Monday, August 25, 2008

Semakin Terserlah Kejahatan Pemimpin UMNO

Permatang Pauh - 24 Aug

Imam Ramlang Porigi yang dilaporkan sebelum ini menjadi saksi sumpah Saiful telah menafikan penglibatannya dalam program 'sumpah laknat' tersebut. Beliau yang dijemput hadir ke Mesjid Bandar Perga dalam Program Solat Hajat Perdana bersama Tuan Guru Nik Abd.Aziz, telah menjelaskan kepada orang ramai yang berada di situ bahawa dia sama sekali tidak terlibat dengan majlis sumpah jahat itu.

Tegasnya secara kebetulan pada hari diadakan sumpah laknat di Mesjid Wilayah Persekutuan, dia memang ada di situ kerana menikahkah orang. Setelah selesai upacara akad nikah, dia dijemput untuk menjadi saksi mendengar jika terdapat kesilapan sebutan dalam bahasa Arab. Tambahnya lagi, lebih kurang jam 6.05 petang Saiful datang dengan beberapa orang dan terus melafazkan sumpah tersebut

Dia merasa hairan kenapa dengan tiba-tiba saja Saiful melakukan sumpah tersebut sedangkan sumpah ini sepatutnya dilakukan oleh kedua belah pihak terutamanya orang yang dituduh, bukannya yang menuduh. Tegasnya lagi, sewaktu Saiful melafazkan sumpah itu dia beberapa kali tersalah lafaz termasuk tarikh kejadian.

Imam Ramlang Porigi memohon maaf kepada para hadirin dan seluruh rakyat Malaysia kerana hadir dalam program berkenaan. Dia juga menyatakan bahawa sumpah laknat yang dilafazkan oleh Saiful itu adalah sumpah laknat ke atas dirinya sendiri.

Janji Allah pasti berlaku. Allah menjelaskan di dalam kitabNya yang bermaksud "Mereka merancang dan Allah juga merancang. Dan perancangan Allah itulah yang terbaik dan pasti berlaku."

Aku teringat sewaktu zaman Khalifah Saidina Abu Bakar, datang seorang wanita mengadu kepada beliau bahawa dia telah dirogol oleh seorang lelaki dengan menunjukkan bukti kainnya ada tompok-tompok putih yang menyerupai air mani. Lalu Saidina Ali yang berada di situ mengambil air panas dan mencurahkannya di atas tompok tersebut. Terbukti bahawa tompok tersebut adalah putih telur.

Sejarah telah membuktikan bahawa untuk melakukan fitnah memang mudah dengan mengadakan bukti palsu. Sebab itulah kita diperintahkan oleh Allah supaya membawa 4 orang saksi jika kita menuduh seseorang itu dengan tuduhan zina ataupun liwat. Jika kita tidak dapat menghadirkan 4 orang saksi yang adil, maka kita dikenakan Hukum Qazaf 80 rotan.

Sejak dari dulu lagi para Ulama' dan Pimpinan PAS dok habaq kat umat Islam di negara ini supaya meninggalkan toghut (UMNO) dan kembali kepada ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Malangnya seruan pewaris Nabi ni tidak dipedulikan, malah diperlekehkan.

Depa lebih gemar menyahut seruan pemimpin UMNO yang munafik ini. Dilalaikan dengan janji-janji manis. Padahal dah terbentang di depan mata depa segala gejala buruk yang melanda negara ini sehingga ada yang terkena kat batang hidung sendiri pun masih tak sedaq. Sebut saja gejala apa yang tak berlaku dalam Malaysia. Semuanya ada. Gejala murtad, zina, buang anak, black-metal, rompak, rasuah, bunuh dan macam-macam lagi. Semuanya semakin hari semakin meningkat.

Aku pun tak tahu betapa benaknya hati orang Melayu ni. Dah macam-macam Allah tunjuk bukti tentang betapa busuknya UMNO ni , eh.... masih lagi dok sokong sakan. Aku bukannya apa. Yang aku dok kesian tu pasai depa tak tahu yang UMNO tu parti sekular. Parti sesat. Lepas tu, bila mampoi, masuk neraka ikut pemimpin depa.

Kepada orang PAS, hampa patut bersyukur pasai Allah bukakan hati duduk dalam jamaah Islam ni. Tingkatkan amal, baca Qur'an selalu, sembahyang tahajud dan puasa Isnin & Khamis. Ikut macam Tok Guru Nik Aziz. Kalau hampa semua dapat buat macam ni, aku yakin tak lama lagi Islam memerintah Malaysia.

Aku boleh dok bayangkan betapa indah, manis, aman dan tenteramnya hidup ni bila Islam dah memerintah Malaysia. Masyarakat hidup dengan penuh kasih-sayang, yang miskin terbela, yang kaya pula pemurah, para isteri pula rela dimadu (ini paling best), kakitangan kerajaan dan swasta terbela, yang bukan Islam pula ramai akan memeluk Islam bila melihat keadilan dan kebenaran Islam. Bumi Malaysia diberkati Allah dan dilimpahi dengan rahmatNya.

Aku memang dok menanti saat indah ini. Aku selalu minta pada Allah supaya dipanjangkan umur agar dapat menikmati hidup di dalam pemerintahan Islam. Hampa semua jangan lupa berdoa' sama.

Kepada orang UMNO yang dok baca tulisan aku ni, janganlah tersinggung. Dengan ikhlas hati aku menyeru pada hampa semua, tolonglah tinggalkan UMNO. Almarhum Tunku Abd.Rahman pernah dok habaq bahawa UMNO adalah PARTI KEBANGSAAN BERFAHAMAN SEKULAR. Hampa semua kena sedaq bahawa fahaman sekular ni adalah FAHAMAN KRISTIAN YANG MENYESATKAN. Fahaman yang memisahkan agama dengan politik. Takkan hampa nak ikut pemimpin masuk neraka di akhirat nanti. Pasai aku sayang kat hampa lah, sebab tu aku dok habaq supaya tinggalkanlah UMNO. Kalau hampa semua tak percaya lagi apa yang aku dok habaq ni, hampa pi bukak Al-Qur'an dan rujuk pada Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 hingga 68. Hampa pi baca apa terjemahannya. Kemudian hampa pikiaqlah sendiri.

Let us pray may Allah give Anwar victory.

Aku dok berangan kalau Anwar jadi PM, aku nak mohon jadi cikgu baliklah.

Wassalam.
















No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger