Wednesday, February 18, 2009

Hamas Lahirkan 15,000 Kanak-Kanak Tahfiz. UMNO Pula Lahirkan ...???

Walaupun bumi Palestin sentiasa diserang oleh rejim Zionis Laknatullah, namun rakyatnya tetap tidak berganjak dari bumi mereka untuk bersama dengan Kerajaan Islam Hamas bagi mempertahankan bumi para anbiya' dan syuhada' itu.

Kebangkitan umat Islam Palestin secara menyeluruh berlaku apabila tercetusnya Intifadhah yang pertama dalam tahun 1987. Pada ketika itu rakyat Palestin bertindak membaling batu kepada tentera Yahudi. Walaupun hanya batu dibaling, namun ianya sudah cukup menggerunkan mereka.

Gerakan Intifadhah ini dicetuskan oleh Muryidul 'Am Hamas, Assyahid Syeikh Ahmad Yasin. Beliau adalah insan yang bertanggungjawab mentarbiyyah rakyat Palestin agar berpegang teguh kepada Al-Qur'an dan Sunnah. Proses tarbiyyah yang berterusan ini berjaya melahirkan generasi dan para pelapis pejuang-pejuang Islam tulen dalam Gerakan Islam Hamas. Mereka tidak takut mati dan cintakan syahid. Keyakinan mereka terhadap janji Allah sangat tinggi.

Hamas cukup menitikberatkan soal 'ibadah wajib dan sunat bagi semua ahli-ahlinya. Solat tahajud dijadikan amalan harian mereka. Ramai di kalangan pimpinan Hamas dan sayap kanannya Briged Ezzedeen Alqassam yang hafaz Al-Qur'an. Begitu juga dengan para pejuangnya. Jiwa dan hati mereka sentiasa disirami dengan zikrullah dan bacaan Al-Qur'an.

Hari ini Hamas telah berjaya lahirkan 15,000 kanak-kanak yang hafaz Al-Qur'an. Bayangkanlah betapa berbahagianya ibubapa mereka kelak di Akhirat. Kanak-kanak ini adalah barisan pelapis yang akan meneruskan perjuangan Islam serta memerdekakan bumi Palestin dari kekejaman penjajahan rejim Zionis.

Inilah yang sangat menggerunkan rejim Zionis dengan kebangkitan Islam secara menyeluruh di kalangan rakyat Palestin di semua peringkat.

Berikut adalah ulasan salah seorang pemimpin Hamas, Dr Sami Abu Zuhri berhubung kejayaan melahirkan kanak-kanak tahfiz ;

"Pemimpin kami mendapat tarbiyah daripada Masjid Al-Aqsa dan kami pula mengajar anak-anak Palestin. Musim luruh lalu, kami berjaya lahirkan 15,000 anak-anak Palestin yang hafaz al-Quran."

"Ini adalah antara kejayaan perjuangan pertubuhan Islam itu selain membebaskan bumi Anbia' itu daripada rejim Zionis Israel."

"Hamas tetap bertegas tidak akan menerima sebarang syarat yang dikenakan oleh Israel bagi melakukan gencatan senjata di Palestin sedangkan sudah berpuluh tahun rejim itu mengganasi penduduk sehingga orang awam yang tidak berdosa terbunuh".

"Hamas cukup dibenci dan digeruni oleh Israel kerana sentiasa berjuang untuk menegakkan dan mempertahankan Islam sebagai cara hidup."

"Agenda Israel adalah menghancurkan umat Islam di sini daripada segala segi seperti pendidikan, ekonomi dan pentadbiran dan paling utama cuba hancurkan agama Islam itu sendiri."

Bagaimana pula dengan UMNO yang telah memerintah negara lebih 50 tahun ?

UMNO juga mencipta kejayaan besar dengan penuh bergaya yang sangat dibanggakan oleh Yahudi dan Nasrani. Bayangkanlah, dalam tempoh 51 tahun memerintah negara, UMNO hari ini boleh berbangga kerana kejayaannya melahirkan 250,000 orang Islam MURTAD.

Bukan setakat itu sahaja, UMNO juga berjaya melahirkan barisan pimpinannya yang rasuah, gila kuasa, gila betina, gila harta. Lebih hebat lagi ada di kalangan pimpinan UMNO yang sanggup membunuh sesiapa saja yang dikira boleh menggugat kedudukan dan pengaruhnya.

Jika Yahudi Zionis berkitabkan Talmud manakala golongan Kristian menggunakan Biblenya tapi UMNO sehingga hari ini kita sendiri tak tahu apakah kitab pegangannya yang sebenar. Setahu kita UMNO cuma ambil sikit saja dari Al-Qur'an. Agaknya UMNO ni menggunakan kitab campur-campur kot. Jika dilihat tindak-tanduk pimpinan UMNO yang ada hari ini jelas menunjukkan mereka lebih 'beriman' dengan ajaran kitab Talmud dan Bible. Mungkin inilah intisari ajaran Islam Hadhari. Padanlah Pak Lah beriya-iya sangat dalam konteks ini apabila beliau jadi PM.

Para pimpinan UMNO memang layak menerima Anugerah Khas daripada Pertubuhan Yahudi dan Nasrani Sedunia di atas kejayaan yang "Cemerlang, Gemilang dan Terbilang" ini.

Para ahli dan penyokong UMNO pula, mereka tak perlu bimbang sebab dapat juga 'saham' daripada kejayaan ini yang akan dibawa bersama di Padang Mahsyar kelak.

Apa ucapan yang sesuai untuk UMNO ?

Tiada bahasa dan ucapan yang sesuai untuk kita ucapkan kepada UMNO melainkan dengan kalimah UMNO LAKNATULLAH 'ALAIHI.

Sekian, Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger