Monday, February 9, 2009

Perlukah Revolusi Islam Di Malaysia ?

Republik Islam Iran

Esok 10 Februari, Iran akan meraikan ulangtahun ke-30 Revolusi Islam Iran yang dipelopori oleh Imam Khomeini. Hari ini seluruh rakyat Iran boleh berbangga kerana negara mereka berjaya mengharungi satu perubahan besar. Perubahan secara menyeluruh meliputi semua aspek kehidupan. Dari dasar negara sehinggalah cara hidup rakyat.

Berjaya membebaskan negara dan rakyat dari pemerintahan dan fahaman sekular (sesat) di zaman Shah Iran.

Kini Iran diperintah oleh ulama'. Dasar pemerintahan Iran berlandaskan Al-Qur'an dan Hadis. Setelah 30 tahun Iran di bawah pimpinan ulama', hari ini Iran menjadi tumpuan seluruh dunia dengan kemampuannya dalam segala bidang termasuk sains dan teknologi canggih. Para saintis Iran membuktikan kepada dunia bahawa umat Islam mampu membangunkan teknologi nuklear dan satelitnya sendiri. Kejayaan ini secara tidak langsung menepis segala tohmahan dan propaganda murahan pihak Barat yang mengatakan Islam menolak kemajuan.

Seorang pakar dari Jerman, Peter Scholl-Latour menyifatkan Iran kembali sebagai salah satu kuasa besar di rantau ini semenjak Revolusi Islam pada tahun 1979. Dengan pelancaran satelit buatan sendiri baru-baru ini membuktikan Iran berkemampuan untuk menentukan halatuju dan dasarnya serta boleh mempengaruhi negara-negara lain di rantau ini. Ini perlu diambil perhatian serius oleh pihak barat.

Seorang pakar menyebut bahawa pentadbiran baru Washington hari ini telah 'tewas' dengan polisi bijak Iran. Disebut bahawa Obama terperangkap dengan situasi dan dasar pentadbiran Bush sebelum ini. Kini Washington berada dalam 'dilema' dalam menentukan dasar luarnya terhadap negara-negara umat Islam, khususnya di Timur Tengah.

Keadaan lebih merumitkan lagi apabila Washington melihat pengaruh Iran sudah merebak ke seluruh dunia. Hari ini Iran menjadi tumpuan dunia. Banyak negara menyatakan kesediaan mereka untuk mengeratkan lagi hubungan diplomatik dengan Iran termasuk perdagangan dua hala dan kerjasama ekonomi. Inilah yang membimbangkan Amerika dan sekutunya Israel serta Britain.

Bila ditanya samada Iran bersedia untuk beruding dengan Washington. Majlis Speaker of Iran, Ali Larijani menegaskan "Ianya bergantung samada US telah bersedia untuk menukar strategi dan dasar mereka. Kami perlu tahu apa objektif mereka."

Dengan kemampuannya berdikari membangunkan ekonomi negara, membuat sendiri kelengkapan senjata termasuk pesawat, helikopter, kereta kebal dan peluru berpandu yang canggih, membangunkan teknologi nuklear dan satelit serta memiliki simpanan minyak yang kedua terbesar di dunia, Iran dilihat akan muncul sebagai salah satu kuasa besar dunia yang dihormati oleh kawan dan digeruni oleh lawan. Insya' Allah.

Dari sudut ekonomi, Iran menggunakan matawang Dinar dalam sebarang urusan perdagangan antarabangsa dan rezab simpanannya.

Bagaimana dengan negara kita Malaysia ?

Adakah kita masih tidak sedar lagi betapa gagal dan pincangnya Sistem Sekular yang digunakan oleh pemimpin UMNO dalam memerintah negara. Butakah hati kita sehingga tak nampak negara ini semakin hari semakin punah. Kedudukan ekonomi negara semakin rapuh. Rasuah bermaharajalela. Gejala MURTAD sudah sampai ke tahap kritikal. Kerosakan akhlak di kalangan remaja sudah tidak terkawal. Jenayah bunuh, rompak, rogol, samun berlaku setiap hari. Statistik remaja sekolah yang terlibat dengan jenayah semakin meningkat. Hingga melibatkan kes bunuh. Paling menyedihkan, bangsa Melayu paling banyak terlibat dengan dadah. Perzinaan (seks bebas) di kalangan anak-anak Melayu di sekolah dan pusat pengajian tinggi sudah menjadi perkara biasa.

Persoalannya, mengapa ini berlaku dalam negara kita sekarang ? Di mana silapnya ?

Semuanya ini berlaku kerana negara kita diperintah oleh golongan manusia yang sesat. Sistem pemerintahan Barat (sekular) yang diguna pakai oleh para pemimpin UMNO sejak merdeka adalah punca berlakunya segala kemelut ini. Inilah akibatnya jika dibiarkan golongan munafiq terus-menerus memerintah negara. Lebih malang lagi apabila rakyat yang mengaku Islam tetapi dalam waktu yang sama masih terus memberi sokongan kepada golongan pemimpin sebegini.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila golongan agama sendiri boleh mendokong sistem pemerintahan sekular barat ini. Rakyat terus-menerus disesatkan dengan segala kenyataan oleh golongan Ulama' Pengampu ini yang membenarkan segala tindakan dan dasar pemimpin atasan mereka.

Apa yang sedang melanda negara hari ini membuktikan bahawa Sistem Pemerintahan Sekular yang diguna pakai oleh UMNO/BN selama ini telah gagal membawa negara ke mercu yang boleh dibanggakan. Betapa bodoh dan bangsatnya pemimpin UMNO. Mengaku Islam tetapi sebenarnya mereka dijadikan 'hamba abdi' oleh puak Yahudi dan Nasrani. Mereka tidak sedar selama ini pihak musuh Islam mentertawakan kebodohan mereka.

Begitulah juga dengan orang Islam yang masih memberi sokongan kepada pemimpin UMNO. Mereka juga tidak sedar bahawa selama ini telah disesatkan oleh pemimpin mereka.

Yang lucunya kalau kita kata pemimpin UMNO kafir, mereka marah. Tapi kalau dikatakan munafiq, mereka tak berapa marah. Ahli-ahli UMNO ni tak tahu ke munafiq lebih jahat dari kafir. Punyalah bodoh mereka ni. Bila disuruh mengaji agama, mereka kata dah faham tapi masih lagi dok sokong parti sesat.

Khusus untuk orang Melayu yang masih setia menyokong UMNO. Sila baca dan fahamkan fatwa berikut oleh seorang Ulama' Masyhur di zaman Pemerintahan Islam Khalifah Uthmaniyyah. Syeikh Mustafa Sabri pernah menyebut ;

"Jalan paling mudah untuk menjadi KAFIR apabila memisahkan agama dengan politik."

UMNO memang sebuah parti kebangsaan berfahaman sekular. Ini disahkan sendiri oleh Almarhum Tunku Abd.Rahman. Fahaman sekular inilah yang memisahkan agama dengan politik.

Terbukti pemimpin UMNO termasuk dalam golongan KAFIRUN. Bagaimana pula kedudukan 'aqidah ahli-ahli dan penyokong UMNO ? Hangpa pikiaqlah sendiri. Ada otak pakai. Kalau tak puashati, pi tanya kat ulama' yang betul (haq). Jangan tanya kat ulama' UMNO sebab depa pun sama sesat sekali.

Perlukah Revolusi Islam Di Malaysia ?

Aku sengaja menggunakan perkataan Revolusi ini sebab ada umph...

Jika Iran boleh berubah secara menyeluruh melalui Revolusi Islamnya, mengapa tidak kita di Malaysia.

Kita sendiri boleh melakukan perubahan ini. Mungkin berbeza caranya dengan Iran tetapi perubahan secara menyeluruh pastinya boleh berlaku dalam negara ini. Semuanya ini bergantung kepada kesedaran kita sebagai umat Islam.

Sudah lebih 50 tahun kita berada dalam pemerintahan sekular UMNO/BN. Kita sendiri melihat betapa lemah dan pincangnya sistem sekular barat yang sesat ini. Sepatutnya kita sebagai umat Islam telah lama menolak sistem barat ini. Di mana letaknya iman kita selama ini dengan membiarkan selama lebih setengah abad sistem pemerintahan sekular meratah 'aqidah umat Islam secara halus dalam negara.

Ayuh !!! Bangunlah wahai saudara Islam... Sudah tiba masanya kita menyambut Era Kebangkitan Islam sepertimana yang dijanjikan oleh Allah dan RasulNya. Kebangkitan yang dijanjikan ini telah tiba. Jangan kita persia-siakan peluang yang ada.

Nilailah sendiri apa yang sedang melanda negara hari ini. Kemelut politik dalam negara semakin hangat diperkatakan. Kebiadapan UMNO/BN merampas kuasa di Perak baru-baru ini menandakan saat kehancurannya sudah tiba.

Tindakan 3 orang ADUN dari PKR dan DAP juga memberi isyarat jelas bahawa kedua-dua parti itu akan mengalami zaman kemerosotonnya. Mungkin DAP boleh terus kekal sebagai pembangkang bagi mewakili suara masyarakat Cina. Manakala PKR dijangka akan hilang sokongan rakyat ekoran dari tindakan 2 ADUNnya. Perlu disedari bahawa kekuatan pengaruh PKR terletak pada faktor peribadi Anwar itu sendiri. Hari ini rakyat sudah mula mempersoalkan kewibaan Anwar.

Anwar juga diketahui 'berkerjasama' dengan Amerika dan Yahudi dalam melaksanakan program "Muslim Moderate Network" dalam Malaysia. Kepura-puraan Anwar selama ini berjaya mengaburi mata rakyat dengan penampilan 'Islamik' yang memikat. Namun segala kepalsuan terbongkar juga akhirnya. Anwar juga turut menyokong IFC dan persatuan-persatuan NGO anti-Islam dalam negara.

Segala apa yang berlaku dalam negara mutakhir ini adalah dalam genggaman kekuasaan Allah. Yang haq pasti terserlah kebenarannya. Yang bathil pasti musnah.

Ekoran peristiwa rampasan kuasa di Perak, rakyat mula mengalihkan tumpuan mereka kepada PAS. Kewibawaan pimpinan dan wakil rakyat PAS semakin terserlah di mata masyarakat. Kejayaan PAS memerintah Kelantan selama hampir 20 tahun telah membuka mata masyarakat Islam dan bukan Islam dalam negara. Kelantan di bawah pemerintahan ulama' telah membuktikan bahawa pemerintahan Islam adalah yang terbaik. Kejayaan ini juga turut menarik perhatian pemimpin antarabangsa untuk mengenali lebih dekat lagi kejayaan PAS memerintah. Ramai pelabur-pelabur antarabangsa yang berminat untuk melabur di Kelantan.

Hari ini Kelab Penyokong PAS tumbuh ibarat 'cendawan tumbuh dalam hujan'. Masyarakat bukan Islam sudah mengenali PAS dan dasar perjuangannya. Mereka juga sudah tidak takut lagi dengan Hudud malah ada di kalangan mereka mengakui bahawa Undang-Undang Islam inilah yang sepatutnya dilaksanakan dalam negara. Kita yakin PAS semakin hari semakin mendapat tempat di hati rakyat.

Adakah ini juga boleh kita panggil sebagai Revolusi Islam Malaysia secara senyap ?

Insya' Allah, dengan kejayaan Revolusi Islam Iran, kekuatan pengaruh Hizbullah di Lebanon dan kejayaan Hamas menjadi pemerintah di Palestin, semuanya ini penunjuk jelas bahawa Islam akan bangkit semula dari 'tidur'nya. Malaysia juga tidak terkecuali. Hanya menanti saat dan ketikanya sahaja.

Kita wajib berhijrah daripada kegelapan kekufuran (toghut) kepada cahaya keimanan (Islam).

Marilah kita sama-sama menyambut kebangkitan yang dijanjikan ini.

Umat Islam mesti meninggalkan UMNO dan PKR. Kedua-dua parti ini berfahaman sekular.

Marilah menyertai PAS sebab Perlembagaan PAS jelas iaitu Al-Qur'an, Hadis, Ijma' Ulama' dan Qias. Mudah-mudahan Allah SWT memasukkan kita ke dalam golongan pembela agamaNya.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger