Saturday, June 18, 2011

Siri 2 : Golongan Yang Haram Disokong

Rasulullah s.a.w. ialah utusan Allah yang diberikan wahyu kepadanya dan tidak bercakap dengan hawa nafsu. Firman Allah dalam Surah An Najm : ayat 3-4 yang bermaksud :

Dia (Muhammad) tidak bercakap berdasarkan hawa nafsunya. Segala yang diucapnya adalah wahyu yang diwahyukan.

Dengan wahyu Allah, Allah telah mengkhabarkan kepada Nabi-Nya tentang keadaan-keadaan yang bakal berlaku selepas ketiadaan Baginda. Antaranya, akan wujud para pemimpin yang zalim dan penipu. Sesiapa yang menyokong mereka, maka Nabi s.a.w. tidak mengakuinya sebagai pengikut (umat) Baginda dan tidak akan dapat meminum telaga di syurga, dalam kata lain tidak akan memasuki syurga melainkan diazab atas jenayah sokongan mereka kepada para pemimpin jenis tersebut. Sesiapa yang tidak menyokong dan menolong para pemimpin yang zalim dan membenarkan pembohongan mereka, maka dia adalah pengikut (umat) Nabi dan akan memasuki syurga kelak.

Mukmin yang sebenar akan merasa bimbang dan takut dengan amaran ini. Tidak mengapa jika seseorang dipecat dari menjadi ahli sesuatu pertubuhan, tetapi yang sangat bahaya dan menakutkan apabila kita dipecat dari menjadi pengikut (umat) Nabi s.a.w. Di manakah golongan ini akan berhimpun di Akhirat kelak jika Rasulullah s.a.w. tidak menerima mereka sebagai pengikutnya?

Sesungguhnya asas utama kezaliman pemerintahan yang wujud sekarang adalah kerana tidak melaksanakan syari'at Allah (Perundangan Al Qur'an). Firman Allah dalam Surah Al Maidah : ayat 45 yang bermaksud ;

Sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim.

Dengan kezaliman yang asas ini, para pewaris Fir'aun menambahkan lagi kezaliman demi kezaliman. Membolot harta rakyat dan menzalimi setiap yang bangun menasihatinya.

bersambung...

Siri 1 di sini

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger