Friday, February 13, 2009

Ada 4 Sifat Pemimpin Yang Tidak Beriman

Sejak merdeka lagi umat Islam dalam negara kita telah dipasak dengan fahaman sekular yang memisahkan agama dengan politik. Akibat daripada fahaman sesat ini, umat Islam hanya beriman dengan sebahagian Al-Qur'an dan kufur sebahagiannya lagi.

Pelik bin ajaib apabila masyarakat Melayu Islam selama ini beranggapan Islam hanya pada solat, puasa, zakat, haji, nikah-kahwin, korban, aqiqah dan beberapa amalan lain yang biasa dilakukan dalam masyarakat.

Yang menghairankan mereka boleh pulak ikut Al-Qur'an dan Sunnah dalam bab solat, puasa, zakat dan haji ini. Tetapi bila sampai kepada soal pilih pemimpin, mereka tidak mahu ikut Islam. Mereka lebih patuh kepada 'kepercayaan turun-temurun' dalam bab soal pemimpin. Jika mereka lahir dari keluarga UMNO, maka calon UMNO yang akan dipilih dalam setiap Pilihanraya. Keyakinan mereka ini ditambah lagi dengan 'khurafat' yang ditanamkan oleh pemimpin UMNO yang mengatakan "Tanpa UMNO, maka hilanglah Melayu."

Ada satu kes berlaku di Rengit apabila seorang kuat UMNO sempat meninggalkan wasiat kepada anak-anaknya sebelum mati dengan berpesan "Jangan sekali-kali masuk PAS." Bayangkanlah betapa teguhnya pegangan 'Aqidah UMNO orang ini. Sampai dah nak mati pun masih UMNO lagi. Sehingga sekarang tiada seorang pun dari kalangan anaknya yang menyertai PAS kerana taat dan patuh kepada arwah ayahnya.

Masalahnya UMNO ini telah disahkan oleh Almarhum Tunku Abd.Rahman sebagai sebuah parti kebangsaan yang berfahaman sekular. Jadi, memang jelas UMNO sebuah parti sesat lagi menyesatkan...

Mari kita buat penilaian sendiri tentang seluruh pimpinan UMNO dengan merujuk kepada Al-Qur'an di dalam Surah Muhammad (47) : ayat 22 - 23 yang bermaksud ;

"(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan jika kamu dapat memegang kuasa kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat? (Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka dan dibutakan penglihatannya "

Dalam ayat ini H.Zainuddin Hamidi (Ulama' Tafsir) menafsirkan bahawa pemimpin yang tidak beriman ada 4 sifat iaitu ;

1- menahan orang tanpa bukti

2- melakukan sesuatu ikut suka hati

3- mengaut keuntungan untuk diri dan keluarga

4- menjadi punca perpecahan umat

Keempat-empat sifat ini ada pada diri para pemimpin UMNO.

Jika orang Melayu masih berdegil lagi untuk terus memilih golongan pemimpin yang tidak beriman ini, aku tak tahulah apa akan jadi pada negara ini.

Aku menyeru kepada bangsa Melayu yang masih mengaku Islam, tolong tinggalkan UMNO segera. UMNO adalah parti sesat yang dipimpin oleh golongan munafiq dan kafir.

Jangan sia-siakan segala amal 'ibadah kamu selama ini hanya disebabkan kebodohan memilih pemimpin yang jahat.

Berhijrahlah dengan menyertai PAS yang jelas perlembagaannya Al-Qur'an, Hadis, Ijma' Ulama' dan Qias. Tidak ada gunanya kamu terus berada dalam sebuah parti kebangsaan yang berfahaman sesat (sekular) seperti UMNO.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger