Monday, January 10, 2011

UMNO ibarat seekor anjing kurus...

Macam-macam gelaran UMNO dapat la ni. Ada yang dok kata bangsat, pembohong, hapraq, penipu, pengkhianat Melayu, pembunuh, penjenayah, kafir, munafiq dan pelbagai persepsi negatif diberikan pada parti anak didik Nasrani dan Yahudi itu.

Yang terkini, UMNO diibaratkan seperti seekor anjing kurus yang kebuluran dan mengharapkan belas kasihan orang. Bila diberi makan sampai dah sihat gemuk gedempol, lepas tuannya sendiri digigit balik.

Berucap dalam Program Solat Hajat Perdana di Stadium Malawati baru-baru ini, Mursyidul Am PAS TGNA menyentuh pengkhianatan Umno ketika PAS menjadi komponen BN.

Katanya, "Dia nak bela Melayu tapi Melayu Kelantan tak nak bela. Inilah Umno. Nak suruh PAS berpadu dengan dia. Kita dah masuk BN, itupun dengan permintaan Allahyarham Tun Razak.

"Bila masuk dia tendang kita. Saya ingat pepatah Arab. 'Anjing yang kurus, bagi makan sampai gemuk, dia gigit kita balik. Oleh yang demikian bila dia minta balik bersungguh minta balik bekerjasama kita kata tidak."

Manakala Presiden PAS, TG Hj Hadi, dalam ucapannya menegaskan Pemimpin tertinggi PAS berikrar akan tetap setia bersama Pakatan Rakyat dan menolak khabar angin bahawa parti itu akan bekerjasama dengan Umno.

Beliau memberi jaminan ini ketika mengulas isu perjumpaan pemimpin PAS dan UMNO atas undangan Yang di-Pertuan Agong pada 24 Disember 2010 lalu.

Majlis itu diadakan bagi memohon ke hadrat Allah agar menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang hebat diserang terutama dalam isu perlantikan SUK Selangor.
Tegas Presiden PAS, "Majlis ini dianjurkan oleh pimpinan PAS untuk menyatakan kita akan bersama dengan rakan Pakatan Rakyat dalam sebarang cabaran dan penentangan BN."

“Kepada siapa sahaja rakan kita yang disentuh samada PAS, PKR dan DAP, kita akan bersama dalam hadapi segala cabaran. Pakatan Rakyat makin hari makin kuat. Ini kenyataan terbuka yang kita nyatakan secara praktikal pada malam ini," katanya.

Majlis anjuran PAS ini mendapat sambutan luar biasa apabila hampir 12 ribu hadirin membanjiri kawasan stadium menyertai acara solat hajat dan memberi sokongan terhadap kerajaan negeri Selangor.

Selanjutnya di sini

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger