Monday, January 17, 2011

Si Markom lidah bercabang

Si Pengarah Pelajaran 'UMNO" Johor inilah yang terang-terang mengajak pengetua dan guru-guru menjadi perayu undi bagi membantu BN dalam PRK Tenang ketika berucap di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah, Labis pada 31 Disember 2010 dan di empat buah sekolah kebangsaan sekitart DUN Tenang pada 3 Januari lalu. Dan hari ini lain pula cakapnya setelah menyedari diri bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang ekoran arahan pertukaran Cikgu Makrof Abd Mutalib, suami kepada calon PAS di DUN Tenang.

Sebagai bekas guru, penulis hairan bagaimana Jabatan Pelajaran Johor boleh memberi notis pertukaran pada 27 Disember 2010 dan meminta pegawai terbabit melaporkan diri di sekolah baru pada 1 Januari 2011. Kalau tidak bermotifkan politik, apa namanya?

Lepas tu si Markom UMNO ni boleh pulak berkata "Selepas mendapat tahu mengenai pencalonan isterinya Normala, pihaknya memutuskan untuk membatalkan buat sementara pertukaran Makrof.

Logik ke kenyataan ini walhal arahan notis pertukaran pada 27 Disember lalu dan pengumuman Normala sebagai calon pada 16 Januari 2011. Nampak sangat si Markom ni daripada spesis makhluk lidah bercabang.

Diyakini si Markom ini jadi gelabah bila Makrof dan PAS akan membuat laporan SPRM atau tindakan mahkamah jika arahan pertukaran itu tidak dibatalkan kerana begitu ketara arahan tersebut bermotif jahat dan mahu menyusahkan guru terbabit.

Selanjutnya di sini

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger