Monday, October 18, 2010

Robot Allah yang dibelenggu fikrah jahiliyyah

Sebagai manusia yang dikurniakan minda oleh Allah, sewajarnyalah minda itu digunakan sebaik mungkin dalam membuat pertimbangan rasional berdasarkan ilmu dari pembacaan, pengajian, pemerhatian, kajian dan pengalaman hidup. Adanya minda itulah yang memisahkan antara manusia dengan haiwan. Namun tidak dinafikan ada di kalangan manusia itu sendiri lebih hina daripada haiwan bila menjadikan hawa nafsu mereka sebagai tuhan.

Sebagai Muslim, penulis merasa sedih bila mengenangkan majoriti saudara seagama masih dibelenggu dengan fikrah jahiliyyah yang tidak berpenghujung walaupun sudah lebih 1,430 tahun Al-Qur'an diturunkan kepada Rasulullah S.A.W.

Kita sendiri mengakui bahawa Al-Quran yang Qadim itu adalah perlembagaan yang sempurna sebagai panduan hidup seluruh umat manusia yang meliputi segala aspek kehidupan termasuk ekonomi, politik, negara, hubungan antarabangsa, perundangan, masyarakat dan segalanya.

Lupakah kita bahawa Allah yang menciptakan sekelian makhluk termasuk jin dan manusia. Allah jelaskan dalam wahyu-Nya bahawa "Tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah (tunduk dan patuh) kepada Aku".

Oleh kerana Allah sebagai jurutera robot yang bernama manusia, maka hanya Dia sajalah yang Maha Mengetahui segala sistem robot ciptaan-Nya. Justeru Dia turunkan 'manual book' Taurat, Zabur, Injil dan Al-Qur'an sebagai panduan yang wajib dipatuhi oleh seluruh robot-Nya itu.

Dan 'manual book' terakhir sekali yang diturunkan ialah Al-Qur'an.

Bila membeli kereta baru, sudah tentu kita patuh dengan jadual servis berkala yang telah ditetapkan dalam buku manual servis. Kalau ditanya kenapa ikut jadual servis? Tentu kita semua menjawab sebab sayangkan kereta dan mahu menjaga kesihatan enjinnya agar tahan lama.

Jika dalam bab servis kereta ini kita boleh patuh dengan manual book servisnya, mengapa tidak dalam soal hidup kita di dunia ini? Lupakah akan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya? Kita semua diwajibkan menjaga kesihatan jasmani dan rohani.

Malangnya majoriti kita asyik sibuk menjaga kesihatan jasmani saja dengan memastikan keperluan tubuh badan ditunaikan secukupnya dengan pelbagai jenis makanan yang berzat agar sentiasa sihat. Manakala kesihatan tubuh rohani terus diabaikan hingga kurus kering.

Akibat pengabaian berterusan, akhirnya roh jadi sakit dan begitu mudah terpedaya dengan segala tipu helah syaitan. Manifestasinya manusia menjadikan nafsu sebagai tuhan mereka serta membelakangi wahyu Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Hari ini kita sendiri dapat melihat betapa rosak dan kelam-kabutnya fikrah umat Islam bila diserang dari segenap penjuru dengan pelbagai jenis fahaman toghut musuh-musuh Islam. Serangan ini bermula sejak hari pertama jatuhnya sistem Khilafah Uthmaniyyah Turki.

Sejak kejatuhan itu, orang yang mengaku Islam sendiri elah menjadi agen penyebar serta mempopularkan sistem toghut ini di dalam negara masing-masing. Mereka bukan sekadar menyebar saja malahan berjaya menjadikan fahaman songsang ini sebagai satu aqidah baru umat manusia di seluruh pelusuk dunia Islam.

Buktinya hari ini umat Islam sendiri begitu percaya bahawa tiada politik dalam Islam. Mereka kata politik lain, agama lain.

Tanpa kita sedar rupanya dalam diam pihak musuh (penjajah)telah berjaya merosakkan Aqidah majoriti umat Islam di seluruh dunia. Matlamat musuh bukan memaksa kita untuk memeluk agama Yahudi dan Nasrani tetapi memadai dengan percaya (beriman) dan melaksanakan sistem ciptaan mereka. Itu sudah cukup.

Lihat saja hari ini, tanpa dipaksa dan disuruh, 250 ribu orang Islam telah memilih untuk murtad. Yang secara terus-terang menghina undang-undang Allah dengan berkata "Hudud tak sesuai untuk masyarakat majmuk". Menghalalkan riba', arak dan judi. Memberi galakan seluas-luasnya terhadap pelbagai jenis program yang melalai dan merosakkan masyarakat dan sebagainya.

Apa kaitannya dengan pemerintahan negara?

Ramai yang tidak menyedari betapa besar kesannya terhadap fikrah umat Islam dalam sesebuah negara yang mengguna-pakai dan melaksanakan sistem pemerintahan sesat tajaan musuh seperti sekular, sosialis dan komunis ini.

Bila mana pemerintah yang dipilih rakyat itu terdiri dari golongan manusia yang berfahaman sedemikian, maka dengan sendirinya mereka telah meletakkan kedudukan 'Aqidah dan negara mereka dalam merbahaya.

Dalam konteks Malaysia, kita semua tahu sistem pemerintahan sekular yang diamalkan sejak merdeka. Memisahkan Islam daripada aspek pemerintahan negara. Islam hanya terhad sebagai agama rasmi saja.

Dan ada termaktub dalam perlembagaan persekutuan ini bahawa "Mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan ini secara sendirinya terbatal". Ertinya termasuklah mana-mana undang-undang Allah (Al-Qur'an) yang bercanggah dengan perlembagaan ini turut terbatal dengan sendirinya. Na'uzubillah.

Tidak perasan lagikah kita betapa besarnya murtad perlembagaan negara yang didraf oleh si penjajah kafir laknatullah.

Apa kaitannya dengan kita?

Sudah tentulah ianya melibatkan diri kita semua sebab kita yang mengundi (memilih) pamimpin dari parti UMNO yang berkiblatkan fahaman sesat sekular ini. Manifestasi daripada sikap kita yang terus-menerus memberi mandat kepada mereka telah menjadi kelansungan pada penerusan sistem pemeritahan toghut sekular yang jelas bertentangan dengan Islam.

Lupakah kita dalam Surah Al-Baqarah ada dijelaskan;

"Tiada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. Oleh itu barangsiapa yang engkar kepada Toghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah memegang tali yang kukuh dan tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekufuran) kepada cahaya (keimanan). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya (iman) kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.

Dalam artikel sebelum ini, penulis ada jelaskan bagaimana seseorang Muslim itu boleh termasuk dalam golongan Musyrikin hanya dengan menjadi ahli atau penyokong UMNO.

Penulis nak guna bahasa mudah.

Kalau kita terus beri undi (sokong) UBN dalam pilihanraya akan datang, bermakna kita terus redha dengan kelangsungan pemerintahan sesat sekular. Bukan setakat itu saja malah kita turut dihukum sebagai redha dengan perlaksanaan undang-undang ciptaan manusia (penjajah) yang telah menafikan Undang-Undang Allah (Al-Qur'an).

Menurut Assyahid Sayyid Qutb, barangsiapa yang menyokong perlaksanaan sistem ciptaan manusia, bermakna mereka dengan sendirinya telah menafikan hak Allah sebagai penentu hukum (Al-Hakimiyyah) yang mutlak di dunia ini. Ertinya mereka telah melakukan Syirik di sudut Tauhid Uluhiyyah.

Akhir sekali, sanggupkah kita mati sebagai seorang Musyrikin?

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger