Sunday, January 23, 2011

Guru diminta setia pada kerajaan kurap

Hari ini Muhyiddin Yasin kata eloklah guru setia pada kerajaan. Bukan sekadar guru malah semua kakitangan awam memang wajar setia pada kerajaan. Persoalannya, patutkah guru dan semua penjawat awam setia pada kerajaan yang korup dan zalim? Lihat saja bagaimana guru diugut dengan pelbagai cara agar tidak menyokong pembangkang. Ada yang dipindah jauh dari sekolah asal. Ada yang disekat kenaikan pangkat. Ada yang tidak disahkan dalam jawatan dan sebagainya. Adakah patut para guru setia pada kerajaan sedemikian rupa?

Sebagai bekas guru, penulis tak nafikan memang masih ramai golongan pendidik menghidap sawan takut pada UMNO. Bagi mereka nak buat apa cari susah mengundi pembangkang. Tak pasal-pasal kena pindah jauh. Pangkat tak naik. Kena tekanan dari pihak sekolah dan jabatan. Gaji macam tu juga. Ohhhh... jangan cari pasal.

Kalau nak ambil mudah, ada benar juga alasan sedemikian. Iyalah... hidup dah selesa dan bahagia dengan suami dan anak-anak. Ada rumah, kereta dan sedikit simpanan masa depan. Bila cuti, pergi bercuti dengan keluarga. Jadi, nak buat apa cari susah. Undi je BN. Payah sangat, tak payah mengundi lagi senang.

Inilah antara senario yang berlaku dalam masyarakat guru tanahair. Ada setengahnya langsung tak mahu ambil tahu pasal politik. Lantaklah situ. Yang penting dalam hidup ni buat duit sebab minda sudah terdidik dengan fikrah madiyyah. Money is everything. You can do anything with it.

Sewajarnya golongan educated seperti guru tidak bersikap sedemikian namun itulah hakikat yang berlaku. Bila tiada kesedaran politik di kalangan pendidik, bermakna semakin bermaharajalelalah pemerintah korup dan zalim.

Dan umum menyedari sejak UMNO ditubuhkan pada 1946, ramai di kalangan guru yang menjadi penggerak parti tajaan Inggeris itu dan memegang jawatan penting. UMNO sedar golongan pendidiklah yang memainkan peranan besar bagi melebarkan pengaruh parti. Bila ramai guru bersama UMNO, dengan sendirinya menambah keyakinan rakyat terhadap perjuangan parti itu. Perlu diakui komitmen para guru veteran mendidik anak bangsa memang dikagumi. Menjalankan tugas penuh dedikasi dan ikhlas. Sentiasa menjadi rujukan masyarakat setempat.

Justeru Najib dan Muhyiddin cukup bimbang jika golongan pendidik ini celik politik. Jumlah guru yang ada sekarang lebih kurang 450 ribu orang. Seandainya separuh dari jumlah ini bersama Pakatan Rakyat, sudah tentu UMNO berhadapan masalah besar di masa mendatang.

Kebimbangan dua pemimpin utama UMNO ini jelas bila mana Pakatan Rakyat berjanji akan menaikkan gaji guru sebanyak RM500 jika berjaya ke Putrajaya dalam PRU13. Najib sedar PR mampu melaksanakan janji tersebut. Untuk menyembunyikan keresahannya, Najib cuba memperbodohkan rakyat dengan mengatakan negara akan bankrap jika gaji guru dinaikkan RM500.

Najib menjadi semakin 'tak siuman' bila PR melancarkan Buku Jingga semasa Konvensyen II Pakatan Rakyat di P.Pinang pada 19 Disember lalu. Dalam buku tersebut, PR berjanji akan melaksanakan beberapa dasar demi kepentingan negara dan rakyat dalam masa 100 hari pertama pemerintahan.

Golongan pendidik sewajarnya ingat mereka semua ada anak dan cucu yang bakal mewarisi negara ini. Jangan hanya memandang kesenangan dan keselesaan hari ini tanpa memikirkan nasib generasi yang akan datang. Tiada gunanya kita meninggalkan harta bertimbun untuk anak cucu jika tanahair sendiri di ambang kemusnahan di segenap sudut.

Tidak cukup lagikah segala kebejatan sosial dan keruntuhan akhlak yang melanda pelajar dan generasi muda hari ini. Tidak terfikirkah di benak minda kita semua kenapa kehidupan hari ini semakin terbeban dengan segala macam kenaikan harga barangan sedangkan pendapatan tidak berubah.

Pernahkah kita buat pengiraan berapakah jumlah pendapatan kita hilang begitu saja dengan kenaikan beberapa kali harga minyak petrol. Ambil contoh semasa zaman Pak Lah di mana dalam setahun berlaku 3 kenaikan menggila dari RM1.35 kepada RM1.85 seliter.

Katakan semasa harga petrol RM1.35 seliter, setiap hari kita berbelanja sebanyak RM13.50 (10 liter petrol) untuk ke tempat kerja. Setelah harga naik kepada RM1.85 seliter, bermakna kita terpaksa membayar RM18.50 setiap hari untuk petrol. Di sini telah berlaku peningkatan kos tanggungan sebanyak RM5.00 sehari. Sebulan RM150.

Maksudnya RM150 hilang begitu saja ekoran kenaikan tersebut. Berapa pula jumlahnya jika setahun? RM1,800. Ini baru kenaikan harga petrol. Dan berapa pula kos tambahan yang terpaksa ditanggung dengan kenaikan harga gas masak, gula, tepung dan barang keperluan asas yang lain.

Perlu disedari bahawa kadar kenaikan gaji di Malaysia adalah yang terendah di rantau Asean. Hanya 2.9 peratus setahun berbanding 4.8 peratus di Indonesia pada masa ini.

Di sudut ekonomi, pendapatan rakyat menguncup dengan kenaikan tersebut. Bila pendapatan menguncup, kuasa membeli semakin hilang ekoran kenaikan harga barangan. Ianya memberi kesan terhadap ekonomi secara menyeluruh. Yang pasti ekonomi bergerak perlahan bila penawaran melebihi permintaan.

Baru-baru ini didedahkan sejumlah RM800 bilion 'wang panas' telah mengalir keluar dari Malaysia dari tahun 2000 - 2008. Selain jumlah sebesar itu, Ketua Audit Negara sendiri mengesahkan jumlah wang negara yang lesap begitu saja akibat rasuah dan penyelewengan berjumlah RM26 bilion pada 2010.

Dengan fakta sedemikian rupa, jika para guru masih lagi mahu menyokong kerajaan kurap UMNO BN, tak tahulah penulis nak cakap apa lagi. Lebih baik berhentilah jadi guru. Takde guna jadi pendidik kalau bebal... Memalukan.

Jangan sampai esok anak cucu sendiri kencing atas kubur kita ekoran kesilapan kita sendiri memilih pemimpin.

Selamat malam.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger