Thursday, February 5, 2009

Isu Perak : Pengajaran Terbaik Buat PKR

Kita sebagai rakyat Malaysia yang menyokong Pakatan Rakyat pastinya merasa 'pedih' dengan tindakan TIGA ORANG ADUN, 2 orang dari PKR dan seorang dari DAP yang bertindak meletakkan jawatan dan mengisytiharkan diri mereka menyokong BN.

Yang seorang lagi ADUN Bota yang mengisytiharkan diri melompat masuk PKR 10 hari yang lalu, hari ini 'declare' pulak masuk semula UMNO. Kalau dulu Ibrahim Ali dimahkotakan sebagai 'katak' kerana suka melompat parti tetapi hari ini gelaran tersebut telah dirampas oleh ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim.

Si 'katak' baru ini memberi TIGA SEBAB mengapa dia mengambil keputusan untuk kembali ke pangkuan UMNO. Berikut adalah kenyataan penuhnya ;

Dengan rasa penuh tanggungjawab sebagai rakyat negeri Perak, yang ingin melihat wujudnya sebuah kerajaan yang stabil di negeri yang saya kasihi ini dan setelah mengambil pertimbangan perkara-perkara berikut, iaitu:

- Keadaan politik yang tidak menentu hingga wujud satu kerajaan yang tidak kukuh di negeri Perak;

- Mengambil kira dan menghormati rakyat, pengundi-pengundi di kawasan pilihanraya N39 Bota serta menghormati prinsip-prinsip dan amalan demokrasi; dan

- Mengambil kira nasihat dan pandangan rakan-rakan politik dan orang-orang perseorangan yang ingin melihat wujud keadaan dan suasana politik dan kerajaan yang kukuh di negeri Perak:

Maka saya dengan perasaan penuh kesedaran dan tanggungjawab kembali semula menyertai Umno dan Barisan Nasional mulai daripada hari ini.

Manakala ADUN Behrang, Jamaludin Mohd.Radzi mendakwa dirinya dianiaya oleh Pemimpin PKR sebagaimana yang dilaporkan oleh Bernama. Sila klik di sini.

ADUN Changkat Jering, Mohd.Osman Jailu pula membuat laporan Polis dan menafikan bahawa beliau meletakkan jawatan.

Walau apa pun isu dan persoalan yang berlaku di Perak ini, hakikatnya UMNO = PKR = DAP = Parti Komponen BN yang lain. Dasar perjuangan parti-parti ini serupa saja. Tak kiralah samada yang berfahaman Sekular atau Liberal atau Pragmatis atau Sosialis atau apa saja, pucuk pangkalnya semua fahaman ini adalah rekaan manusia semata-mata. Akhirnya fahaman sebegini pasti ditolak oleh manusia.

Di sini bezanya PAS. PAS adalah sebuah parti, juga sebuah jamaah Islam sebagaimana Ikhwanul Muslimin di Mesir dan Hamas di Palestin. Dasar perjuangan PAS adalah jelas iaitu mahu menegakkan Daulah Islamiyyah berpandukan Al-Qur'an, Hadis, Ijma' Ulama dan Qias. Keempat-empat sumber rujukan ini termaktub di dalam Perlembagaan PAS. Seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PAS telah dididik dengan 'Aqidah Perjuangan Islam melalui proses Tarbiyyah yang tersusun. Jika ada terdapat individu dalam PAS yang tidak ikhlas dalam perjuangan, mereka dengan sendirinya akan terkeluar dari PAS tanpa disuruh oleh sesiapa pun. Contohnya Nakaei Ahmad.

Aku merasakan apa yang berlaku di Perak ini adalah satu pengajaran buat PKR dan DAP. Berpunca dari tindakan bodoh ahli mereka, maka kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang baru berusia 10 bulan berjaya dijatuhkan sekelip mata.

Mengapa mereka bertiga dari PKR dan DAP ini begitu mudah 'tewas' suku jalan ?

Jawapannya mudah. Sebab tiada prinsip dan kekuatan dalaman. Ini semua berpunca daripada dasar fahaman parti mereka itu sendiri. Apa bezanya UMNO, PKR dan DAP. Nothing different.

Katakanlah UMNO/BN memerintah secara adil, tanpa rasuah dan telus, apakah parti-parti seperti DAP dan PKR ini akan wujud ? Sudah tentu tidak.

Bagaimana pula dengan PAS ? PAS tetap wujud sebagai pembangkang kerana dasarnya ialah Islam yang syumul. Penentangan terhadap UMNO ini disebabkan dasar sekularnya. Bukan kerana namanya UMNO.

Kepada Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, aku nasihatkan hampa berdua insaf dan sedarlah. Jangan sekali-kali cuba mahu menikam PAS dari belakang. Mentang-mentang parti kamu banyak memenangi kerusi di Parlimen dan DUN, maka kamu jadikan itu sebagai 'lesen' untuk menikam PAS. Berani kamu cuba menghalang dan mempertikaikan Perlaksanaan Hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS.

Hari ini pekong Anwar Ibrahim telah diketahui oleh PAS apabila Ulama' terkenal Dr. Yusof Qardawi berpesan kepada Presiden PAS agar "Berhati-hati dengan Anwar." Mesti ada sebab mengapa beliau berpesan begitu kepada Tuan Guru Haji Hadi.

Aku berkeyakinan sokongan masyarakat bukan Islam terhadap PAS terus meningkat dari masa ke semasa. Islam adalah agama milik kepunyaan Allah SWT. Hati seluruh manusia juga di bawah genggaman Allah. Yakinlah, akan sampai masanya nanti kita akan melihat Islam yang memerintah Malaysia. Tidak mustahil jika diizinkan oleh Allah, PAS akan berjaya memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dan DUN dalam PRU13 akan datang.

Aku sama sekali tidak rela jika Anwar jadi PM. Dia ni sebenarnya lebih merbahaya dari Mahathir. Bolehlah diibaratkan Anwar ni macam sumpah-sumpah. Bila bersama pemimpin PAS, dia cakap pasal Islam. Bila bersama DAP, dia cakap tak sokong Hudud. Bila berjumpa dengan Yahudi, dia kata Hamas pengganas. Bila jumpa golongan Kristian, dia cakap boleh guna nama Allah dalam gereja. Na'uzubillah.

Hakikatnya Anwar juga seorang SEKULARISMA.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger