Sunday, February 1, 2009

Parti Kebangsatan Melayu Bersatu

Tiada perkataan lain yang sesuai diguna pakai untuk UMNO ni. Hanya perkataan bangsat saja yang sesuai untuknya. Sepatutnya nama Parti Kebangsaan Melayu Bersatu ni ditukarkan kepada Parti Kebangsatan Melayu Bersatu.

Tak tahulah apa nak jadi dengan bangsa Melayu dalam UMNO ni. Sudahlah hidup dalam kesesatan yang nyata, bergelumang dengan duit haram rasuah, skandal seks sana sini, kes bunuh dan pelbagai lagi kejahatan yang mereka lakukan. Tak payahlah orang UMNO nak nafikan hal ini. Semua orang dah tahu.

Bayangkanlah apa jenis manusia dalam UMNO ni. Mereka tanpa segan silu membantah penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap para pemimpin UMNO. Sila rujuk berita Malaysiakini.

Itulah akibatnya jika telah dididik oleh UMNO dengan habuan rasuah sepanjang hidup. Dah biasa beri makan keluarga dengan duit haram. Tiada lagi maruah diri. Tanpa segan-silu mereka dengan lantang menentang SPRM menyiasat kes rasuah pemimpin-pemimpin UMNO. Sebenarnya puak-puak pemimpin bawahan di Bahagian ni marah sebab mereka saja yang kena tangkap dan disiasat manakala pihak atasan bebas lepas menyapu duit puluhan dan ratusan juta. Mereka bukannya tak tahu yang pemimpin atasan semuanya dah kaya-raya. Perut semakin jalan ke depan (buncit) sebab dah terlampau bannyak makan duit haram.

Selain daripada sakit hati dengan pimpinan atasan, mereka juga memberi alasan pada masa ini tidak sesuai SPRM melakukan tangkapan dan siasatan memandangkan pemilihan UMNO di peringkat Bahagian sedang berjalan. Ini hanyalah alasan 'bodoh'. Sebenarnya mereka yang terlibat dengan pemilihan peringkat Bahagian ni pun nak 'cari makan' juga. Jika SPRM terus menyiasat, maka peluang nak dapat habuan dalam pemilihan bahagian terlepas.

Ada pula di kalangan wanita UMNO memberi pandangan bahawa SPRM ini tidak perlu. Memadai dengan BPR menyiasat dan sekiranya bersalah akan dibuang dari UMNO. Ini akan menyelesaikan masalah rasuah yang berlaku dalam UMNO selama ini. Oi.. makcik, UMNO dan RASUAH sudah sebati. Tak boleh dipisahkan lagi ibarat irama dan lagu. Nasihat aku pada wanita UMNO ni, tunggu dan lihat sajalah sampai mati.

Puak-puak pimpinan UMNO Bahagian ni bodoh. Mereka tak sedar lagi ke penubuhan SPRM oleh Pak Lah tu hanyalah semata-mata 'gimik' untuk menutup pekong yang dah terlampau busuk. Yang kena tangkap dan disiasat hanyalah di kalangan pimpinan UMNO yang berada di Bahagian atau Cawangan. 'Makannya' pun tak berapa besar. Puluhan atau ratusan ribu je. Yang selamat dan 'bebas lepas' merompak harta negara dan rakyat terdiri dari kalangan pimpinan atasan. Tengok je Pak Lah dan Najib. Ratusan juta dah disapu.

Memang wajar sangat UMNO ini digelar Parti Kebangsatan Melayu Bersatu. Sebab yang menerajui UMNO ini adalah di kalangan manusia bangsat manakala ahli-ahli bawahan pula dari kalangan bodoh dan buta hati. Teringat kata-kata Allahyarham P.Ramlee dalam filem Tiga Abdul "Dah kena dah ... penyamun jual si penyangat. Apa salahnya..."

UMNO ni juga sesuai disebut Umat Munafiq Number One.

Fakta berikut menunjukkan bahawa UMNO bukan pembela agama Islam, bangsa Melayu dan negara ;

1- 250,000 anak orang Melayu Islam telah MURTAD.

2- Hak-hak orang Melayu yang dijamin dalam Perlembagaan telah dihapuskan seperti biasiswa.

3- Bahasa Melayu semakin terpinggir. Yang diagungkan Bahasa Inggeris.

4- Sanggup meletakkan wilayah negara sendiri dibawah kuasa Singapura apabila mendakwa pembangunan dalam wilayah Malaysia perlu dapat persetujuan Kerajaan Singapura.

5- Merompak wang rakyat dan negara dengan sewenang-wenangnya.

6- Merobohkan masjid di Bangi dan di Bujal, Terengganu.

7- Meruntuhkan rumah rakyat.

8- Bersekongkol dengan Yahudi dan Amerika menekan gerakan Islam.

Sepatutnya cogankata UMNO yang paling sesuai ialah RASUAH - SEKS - BUNUH.

Jazakallah.




No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger