Sunday, February 15, 2009

Duta Swiss Patuhi Etika Pakaian Republik Islam Iran

Buat pertama kalinya kerajaan Swiss menghantar seorang wanita sebagai Duta ke Iran semenjak Revolusi Islam Iran.

Livia Leu Agosti, 47 tahun berkata dia akan memakai tudung kepala bagi mengekalkan statusnya sebagai seorang diplomatik di Republik Islam itu.





Apa yang boleh kita pelajari dari sini ?

Inilah bukti kejayaan Republik Islam Iran sehingga ke hari ini. Apabila Al-Qur'an dijadikan Perlembagaan Negara, maka keberkatan dan rahmat Allah sentiasa melimpahi bumi Iran dan rakyatnya.

Bukan setakat Duta Wanita Swiss ini sahaja yang mematuhi kod etika pakaian wanita yang telah ditetapkan oleh kerajaan Republik Islam ini, malah semua pelancong wanita yang berkunjung ke Iran juga akan melakukan perkara yang sama. Berpakaian sopan dan bertudung kepala.

Janji Allah pasti berlaku. Apabila Islam dijadikan Dasar Negara, semua kemajuan mampu dicapai dengan pantas dan dalam hal ini Iran telah pun membuktikannya. Seluruh negara dunia hari ini menumpukan perhatian ke arah Iran.

Baru-baru ini Iran berjaya melancarkan satelit buatannya sendiri Omid (Harapan) ke orbit. Dan akan melancarkan 7 buah lagi satelitnya dalam jangkamasa terdekat ini.

Beberapa orang pakar dari seluruh dunia menyatakan bahawa Iran akan muncul sebagai salah satu kuasa besar dunia yang baru abad ini. Para pakar dan pemerhati begitu optimis dengan pandangan mereka apabila melihat kejayaan Iran melancarkan satelitnya sendiri.

Hanya Islam Yang Terbaik.

Takbir !

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger