Wednesday, January 19, 2011

MP Serdang diugut 'tentera jihad'

Sebelum ni rakyat 'dikejutkan' dengan kejadian bakar gereja ekoran keputusan Mahkamah Tinggi KL membenarkan penggunaan nama Allah dalam agama Kristian Katholik. Kemudian gempar pulak dengan perarakan membawa kepala lembu ke pejabat MB Selangor , susulan isu pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam. Reda kedua isu ini, timbul pulak kejadian sebuah surau di Seremban yang disimbah cat merah. Bila rakyat lupa dah pasal surau cat merah, tup-tup media perdana milik UMNO heboh pulak pasal Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching masuk ke dalam masjid dan surau. Dan hari ini MP Serdang itu menerima ugutan bila satu nota berbunyi "Ingat!!! Ini Satu Peringatan, Teo Nie Ching. Tentera Jihad" dan seekor ayam mati digantung di pintu pejabatnya.

Umat Islam negara ini tidak seharusnya terpengaruh dengan kerja-kerja puak bodoh tak faham Islam ini. Jangan lupa dalam peristiwa bakar gereja dulu, dua pemuda yang ditahan dan dijatuhkan hukuman penjara mengakui UMNO telah memperalatkan mereka. Setelah dibicara dan didapati bersalah, UMNO lepas tangan.

Dalam kes ugutan terhadap MP Serdang ini, penulis tak mahu menuduh mana-mana pihak. Dipercayai ugutan ini ada kaitan dengan isu Teo Nie Ching masuk ke surau dan masjid di kawasan parlimennya.

Pihak yang mendakwa diri mereka sebagai 'tentera jihad' sebenarnya tak faham Islam dan beranggapan Islam itu hanya untuk Melayu saja. Inilah masalahnya bila ngaji tak habis dan nak tunjuk kononnya sebagai pembela agama Allah.

Puak tentera jihad ni sebenarnya jahil dan bertindak atas emosi. Konon nak jadi pembela agama... porahhhh. UMNO yang jelas berfahaman sesat sekular, kamu tak sibuk pulak. Kita nak habaq kat 'tentera jihad' ni agar belajar dan fahamilah Islam betul-betul. Jangan ikut macam UMNO. Islamnya suku dan selebihnya kapiaq.

Sebagai umat Islam, kita wajib ikuti apa yang Rasulullah buat kerana Baginda adalah contoh ikutan terbaik.

Jika Rasulullah sendiri izinkan orang kafir masuk ke dalam mesjid, pasal apa pulak kita nak marah dan perbesarkan isu MP Serdang masuk mesjid?

Lupakah kita pernah satu ketika seorang kafir kencing dalam mesjid dan para sahabat mahu menghalaunya tapi dihalang oleh Rasulullah. Baginda beritahu pada sahabat "Jangan dimarahi orang itu kerana dia tidak tahu."

Peristiwa ini merupakan satu pengajaran kepada umat Islam. Seharusnya kita sedar bahawa Islam adalah agama untuk seisi alam. Universal, adil dan penuh hikmah. Justeru Islam tidak pernah melarang orang kafir masuk ke dalam mesjid kerana ada hikmah yang perlu kita fahami.

Begitulah juga tidak menjadi kesalahan (dosa) jika umat Islam menghadiahkan senaskah Tafsir Al-Qur'an kepada bukan Islam sebab harus disedari menjadi kewajipan setiap Muslim berdakwah dan menyampaikan seruan Allah kepada mereka. Bukan memaksa mereka peluk Islam.

Firman Allah yang bermaksud "Tiada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam), sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah....

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger