Wednesday, August 27, 2008

Pengakuan Bersumpah Oleh Thagarajoo a/l Thangavelu

Berikut adalah terjemahan Pengakuan Bersumpah daripada Salinan Asal. Sila klik disini.

Saya, THAGARAJOO A/L THANGAVELU (NO K/P : 590821-10-6033) warganegara Malaysia yang sah dan beralamat di No.20, Jalan BK 4/1F, Bandar Kinrara, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan dengan sesungguhnya dan sejujurnya mengesahkan dan berkata seperti berikut ;

1. Pekerjaan saya adalah sebagai pemandu.

2. Suatu waktu dalam tahun 1995, Saya mula bekerja dengan Datuk K.S. Nallakaruppan ("Datuk Nalla") sebagai pemandu dan pengawal peribadinya. Saya bekerja dengannya selama 5 tahun. Kemudian, saya bekerja dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Kenneth Eswaran. Datuk Kenneth Eswaran menetap di Johor dan saya menjadi pemandu ibunya yang tinggal di Petaling Jaya. Kemudian, saya menjadi pemandu Datuk Kenneth Eswaran.

3. Datuk Kenneth Eswaran adalah seorang rakan karib kepada Datuk Seri Najib bin Tun Razak Timbalan Perdana Menteri Malaysia sekarang.

4. Datuk Kenneth Eswaran ada hubungan sangat rapat dengan seorang Bomoh Hindu, yang dikenali sebagai Mr. Ji. Mr Ji seorang India yang menetap di Kerala, India dan dia kerap datang ke Malaysia di atas undangan Datuk Kenneth Eswaran.

5. Melalui Datuk Kenneth Eswaran, Mr. Ji diperkenalkan dengan Datuk Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah binti Mansor. Banyak kali saya membawa Mr. Ji pergi ke rumah Datuk Seri Najib. Datuk Kenneth Eswaran turut menemani Mr. Ji. Mr Ji turut membawa bersama beberapa alatan sembahyang Hindu bagi tujuan pemujaan di rumah Datuk Seri Najib. Pemujaan ini akan dilakukan setiap bulan sewaktu "Ammavasi" iaitu bila bulan tidak kelihatan. Pemujaan ini adalah khusus dalam sembahyang Hindu yang melibatkan bacaan mentera dan menggunakan peralatan sembahyang Hindu seperti kunyit, vibhuti, kum kum, limau, kapur barus, susu lembu, dan beberapa daun pisang. Api sembahyang akan dinyalakan di dalam rumah dan Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah akan duduk di tengah-tengah ; Mr Ji akan melakukan pemujaan. Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah akan dimandikan dengan susu lembu. Selepas pemujaan, sebahagian daripada alatan pemujaan akan dibawa keluar daripada rumah dan ditanam di dalam tanah untuk menghindari syaitan.

6. Seperti yang saya katakan, peralatan pemujaan ini dibawa oleh Mr. Ji dengan dibantu oleh saya ke rumah Datuk Seri Najib, kedua buah rumahnya di Jalan Duta dan kediaman rasminya di Putrajaya. Saya sendiri yang membawa susu lembu dan peralatan sembahyang Hindu di dalam perkarangan rumah Datuk Seri Najib. Setiap kali bila mana Mr. Ji berada di sana melakukan pemujaan, saya pasti ada bersama. Perkara ini berterusan sehinggalah saya berhenti kerja dengan Datuk Kenneth Eswaran.

7. Saya sangat percaya bahawa pemujaan ini masih berjalan seperti biasa.

8. Semasa Pilihanraya Kecil Ijuk tahun lepas, saya membawa Mr. Ji ke bahagian luar pusat pembuangan undi di mana Mr. Ji meletakkan peralatan sembahyang bagi memastikan kemenangan calon MIC, K.Partiban.

9. Saya sangat percaya tindakan yang sama juga akan dilakukan dengan meletakkan peralatan sembahyang Hindu dan azimat di dalam atau di bahagian luar pusat pembuangan undi di Permatang Pauh.

10. Saya sendiri tahu bahawa doktor yang menyediakan laporan kesihatan Razak Baginda, tertuduh dalam perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya, adalah palsu seperti yang diarahkan Datuk Kenneth Eswaran pada doktor untuk melakukannya. Arahan ini dibuat melalui telefon sewaktu saya sedang memandu bersama Datuk Kenneth Eswaran.

11. Banyak kali, Datin Seri Rosmah meminta Datuk Kenneth Eswaran mendapatkan pertolongan daripada Mr. Ji supaya melakukan pemujaan untuk menghindari syaitan. Pernah satu kali, Datin Seri Rosmah menghubungi Datuk Kenneth Eswaran dan menyatakan kerisauannya apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, akan berkahwin dengan Datin Seri Jeanne Abdullah. Datuk Kenneth Eswaran memberi jaminan pada Datin Seri Rosmah bahawa dia akan meminta Mr. Ji melakukan pemujaan bagi menghalang perkahwinan ini.

12. Saya membuat Pengakuan Bersumpah ini kerana dalam beberapa perkembangan terkini yang berlaku ada melibatkan Datuk Nalla, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah dan Datuk Kenneth Eswaran yang saya kenali sewaktu bekerja sebagai pemandu. Baru-baru ini kejadian yang melibatkan kehilangan PI Balasubramaniam yang menyebabkan kebimbangan saya dan keluarga saya.

Dan sesungguhnya saya dengan teliti membuat pengakuan benar dan sebagaimana yang ditetapkan di dalam Akta Pengakuan Bersumpah, 1960.

Nota : Jika ada kekurangan di dalam terjemahan ini, harap dimaafkan.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger