Thursday, January 6, 2011

Amacam Rais? Nafilah semahunya tapi mangsa kenal kau

Di dunia bolehlah kau melepaskan diri dari tindakan undang-undang dengan kedudukan sebagai Menteri Kabinet. Apatah lagi di Malaysia ni yang sedang diperintah oleh manusia yang 2 x 5 macam kau juga. Semuanya halal. Takde yang haram. Pemimpin sebaik Anwar dianggap pengkhianat negara tapi orang seperti Mahathir yang kasi lingkup ekonomi negara dengan amalan kronisme, rasuah dan pembaziran dianggap negarawan. 'Beruntunglah' kau Rais. Sedap kau dapat, tak kena dakwa dan dilantik semula oleh Najib to join the cabinet. Namun beringatlah bila Allah SWT memberikan jawapan-Nya kelak. Bukan setakat kau saja yang lingkup malah seluruh pemimpin UMNO yang jahat termasuk Najib. Sekarang bolehlah kau bohongi dan perbodoh rakyat yang masih setia bersama UMNO BN.

Semalam si Menteri Perogol menafikan segala tuduhan terhadapnya. Katanya "Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik"

Tak sepatutnya Rais salahkan blogger. Mereka menulis berdasarkan pendedahan oleh Migrant Care serta bukti pengakuan oleh adik mangsa. Bukan itu saja, malah blogger pro-UMNO sendiri, Rocky-Bru telah mendedahkan kes ini sejak 2007 lagi tapi tiada sebarang tindakan diambil. Waktu itu di era PM Pak Lah dan beliau sendiri tahu hal ini tapi sekadar 'menendang' keluar Rais Yatim dari kabinetnya.

Takkanlah si mangsa tak kenal majikannya. Takkanlah jin menyerupai Rais Yatim kot yang menenkoi mangsa. Mana ada jin rogol manusia. Malah dalam surat aduan adik mangsa kepada Migrant Care jelas menyebut, antaranya;

Saya bagi pihak kakak saya Robengah, mantan pembantu rumah Menteri Budaya Malaysia ingin mohon bantuan bapak. Kakak saya telah diperkosa oleh majikannya Pak Menteri beberapa kali. Hingga satu hari tanggal 19/02/07, Kuasa Allah, perbuatan kejinya itu telah terlihat oleh Datin isterinya yang sangat baik melayan semua pembantu rumah. Datin telah hantar kakak saya pulang ke Indonesia keesokan harinya, tanggal 20/02/07.

Walaupun sudah hamper 4 bulan berlalu, keadaan kakak saya masih terganggu. Kami tidak tahu apa harus dilakukan. Mahu lapor polisi, kami takut kerna sedar kami ini siapa. Atas bantuan seorang rakan, surat ini ditulis buat bapak.

Tolong kami Pak. Bersihkan kehormatan wanita Indonesia yang mencari rezeki buat anak-anak yang sekolah. Apakah memperkosa pembantu rumah pekerja asing yang tak bisa baca dan tak bisa tulis, adalah satu budaya orang kenamaan di Malaysia.

Kakak saya akan ceritakan segala-galanya. Saya sertakan foto majikannya bersama kakak saya yang berdiri disebelahnya (bertudung biru) bersama pembantu rumah yang lain dan Datin isterinya.

Tolong bapak rahsiakan alamat kakak saya kerna Pak Menteri itu punya banyak wang dan kenalan di Indonesia. Kuatir nanti keluarga kakak saya akan diapa-apakan seperti kasus Altantuya di Malaysia.


Kekadang tu hairan bila memikirkan perangai pemimpin UMNO ni. Sesat tu dah satu hal tapi yang boleh jadi 'gelojoh' hingga pembantu rumah pun dia 'sapu', apa hal. Kalau dah tak tahan sangat... kahwinlah sorang lagi. Punyalah ramai gadis yang cantik dan montel di luar sana tu. Artis Melayu yang muda, seksi dan gatal pun ramai kat luar sana. Pergi je masuk meminang. Tentu mak bapak dia orang terima punya. Menteri yang pinang ohh... kaya dan glamour lagi.

Mungkin si Rais ni suka yang 'adventure' punya. Tak payah susah-susah cari kat luar sebab di rumah dah ada yang 'free' dan 'menyelerakan'. Apatah lagi dengan kedudukan sebagai Menteri yang ada kuasa dan undang-undang bisa diatur, tentunya mangsa tak berani nak buka mulut. Ironisnya mangsa disuruh bersumpah tidak akan pecah rahsia. Apa yang mangsa mampu lakukan hanyalah sekadar pasrah, menanggung derita dan sakit. Nak mengadu pada Datin tak sampai hati kerana Datin terlalu baik padanya.

Hinggalah pada tarikh 19 Februari 2007, dengan kehendak Allah, Datin sendiri melihat perlakuan sumbang si suaminya. Sejak itu mangsa terselamat daripada terus diratah oleh si tua kutuk tak sedaq diri.

Bagi penulis, pendedahan satu persatu segala jenis kekejian dan kerakusan para pemimpin UMNO ini berlaku adalah atas kehendak dan kekuasaan Allah SWT. Hanya Dia Yang Maha Berkuasa untuk menyembunyi atau mendedahkan aib atau kejahatan seseorang.

Sewajarnya pendedahan sedemikian dijadikan iktibar oleh rakyat negara ini serta menginsafi betapa peri pentingnya soal memilih pemimpin.

Kesian Datin Masnah...

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger