Wednesday, October 13, 2010

Punyalah hina Rosmah di mata dunia

Bak kata orang tua-tua, kalau dah jahat tu sapa pun benci. Mana ada negara yang sanggup menghantar wanita pertama mereka untuk menghadiri Persidangan Wanita Pertama Dunia anjuran si perempuan puaka yang gila kuasa ni. Yang hadir hanyalah 14 orang wanita pertama dari negara-negara benua Afrika. Punyalah hina si Rosmah ini di mata dunia. Dan inilah yang dibanggakan oleh ahli dan penyokong UMNO.

Bagi penulis, antara sebab utama 178 buah negara lagi sengaja tidak menghantar wanita pertama mereka ke persidangan yang diadakan di Kuala Lumpur itu adalah sebagai protes terhadap kes pembunuhan kejam Altantuya yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Dan seluruh dunia telah tahu pembunuhan tersebut memang melibatkan Rosmah dan Najib.

Yang keduanya, sebagai tanda protes mereka atas perbicaraan kes liwat II Anwar Ibrahim. Dunia melihat kes ini merupakan konspirasi politik jahat II yang sengaja dirancang oleh Najib Rosmah bagi menjatuhkan Anwar selepas kospirasi politik I di era Mahathir.

Yang ketiganya, protes terhadap integriti badan kehakiman dan undang-undang negara.

Belum pernah terjadi dalam sejarah Malaysia bila mana isteri PM dihina oleh masyarakat dunia. Inilah kali pertama isteri seorang PM dipandang lekeh oleh 178 orang wanita pertama dunia.

Lebih mengaibkan Rosmah bila mana negara jiran sendiri seperti Singapura, Brunei, Indonesia dan Thailand pun tidak menghantar wanita pertama mereka.

Dan memang selayaknya si Rosmah menerima penghinaan seperti ini kerana terlampau jahat. Pada perkiraannya dengan kuasa dan wang ratusan juta boleh membeli semua orang dalam dunia. Minta maaflah...

Rosmah terlupa bahawa 178 wanita pertama dunia mempunyai maruah dan harga diri masing-masing. Mereka tidak sanggup mengkhianati rakyat dan negara sendiri dengan menghadirkan diri ke persidangan yang dianjurkan oleh seorang wanita yang sudah terkenal dengan kerakusan kuasa serta terlibat dengan pembunuhan kejam Altantuya dan konspirasi politik II menjatuhkan Ketua Pembangkang.

Persoalannya sekarang apakah Rosmah telah 'membayar' sejumlah wang kepada 14 buah negara yang menghantar wanita pertama mereka? Jika dilihat senarai 14 negara tersebut memang terdiri daripada negara msikin.

Berita lanjut di sini

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger