Friday, June 10, 2011

Anwar akan ke penjara?

Sebelum ini, 16 Mei lalu, tindakan Hakim Zabidin Mohd Diah memutuskan pihak pendakwaraya telah berjaya mengemukakan prima-facie terhadap Anwar Ibrahim atas tuduhan meliwat Saiful Bahri Azlan walaupun barisan peguambela memiliki bukti dan alibi kukuh yang menunjukkan Saiful tidak diliwat.

Merupakan satu perkara yang janggal dan tidak pernah dibuat oleh mana-mana mahkamah dunia bila Hakim boleh buat verdict awal bagi menggambarkan tertuduh bersalah tanpa mendengar dulu hujah pembelaan diri. Setelah buat verdict, barulah tertuduh diarahakn membela diri.

Bagi penulis, sejak hari pertama perbicaraan Liwat II bermula, cara penghakiman dah dijangka. Yaitu, dalam apa cara sekalipun Anwar mesti dipenjarakan. Sebabnya, membiarkan Anwar terus di luar, bererti padah besar akan menimpa BN, khususnya UMNO.

Inilah senario paling menjijikkan berlaku dalam negara. Politik jahat dan keji amalan UMNO. Parti yang dikuasai oleh segelintir manusia berbangsa Melayu dan mengaku Islam tetapi perangai mereka sama seperti dajjal. Amalan matlamat menghalalkan cara memang sudah sebati dengan UMNO sejak zaman Tunku lagi. Dulu, kini dan selamanya.

Atas dasar apa Anwar terus difitnah dan diaibkan?

Sejarah kezaliman dan kejahatan Fir'aun boleh kita jadikan teladan bagaimana dia telah mengarahkan semua bayi-bayi lelaki yang baru lahir dibunuh. Tindakan ini dilakukan ekora ramalan ahli teleknya yang menyatakan akan lahir seorang bayi lelaki yang akan menjatuhkan kerajaannya.

Begitu juga Namrud yang mengaku dirinya tuhan dan memaksa rakyat menyembahnya. Namun bila berhadapan dengan Nabi Ibrahim, dia kalah hujah ketika Nabi Ibrahim menegaskan "Tuhan akulah yang menerbitkan matahari dari arah timur ke barat. Jika engkau betul-betul tuhan, sila terbitkan matahari dari sebelah barat dan tenggelam di timur."

Ekoran hujah bernas Nabi Ibrahim, Namrud terpinga-pinga kerana sedar dia tidak mampu untuk menerbitkan matahari dari arah barat. Justeru, bila merasakan diri telah dimalukan oleh Ibrahim di hadapan rakyatnya dan merasakan kuasa telah tergugat, lalu diperintahkan seluruh rakyat mengumpul kayu api untuk membakar Rasul Allah. Ringkasnya, bila Nabi Ibrahim dilihat keluar dari unggunan api yang begitu besar dalam keadaan sejahtera dan kesejukan, pada saat itulah ramai di kalangan rakyat yang memerhatikan kejadian aneh itu telah beriman kepada Allah dan meninggalkan Namrud.

Hari ini, Najib dan UMNO sedar Anwar merupakan ancaman kepada mereka. Sebab Anwar tahu segala pekong Najib dan seluruh pimpinan utama UMNO. Satu-demi satu kes rasuah dan penyelewengan Najib dan gengnya didedahkan kepada umum oleh Anwar. Dan setiap kali pendedahan dibuat, akan disokong dengan bukti dokumen.

Selain penyelewengan, rasuah dan jenayah pimpinan UMNO semakin diketahui oleh rakyat, termasuk ahli UMNO sendiri, satu hal lagi yang paling menakutkan Najib ialah pengaruh Anwar itu sendiri. Justeru, ke mana saja Anwar berceramah, pasti Polis dan FRU dikerahkan untuk menghalang Anwar daripada berceramah. Sebab apa? Sebab tak mahu rakyat dengar penjelasan Ketua Umum PKR itu.

Bagi rakyat yang boleh berfikir, nescaya timbul tanda-tanya "Mengapa Anwar dihalang berceramah? Kalau benar Anwar berbohong, apa perlunya Najib dan UMNO takut?"

Najib dan pemimpin UMNO sedar jika Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya dalam PRU13, nescaya mereka akan didakwa atas segala macam jenayah. Lihat saja bagaimana takutnya Najib dengan kebangkitan rakyat Mesir secara menyeluruh hingga jatuhnya Hosni Mubarak. Lebih menggerunkan Najib bila segala aset Mubarak di luar negara telah dibekukan dan akan dipulangkan kepada Mesir bila kerajaan baru dilantik. Bukan itu saja, malahan tiada mana-mana negara yang sudi menerima kehadiran Mubarak bagi mendapat suaka politik kerana rakyat mereka sendiri akan menentang hasrat itu.

Lihat saja bagaimana Raja Saudi sendiri menolak permintaan Mubarak untuk mendapatkan perlindungan di negara pengeluar minyak itu. Sebab Raja Saudi tahu rakyat negaranya sendiri mempunyai hubungan rapat dengan rakyat Mesir. Jika dia menerima permintaan Mubarak itu, nescaya rakyatnya juga turut bangkit memberontak dan akhirnya akan runtuh sistem pemerintahan monarki dan diganti dengan sistem pilihanraya. Inilah yang ditakuti oleh Raja Saudi.

Dan begitulah juga dengan negara-negara Eropah dan Barat.

Ditakdirkan Pakatan Rakyat mmerintah nanti, nescaya rakyat akan bangkit mendesak agar Najib dan seluruh pimpinan UMNO yang rasuah, termasuk Pak Lah dan Mahathir dihadapkan ke mahkamah rakyat. Bukan itu saja, malah seluruh kroni mereka di kalangan korporat keparat turut menerima nasib yang sama.

Dan inilah mimpi ngeri yang menghantui mereka. Sebab itulah, mereka akan melakukan apa saja dengan memperalatkan instrumen kerajaan bagi memastikan UMNO BN terus menang dalam pilihanraya.

Malang bagi Malaysia kerana masih ramai lagi di kalangan rakyatnya yang buta politik dan jiwa tidak merdeka. Lebih menyedihkan bila orang Melayu yang mengaku Islam tapi masih boleh beriman dengan kepercayaan politik lain, agama lain. Satu fahaman yang jelas sesat dan merosakkan 'Aqidah.

Jadilah rakyat yang bijak. Bukan dungu.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger