Tuesday, August 26, 2008

Wanita Hindu Mahukan Kepimpinan Ulama'


Cuba lihat baju yang dipakai oleh wanita berbangsa India di dalam gambar ini dan baca tulisan pada bajunya. Jelas tertera ayat "Saya India, Saya Hindu. Saya Mahu Kepimpinan Ulama."

Tak berasa malukah orang-orang UMNO pada wanita India ini. Walaupun dia belum Islam tetapi hatinya mahukan kepimpinan ulama'. Malang sekali bagi kamu yang telah diberi 'subsidi' oleh Allah apabila lahir ke dunia sebagai seorang Islam tetapi masih menolak kepimpinan ulama'.

Renungkanlah di mana silapnya kamu. Jangan kamu persiakan pahala amal ibadah, solat, puasa, zakat dan haji kamu kerana mahu terus berada dalam UMNO yang jelas menyeleweng dari ajaran Islam. Tiada gunanya kamu terus pertahankan sebuah parti yang jelas berfahaman sekular (Kristian). Fahaman yang boleh merosakkan 'aqidah kamu.

Sedarlah dan insaflah, Almarhum Prof Dr. Hamka pernah menjelaskan di dalam Kitab Tafsir Al-Azharnya di dalam Surah Al-An'aam (6): ayat 159. Almarhum menafsirkan ayat ini sebagai "Barangsiapa yang ada keyakinan dalam hatinya bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada sistem Islam, maka kafirlah orang itu walau masih sembahyang."

Nilailah sendiri bagaimana kedudukan 'aqidah pemimpin kamu dalam UMNO. Tak pernah terfikirkah kamu mengapa telah sekian lama pemimpin UMNO memerintah Malaysia tetapi sehingga sekarang masih tidak mahu melaksanakan Hukum dan Undang-Undang Allah (Al-Qur'an).

Mungkin kamu semua akan menjawab sebagaimana pemimpin kamu beritahu bahawa Malaysia adalah sebuah negara pelbagai kaum dan agama. Maka tidak boleh dilaksanakan Undang-Undang Islam.

Aku nak tanya pada kamu semua. Siapa yang menciptakan manusia ini menjadi pelbagai bangsa dan agama ? Tentu kamu tahu ......

Habis tu, mengapa kamu masih boleh percaya cakap pemimpin kamu. Atau kamu sendiri lebih yakin dan percaya pada pemimpin kamu daripada Allah. Jika melihat sikap kamu yang terus-menerus memberikan sokongan pada UMNO, ini sudah cukup membuktikannya.

Janganlah jadi orang yang 'bodoh sombong'. Jangan kita ingat bila kita dah bersolat, puasa, zakat dan haji, maka Islam kita dah sempurna. Sebenarnya banyak lagi yang kita tidak tahu termasuklah perkara-perkara yang boleh merosakkan 'aqidah kita. Sedarlah, selagi kita bernama manusia, kita banyak kelemahan dan kadang-kadang tergelincir dalam kesesatan yang tidak kita sedari.

BERHIJRAHLAH SEBELUM TERLAMBAT.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger