Tuesday, October 12, 2010

Pemimpin jahat, rakyat rosak, negara musnah....

Dalam sistem demokrasi berparlimen, mana-mana parti yang mahu jadi pemerintah mestilah menguasai kerusi di Parlimen. Paling tidak 'simple majority'. Dalam konteks Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama, juga mana-mana negara di dunia ini, sudah tentulah mana-mana parti politik akan bersaing untuk memenangi hati majoriti rakyat dalam setiap PRU.

Bila menyentuh tentang pengundi Melayu/Bumiputera Islam, penulis berasa agak kecewa bila merenung sikap dan fikrah majoriti mereka. Jauh ketinggalan di sudut fahaman politik serta semakin jauh dari Islam itu sendiri. Penulis yakin semuanya ini berlaku ekoran doktrin dan fahaman sekular yang sudah ditanam ke dalam jiwa mereka sejak merdeka oleh anak didik Inggeris, yaitu UMNO.

Assyahid Sayyid Qutb sendiri mengakui kejatuhan Empayar Islam Uthmaniyyah memang berpunca daripada serangan fahaman sekular yang melanda umat Islam ketika itu. Pihak musuh sedar mereka akan gagal selagi mana umat Islam masih berpegang teguh kepada Al-Qur'an dan Sunnah. Justeru, langkah pertama yang mesti diambil ialah dengan menjatuhkan terlebih dahulu Sistem Khilafah Turki melalui anak didik mereka Kamal Ataturk laknatullah. Akhirnya pihak musuh berjaya setelah merancang selama beratus tahun.

Kita kena akuilah minda majoriti umat Islam di seluruh dunia masih terjajah sehingga ke saat ini sejak jatuhnya pemerintahan Khilafah di Turki.

Penulis ingin menyorot kembali sepintas lalu bagaimana boleh tertubuhnya UMNO dan PAS sebelum Tanah Melayu mendapat kemerdekaan melalui rundingan di London.

Sebelum kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957, perjuangan menuntut kemerdekaan memang diketuai oleh kumpulan yang berteraskan Islam. Bagi merealisasikan cita-cita murni ini, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah ditubuhkan pada tahun 1945 oleh Mokhtaruddin Laso dan Dr Burhanuddin al-Helmi. PKMM mendapat sokongan padu orang Melayu ketika itu. Melalui PKMM ini Dr Burhanuddin telah memperkenalkan fikrah politik Islam.

Tahun berikutnya, 1946, pihak Inggeris telah memperkenalkan dasar Malayan Union yang menafikan hak ketuanan raja-raja dan orang Melayu seluruhnya. Akibatnya, orang Melayu seluruhnya bangkit menentang Malayan Union. Selain golongan nasionalis, golongan ulamak merupakan tenaga penggerak utama kepada kebangkitan orang Melayu menentang dasar yang diperkenalkan oleh penjajah itu.

Kebangkitan menyeluruh orang Melayu ini akhirnya melahirkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau UMNO pada tahun yang sama. Penubuhan UMNO ini ekoran kesedaran betapa orang Melayu perlu bersatu menentang penjajahan Inggeris. Manakala penyertaan ulamak ke dalam UMNO hanya keperluan tersebut, bukan disebabkan mereka bersetuju dengan dasar nasionalisma UMNO yang membelakangi Islam. Justeru itu kebanyakan ulamak telah menubuhkan Hizbul Muslimin pada tahun 1948 bagi meneruskan cita-cita menuntut kemerdekaan dan menjadikan Tanah Melayu yang merdeka sebagai sebuah negara Islam hakiki.

Pihak British merasakan penubuhan Hizbul Muslimin sebagai satu ancaman utama mereka, lalu memperkenalkan undang-undang Darurat untuk mengharamkan parti Islam itu dan menahan para pemimpinnya. Selain daripada Inggeris, yang merasa terancam dengan penubuhan Hizbul Muslimin ialah UMNO sendiri. Namun begitu semangat perjuangan Islam golongan ulamak tidak berakhir dengan pengharaman Hizbul Muslimin, sebaliknya golongan ulamak dalam UMNO telah membubarkan sayap ulamaknya dan menubuhkan pula Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS) pada tahun 1951.

Bila mana pihak Inggeris sendiri menyedari UMNO turut sama tidak senang dengan penubuhan Hizbul Muslimin, maka laluan penjajah untuk memperalatkan UMNO bagi merealisasikan agenda 'big boss' Freemason Yahudi Antarabangsa semakin terbuka luas. Yaitu agenda menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah negara sekular seperti Turki. Perancangan licik dan jahat Inggeris untuk menghancurkan Islam semakin mudah kerana semua pemimpin utama UMNO yang ada ketika itu berfahaman nasionalis serta mendapat pendidikan barat.

Akhirnya pihak Inggeris setuju memberikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 setelah mereka berpuashati bahawa Almarhum Tunku Abd Rahman dan pemimpin UMNO yang lain bersetuju dengan segala syarat-syarat yang ditetapkan, termasuk menerima Draf Perlembagaan oleh Suruhanjaya Reid sebagai undang-undang tertinggi negara.

Bergemalah laungan 'Merdeka, Merdeka, Merdeka' di Stadium Merdeka. Orang Melayu merasa puas kerana tanahair tercinta telah bebas dari penjajah, namun mereka tidak sedar kemerdekaan itu hanya pada zahirnya saja. Kemerdekaan dalam erti kata bangsa sendiri yang jadi pemerintah, namun Inggeris terus menjajah dengan segala dasar dan undang-undangnya yang ditinggalkan.

Bermula dari tarikh 31 Ogos itulah Aqidah Islam orang Melayu mula diratah sedikit demi sedikit. Terbukti hari ini bila mana majoriti umat Islam dah semakin jauh daripada hakikat ajaran Islam itu sendiri. Dan kemuncak kepada kejayaan pihak penjajah Inggeris dulu dapat dilihat dengan mata kepala kita sendiri hari ini. Antaranya kes murtad sudah mencecah angka suku juta. Kerosakan akhlak di kalangan remaja Melayu sudah tidak boleh dikekang. Perzinaan sudah menjadi perkara biasa. Masalah dadah sudah tidak boleh dikawal.

Ringkasnya segala penyakit masyarakat yang melanda Amerika telah menjangkiti rakyat Malaysia. Segala macam jenis jenayah telah berlaku di negara kita mutakhir ini. Senario ini semakin buruk bila sistem Undang-Undang dan Keadilan dilacurkan oleh penguasa yang rakus dan zalim.

Jangan kita hairan kenapa majoriti umat Islam tanahair masih percaya dengan UMNO sehingga ke hari ini. Puncanya kerana Aqidah Islam mereka sendiri telah berjaya dirosakkan oleh pemimpin tanpa sedar. Sebab itulah mereka masih percaya dengan fahaman sekular yang memisahkan agama dengan politik.

Lebih parah lagi bila mana ada golongan ilmuan Islam (ulamak) sendiri sanggup duduk dalam UMNO demi kepentingan duniawi serta menjadi alat UMNO untuk menyesatkan lagi seramai mungkin orang Melayu yang telah sedia jauh daripada Islam. Hati mereka telah dimatikan Allah hingga tidak nampak lagi hakikat kebenaran. Mereka ini disebut sebagai Ulama' jahat dan celaka.

Ingatlah, selagi mana kita terus menyokong pemerintahan sekular UMNO ini, maka kita termasuk dalam golongan Musyrikin.

Penulis menyeru kepada seluruh warga Islam agar segera meninggalkan toghut (UMNO) sebelum nyawa sampai ke urat leher.

Ini adalah persoalan serius yang melibatkan 'Aqidah.

Wallah hu'alam.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger