polis untuk menekan para peniaga agar benci dengan aktiviti demo yang diadakan.

Logikkah para peniaga boleh rugi jika mereka dibenarkan terus berniaga ? Sebenarnya para peniaga mendapat "rahmat" dengan kehadiran puluhan ribu manusia yang berhimpun di sekitar bandaraya. Sudah tentu makanan dan minuman akan terjual berlipat kali ganda. Malah ada di kalangan peserta demo akan membeli barangan lain untuk dibawa balik ke rumah sebagai buah tangan untuk isteri dan anak tercinta.

Pihak kerajaan jangan cuba untuk perbodohkan rakyat dengan menggunakan isu "Rugi RM20 Juta Angkara Demo ISA". Segala kerugian yang dialami oleh para peniaga berpunca daripada tindakan Polis yang mengarahkan mereka menutup kedai. Bukan salah GMI sebagai penganjur.

Demo yang dianjurkan adalah perhimpunan aman. Para peserta demo sentiasa akur dengan arahan ketua. Tiada huru-hara. Yang buat huru-hara ialah Polis. Kenapa kerajaan UMNO cukup takut dengan Demonstrasi Rakyat ini? Menggunakan Polis untuk menghuru-harakan keadaan, kemudian lapor dalam berita "Peserta demo bertindak liar".

Perlu diingat setiap demonstrasi yang pernah diadakan sebelum ini mendapat liputan media antarabangsa. Justeru ianya memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia pimpinan UMNO. Tekanan ini berpunca dari segala penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang dibuat oleh pemerintah. Sebab itulah mereka tidak senang duduk bila rakyat turun ke jalanan berhimpun menyatakan bantahan.

Antara kenyataan bodoh yang dibuat oleh Menteri Wilayah Persekutuan ialah pelabur enggan datang disebabkan demo seperti ini. Apa ada kena mengena pelabur asing dengan demo ini. Punyalah bodoh menteri ini. Oh! ya, aku terlupa... pesan Raja Komando (Raja Kamaruddin) yang pernah cakap "Jangan tuan-tuan biarkan anak-anak jadi ahli UMNO. Kalau masuk UMNO memang jadi bodoh".

Mungkin menteri bangang ni terlupa. Negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah tidak pernah menghalang rakyat mereka untuk berdemonstrasi. Malah pihak Polis diarahkan untuk mengawal lalu-lintas dan menjaga keselamatan rakyat yang sedang berdemo. Bukan macam kat Malaysia. Polis dijadikan "anjing" untuk membelasah, menembak gas, menyembur gatal (asid) kepada rakyat yang menyertai demo.

Para pelabur asing tidak mahu masuk ke negara ini sebab mereka tahu Malaysia sebuah negara kuat rasuah. Pemimpinnya terdiri dari penyangak, penyamun dan penjenayah berlesen. Sebab itulah pelabur takut nak masuk. Kes pembunuhan Altantuya itu sendiri telah mendedahkan satu fakta jelas kepada para pelabur asing betapa dahsyatnya rasuah dan penyelewengan yang berlaku di Malaysia sehingga orang yang tidak berdosa dibunuh sebegitu kejam. Seluruh dunia dah tahu.

Kalau ada pun pelabur yang masuk, mereka terdiri dari kalangan yang "sepesis" dengan para pemimpin UMNO. Yang nak menjahanamkan negara. Bagi para pelabur yang ada etika dan integriti, mereka akan melihat beberapa faktor sebelum masuk melabur ke negara asing. Antara faktor yang dilihat ialah kestabilan politik dan ekonomi, daya saing sesebuah negara, rekod Indeks Persepsi Rasuah (CPI), kadar jenayah dan lain-lain. Semuanya ini akan diambil kira bagi menjamin keselamatan pelaburan mereka. Bukan boleh suka-suka masuk macam tu saja.

Para pemimpin UMNO janganlah terus perbodohkan rakyat dengan berita-berita palsu yang mengatakan pelaburan meningkat. Sudah banyak kilang yang menutup sebahagian besar operasi mereka dan berpindah ke Cina sebab Cina dijangka akan menjadi Kuasa Besar Ekonomi Dunia dalam masa 5 tahun lagi. Hari ini pemerintah Cina sedang memacu negaranya dengan penyediaan infrastruktur yang canggih bagi merealisasikan hasrat untuk menjadi "The New World's Economic Leader". Kejayaan mereka menjadi tuan-rumah Sukan Olimpik 2008 membuktikan kemampuan mereka untuk mencapai visi tersebut.

Seluruh negara di dunia sedang menoleh ke Cina dan Iran hari ini.

Apa bodohnya pelabur asing nak "jerut leher" masuk melabur ke Malaysia. Mereka bukan tak tahu yang Malaysia sendiri dah jauh ketinggalan dengan negara jiran Singapura. Lebih memalukan lagi bila ketinggalan jauh dengan Korea Selatan yang pernah belajar dari Malaysia dulu sewaktu zaman Mahathir.

Hari ini Malaysia hanya lebih baik sedikit daripada Bangladesh, Mogadishu dan beberapa buah negara miskin yang lain. Sebab itulah para pemimpin UMNO terus perbodohkan ahli UMNO dengan kata-kata "Kita patut bersyukur kerana ekonomi negara kita jauh lebih baik daripada Bangladesh". Kesian ahli-ahli dan para penyokong UMNO di kampung kerana terus dipermainkan oleh pemimpin atasan. Terlopong mulut bila mendengar pemimpin mereka berucap "Perjuangan kita belum selesai untuk memartabatkan bangsa Melayu... Tanpa UMNO maka hancurlah bangsa kita".

Macam nak muntah aku mendengarnya... Tapi nak buat macam mana kerana itulah mentaliti para ahli UMNO dan penyokongnya.

Hari ini Malaysia dah jadi Negara Jakun dan Haprak... sebab pemimpinnya yang rasuah dan tidak beriman.

"Selamatkan Malaysia Dari Penyangak Berlesen"

... Salam Juma'at.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger