Tuesday, February 24, 2009

Pengampu dan Penyokong UMNO 'Memberhalakan' Pemimpin

"Memberhalakan Pemimpin" ini bererti tunduk patuh dan takut kepada pemimpin yang jahat dan zalim. Tidak berani menegur pemimpin yang zalim ini kerana bimbang akan kehilangan jawatan dan pangkat. Menyakini pemimpin yang disokong ini mampu memberikan kesenangan dan menjamin keselamatan hidup mereka. Ekoran daripada itu, mereka hanya membiarkan saja segala tindak-tanduk pemimpin atasan walaupun mereka tahu ianya bercanggah dengan Islam dan zalim.

Kita tengok apa yang berlaku dalam negara kita. Begitu ramai golongan pengampu , penjilat dan penyokong UMNO yang bertindak sedemikian. Mereka lebih takut kepada pimpinan UMNO daripada Allah demi menjaga 'periuk nasi', jawatan dan pangkat.

Selama ini kita biasa dengar di kalangan masyarakat Melayu bawahan yang bercakap "Kita kena sokong UMNO walaupun kita tahu mereka banyak buat salah. Kalau kita sokong PAS, nanti susah kita. Anak kita tak dapat bantuan buku teks, susah nak dapat pinjaman pelajaran, susah nak dapat kerja.

Bagi golongan Profesional pula lain cakapnya sebab mereka berlumba-berlumba mengejar pangkat dan jawatan.

Golongan Ulama' Pengampu

Lihat saja perangai golongan Ulama' dalam UMNO. Semuanya bacul dan pengecut. Golongan Ulama' Su' (jahat) ini hanya berdiam diri dan takut mahu menegur pemimpin atasan UMNO yang terus-menerus memperlekehkan Hukum Allah, melakukan fitnah, rasuah dan pelbagai lagi kejahatan. Lebih teruk lagi bila ada di kalangan mereka yang membuat kenyataan secara terbuka 'membenar dan menghalalkan' segala tindakan pimpinan atasan mereka bagi mengaburi mata umat Islam.

Contohnya apabila Islam Hadhari diperkenalkan dalam negara oleh Pak Lah, maka berkokoklah golongan Ulama' Penjilat ini dengan membuat kenyataan bahawa inilah ajaran Islam yang betul mengikut peredaran zaman bagi melahirkan generasi rakyat Malaysia yang mampu berdaya saing dalam zaman yang penuh mencabar ini. Mereka juga menyebut bahawa jihad sebenar dalam zaman moden ini ialah 'Jihad Ekonomi'.

Inilah perangai golongan Ulama' Bangsat UMNO yang akan dihumban terlebih dahulu ke Neraka daripada golongan kafir.

Islam Hadhari Ajaran Sesat

Walhal kita semua tahu bahawa Islam Hadhari ini adalah fahaman sesat yang dirancang oleh pihak Yahudi bagi tujuan memecahbelahkan umat Islam di seluruh dunia. Pendedahan ini dibuat dalam sebuah buku yang dikarang oleh seorang penulis Islam yang terkenal, Almarhum Anuar al-Jundi pada tahun 1980.

Anwar al-Jundi menegaskan bahawa Islam Hadhari adalah langkah terbaik musuh Islam menghalang orang Islam daripada mendirikan negara Islam. Inilah senjata sulit pihak musuh Islam mahu menghalang umat Islam untuk menegakkan Daulah Islamiyyah.

Anwar al-Jundi juga mendedahkan bahawa Islam Hadhari hanya mahu menjadikan umat Islam maju dalam bidang sains dan teknologi tetapi dalam masa yang sama meninggalkan aqidah, usuludin, syariat, hukum Allah dan sebagainya.

Hujah al-Qur'an Tentang Toghut (Golongan Manusia Yang Memberhalakan Pemimpin)

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah (2) : ayat 257 ;

اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ ۗ أُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Ertinya : Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.

Dalam Tafsir Al-Azhar, Prof Dr.Hamka mentakrifkan "Thoghut" yang terdapat dalam ayat ini sebagai "Orang-orang yang diberhalakan", mampu menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup mereka di dunia.

Inilah fenomena yang sedang melanda sebahagian besar umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia. Mereka menganggap ada pemimpin yang setanding dengan Allah SWT.

Jika golongan kafir menyembah patung berhala kerana mereka menyakini bahawa berhala tersebut dapat memberi manfaat dan mengelakkan kemudaratan. Begitulah juga keadaannya apabila masyarakat Islam yang menyakini bahawa pemimpin itu dapat memberi manfaat dan menjamin keselamatan hidup mereka. Ekoran keyakinan ini, mereka tiada keberanian untuk membuat perubahan walaupun sedar bahawa pemimpin yang dipilih itu zalim dan tidak beriman. Inilah yang disebut sebagai 'memberhalakan' pemimpin.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk memikirkannya.

Niat saya hanyalah menyatakan yang HAQ walaupun pahit untuk ditelan. Saya teringat pesan Rasulullah S.A.W yang menyebut "Sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat yang kamu ketahui."

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger