Sunday, August 24, 2008

Satu Daripada Seribu Masuk Syurga

Artikel ini ditulis hasil dari pembacaan buku-buku Kuliah Agama karangan Ulama' Muktabar tempatan dan antarabangsa. Juga hasil daripada sumber video kuliah agama.

Seorang muslim akan meraskan bahawa mereka akan dimasukkan ke dalam syurga kelak. Kita juga merasakan begitu selama ini. Adakah begitu mudah untuk masuk ke syurga hanya dengan mengucapkan kalimah LAILAHA ILLALLAH. Memang Rasulullah s.a.w. pernah bersabda "Barangsiapa yang mengucapkan Lailaha illallah akan masuk syurga".

Pernahkah kita terfikir sedangkan kita di dunia ini apabila hendak masuk ke sebuah negara lain perlu menunjukkan paspot antarabangsa kepada pihak imegresen negara yang kita kunjungi itu. Selepas dicop oleh pihak imegresen, barulah kita dibenarkan masuk.

Bagaimana pula paspot nak masuk ke syurga ? Kita semua dah tahu bahawa 'paspot' nak masuk syurga ialah dengan mengucapkan kalimah tauhid LAILAHA ILLALLAH. Tetapi kita kena ingat 'paspot' ini juga wajib dicop dan mendapat pengesahan Allah terlebih dahulu sebelum mendapat kebenaran masuk ke "Negara Syurga". Apakah cop itu ?

Cop yang paling utama ialah 'Aqidah. Allah s.w.t. Maha Mengetahui tentang pegangan 'Aqidah kita semua.

Kita semua sedar bahawa orang Islam di negara kita tidak ada yang menyembah berhala secara terang-terangan. Masalahnya hari ini ramai orang Islam tidak sedar bahawa 'Aqidah mereka boleh rosak tanpa mereka sedari walaupun masih solat, puasa, zakat dan haji. Carilah buku agama yang bertajuk "Perkara Yang Merosakkan 'Aqidah".

Saya teringat kata-kata seorang ulama' tersohor Indonesia Almarhum Prof Dr.Hamka dalam Kitab Tafsir Al-Azhar. Almarhum menafsirkan ayat Al-Qur'an di dalam Surah Al-An'aam (6) : ayat 159 "Jika ada keyakinan di dalam hati bahawa ada undang-undang lain yang lebih baik daripada undang-undang Islam, maka kafirlah orang itu walaupun masih sembahyang."

Cuba kita nilai sendiri bagaimana kedudukan 'Aqidah pemimpin UMNO ... Adakah mereka termasuk dalam golongan fasik, zalim @ kafir ???

Bagaimana pula jika kita menjadi ahli dan penyokong UMNO. Mari kita rujuk terjemahan al-Qur'an dalam Surah Al-Ahzab (33) ayat 66 - 68:

"Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikkan dalam neraka, mereka berkata : "Alangkah baiknya andaikata kami ta'at kepada Allah dan ta'at kepada Rasul". Dan mereka berkata : "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menta'ati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang lurus (benar). Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali ganda dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar."


Di Akhirat kelak, Allah s.w.t. akan mengarahkan supaya orang-orang mujrimun (kafir) berpisah daripada orang-orang yang beriman (mukminun). Maka kedudukan manusia di Mahsyar telah terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan mukminun dan golongan mujrimun. Ketika puak mujrimun (kafir) dipisahkan daripada orang-orang mukminun, mereka mula merasai sangat takut. Ketika itu, datang seruan kedua yang memerintahkan Nabi Adam a.s. : "Wahai Adam, hantarlah kiriman untuk ke neraka." Kemudia Nabi Adam a.s. bertanya semula kepada Tuhan : "Sebanyak mana wahai Tuhan ?". Lalu Allah Taala menegaskan : "Bahawa daripada 1 000 orang, 999 untuk neraka, hanya 1 daripada 1 000 yang dimasukkan ke syurga."

Mulai dari saat itu, puak-puak yang menyeleweng daripada ayat-ayat Allah diheret keluar daripada kumpulan orang-orang yang beriman oleh para malaikat, yang berbaki hanya satu genggaman yang akan dimasukkan ke dalam syurga Allah s.w.t. Sebesar manakah genggaman Tuhan itu ? Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Marilah kita muhasabah diri dan berdoa' semuga Allah s.w.t. memimpin kita dalam hidup ini dan kita akan dimasukkan ke dalam GOLONGAN YANG SATU.

Jazakallah.

Takbir.

Membangun Bersama Islam

by monaz

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger