Tuesday, October 19, 2010

Veteran USNO keluar UMNO

Ahli politik veteran yang membawa UMNO ke Sabah, Datuk Karim Ghani, hari ini mengumumkan keluar parti itu. Beliau adalah antara bekas pemimpin parti USNO, termasuk Tun Datu Mustapha Datu Harun (pengasas Usno), yang memainkan peranan penting membawa Umno ke negeri itu pada 1990-an.

USNO dibubarkan untuk memberi laluan kepada UMNO bertapak di Sabah.

Karim berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada ibupejabat Umno di Kuala Lumpur dan pejabat parti itu di Kota Kinabalu, awal hari ini.

Beliau berkata, keputusannya untuk meninggal UMNO itu berkuatkuasa serta-merta.

Katanya, beliau akan kekal tanpa parti sehinggalah menemui parti politik yang sesuai untuk disertainya.

Karim berkata, beliau sudah bosan dengan kegagalan UMNO untuk memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat Sabah.

Bekas naib presiden USNO itu menyertai kumpulan yang setia kepada USNO yang baru-baru ini meminta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar mengkaji semula keputusannya menolak permohonan mereka memulihkan USNO.

Ada laporan menyatakan majoriti bekas pemimpin USNO merasa mereka dipinggirkan dan mahu parti itu dipulihkan untuk membolehkan mereka meneruskan perjuangan politik mereka.

- Bernama

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger