
Apakah sebenarnya tugas dan peranan Polis dalam negara ini? Adakah pasukan Polis ini ditubuhkan untuk menjaga keselamatan awam ataupun menjadi "anjing suruhan" pemimpin UMNO. Tapi apa yang berlaku semalam jelas menunjukkan bahawa Ketua Polis Negara telah mengarahkan anak-anak buahnya bertindak biadap terhadap rakyat marhain yang mahu menyuarakan penentangan mereka terhadap kezaliman Akta Iblis ISA.

Pihak kerajaan dan pihak Polis seharusnya sedar bahawa rakyat negara ini masih memiliki kesabaran yang tinggi walaupun mereka dipukul dan ditangkap semalam. Telah banyak perhimpunan aman yang diadakan sebelum ini tetapi pihak Polis yang bertanggungjawab menimbulkan suasana huru-hara. Anggota SB dikerahkan untuk menyamar dan menyelinap masuk dalam kumpulan rakyat yang berhimpun, kemudian melakukan provokasi bagi menimbulkan susana huru-hara tersebut. Semuanya ini adalah tektik yang biasa digunakan.

Polis digunakan untuk menakutkan rakyat dengan pelbagai akta itu dan ini. Tugas membenteras jenayah dijadikan tugas kedua. Tugas utama sekarang ialah menjaga kepentingan dan kuasa politik pemimpin UMNO.

Sikap Polis ini serupa saja dengan kaum 'Ad yang menuruti kehendak pemerintah mereka yang jahat dan zalim. Dengan jelas Allah nyatakan di dalam Al-Qur'an tentang perangai mereka.
Firman-Nya dalam Surah Hud (11) : ayat 59 ;
وَتِلْكَ عَادٌ ۖ جَحَدُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَعَصَوْا رُسُلَهُ وَاتَّبَعُوا أَمْرَ كُلِّ جَبَّارٍ عَنِيدٍ
Dan itulah (kisah) kaum 'Ad yang mengingkari tanda-tanda kekuasaan Tuhan mereka, dan mendurhakai rasul-rasul Allah dan mereka menuruti perintah semua penguasa yang sewenang-wenang lagi menentang (kebenaran).
Seterusnya amaran Allah terhadap golongan manusia yang bersama dan menyokong tindakan golongan yang zalim ;
Dalam Surah Hud (11) : ayat 113 ;
وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.

Dalam Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 - 68 ;
يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِى ٱلنَّارِ يَقُولُونَ يَـٰلَيْتَنَآ أَطَعْنَا ٱللَّهَ وَأَطَعْنَا ٱلرَّسُولَا۠ ﴿٦٦﴾ وَقَالُوا۟ رَبَّنَآ إِنَّآ أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلُّونَا ٱلسَّبِيلَا۠ ﴿٦٧﴾ رَبَّنَآ ءَاتِهِمْ ضِعْفَيْنِ مِنَ ٱلْعَذَابِ وَٱلْعَنْهُمْ لَعْنًۭا كَبِيرًۭا
Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!
Memang tulisan ini agak keras namun demi menyampaikan perkara yang haq, ianya adalah wajar. Sebagai Muslim kita diwajibkan untuk melaksanakan Amar Makruf dan Nahi Munkar. Tak boleh dibiarkan pemimpin yang jahat dan zalim terus bermaharajalela menindas rakyat. Kita wajib menegur dan menentang mereka. Jika dengan teguran dan dakwah tidak menyedarkan mereka, maka kita wajib menjatuhkan mereka melalui pilihanraya.
Jazakallah.
No comments:
Post a Comment