Saturday, February 21, 2009

Pimpinan UMNO Ikut Perangai Abu Jahal

Hampir 1,450 tahun Nabi yang teragung Muhammad S.A.W pergi meninggalkan kita semua. Dengan kembalinya Baginda ke pangkuan kekasihnya adalah sebagai penanda bahawa agama Islam telah sempurna sebagai satu cara hidup yang diredhai Allah SWT.

Firman Allah dalam Al-Qur'an di dalam Surah Al-Maidah (5) : pertengahan ayat 3 ;

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

Ertinya : Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.

Rasulullah S.A.W sendiri pernah berpesan "Berpegang teguhlah kamu dengan 2 perkara, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Yaitu Al-Qur'an dan sunnah aku."

Umat Islam Semakin Rosak

Umat Islam di seluruh dunia menyedari akan hal ini namun kita sendiri melihat cara hidup (way of life) mereka sudah jauh menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenarnya. Umat Islam dalam negara kita juga tidak terkecuali. Kerosakan akhlak di kalangan remaja Islam sudah sampai ke tahap membimbangkan. Gaya hidup bebas masyarakat Barat dijadikan ikutan dan 'trend' mereka. Pergaulan bebas, arak dan zina sudah menjadi perkara biasa bagi golongan remaja kita hari ini. Golongan majoriti artis Melayu yang 'berakhlak syaitan' dijadikan idola dan pujaan mereka. Setiap hari dihidangkan dengan hiburan yang melalaikan tanpa henti di kaca TV serta ditambah 'ramuan' dengan pelbagai jenis konsert dianjurkan oleh pihak Media dan swasta. Pemerintah negara pula memberikan kebebasan yang seluasnya terhadap program 'syaitan' sebegini. Semuanya ini adalah menjadi penyumbang besar kepada kerosakan masyarakat Islam dalam negara kita. Adakah segala masalah ini boleh selesai dengan sistem yang ada hari ini ?

Islam Penyelamat Ummah

Jika kita melihat Sirah Nabawiyyah, Rasulullah diarahkan oleh Allah untuk berhijrah ke Madinah kerana mahu menegakkan Negara Islam Madinah terlebih dahulu. Kemudian baru menawan Kota Mekah. Apabila Rasulullah berjaya menegakkan Daulah Islamiyyah di Madinah, maka Baginda selaku Perdana Menteri telah menggunakan kuasa politik (pemerintahan) yang ada di tangannya untuk melaksanakan Dasar Pemerintahan Negara berpandukan Al-Qur'an.

Dengan kuasa yang ada, Rasulullah dapat melaksanakan satu sistem kehidupan masyarakat yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah. Negara ditadbir secara adil dan telus. Rakyat dibebaskan dari sistem ekonomi riba' dan fahaman jahiliyyah yang membelenggu mereka selama ini, keselamatan dan kesejahteraan hidup rakyat terjamin dengan perlaksanaan Undang-Undang Allah yang adil dan tegas. Ringkasnya, seluruh manusia mendapat manfaat dari sistem pemerintahan Islam ini. Berbondong-bondong umat manusia masuk Islam.

"Abu Jahal Moden"

Dalam Sirah Nabawiyyah ada diceritakan bagaimana Nabi Muhammad sendiri pernah ditawarkan dengan habuan dunia (harta), wanita dan pangkat oleh Abu Jahal. Tawaran ini dibuat bertujuan untuk menghalang kerja dakwah Nabi S.A.W di Mekah namun segala usaha jahat Abu Jahal dan para pembesar musyrikin Mekah menemui kegagalan walaupun terpaksa menghantar para pakar perunding mereka untuk memujuk Rasulullah. Semuanya sia-sia.

Cuba kita bandingkan apa yang pernah dibuat oleh Abu Jahal dengan apa yang dilakukan oleh para pimpinan UMNO untuk menghalang kerja Islam dalam negara ini.

1- Peristiwa Memali - berlakunya peristiwa berdarah ini disebabkan ketakutan Mahathir dengan kesedaran Islam masyarakat Baling hasil daripada tarbiyyah Assyahid Ustaz Ibrahim Libya. Mahathir merasa sangat bimbang kesedaran Islam yang tinggi di kalangan umat Islam Baling ini akan merebak ke seluruh negara. Ekoran daripada itu, satu rancangan yang licik diatur untuk membunuh Ustaz Ibrahim Libya dan para pengikutnya.

2- Ceramah PAS disekat - UMNO tahu bahawa PAS memang bawa Islam yang betul. Oleh itu PAS perlu disekat daripada menyampaikan dakwah dan penerangan melalui siri ceramahnya. Pelbagai syarat dan sekatan yang dikenakan terhadap PAS untuk mengadakan ceramah umum. Polis digunakan untuk tujuan jahat ini. Malah ramai penceramah dan penyokong PAS yang ditangkap dan dibicarakan.

3- Habuan dunia - sudah menjadi tradisi bagi UMNO yang menggunakan duit untuk mempengaruhi pengundi. Habuan dunia digunakan untuk meraih sokongan rakyat bagi mengekalkan kuasa mereka. Rakyat berterusan 'digula-gulakan' dengan janji pembangunan.

Yang terbaru, rampasan kuasa di Perak. Inilah bukti terbaru yang menunjukkan para pimpinan UMNO cukup takut hilang kuasa. Mereka bertindak macam 'gangster' merampas Perak dari Pakatan Rakyat. Perangkap rasuah yang dikenakan terhadap 2 ADUN PKR merupakan mukaddimah daripada segala perancangan jijik dan hina ini.

Yang peliknya para pemimpin UMNO yang mengaku Islam ni boleh ikut perangai Abu Jahal.

Tak sedarkah mereka bahawa udara yang disedut untuk bernafas, nasi yang dimakan, air yang diminum, bumi tempat tinggal, segala kekayaan negara dan segala-galanya adalah milik dan ciptaan Allah belaka. Allah SWT menyediakan segalanya ini adalah untuk keperluan setiap makhluk-Nya hidup.

Memang puak-puak UMNO ini penderhaka terhadap Allah. Mereka tanpa segan silu menggunakan segala ciptaan dan milik kepunyaan Allah untuk hidup tetapi dalam waktu yang sama sengaja mengingkari perintah Allah. Mereka lebih percaya kepada peraturan dan undang-undang ciptaan manusia. Al-Qur'an dan Sunnah diketepi dan diperlekehkan mereka.

Bolehkah Islam pemimpin UMNO ini diterima oleh Allah ???

Anda buatlah penilaian sendiri.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger