Monday, June 6, 2011

Apa maksud Muhyiddin???

Sebagaimana pernah penulis jelaskan dalam posting terdahulu, memang berlaku perbincangan serius antara UMNO dan geng Perpaduang kira-kira 3 minggu sebelum Muktamar. Malah penulis dimaklumkan kata sepakat antara kedua belah pihak telah dicapai. Hanya menunggu Nik Aziz mati dan Anwar balik ke penjara.

Namun segala perancangan UMNO-UG itu digagalkan oleh Allah bila Mat Sabu dan Husam menjadi pilihan utama perwakilan.

Walaupun hajat penulis telah tercapai dengan kemenagan '4 Panglima Badar' itu, namun jauh di sudut qalbu ini masih gusar dengan agenda Kerajaan Perpaduang itu. Kebimbangan penulis ada asasnya.

Pertama, Dr Harun Din menegaskan yang menjadi penghalang besar agenda itu ialah Muryidul Am sendiri dan Anwar Ibrahim.

Kedua, semalam Muhyiddin menegaskan UMNO masih membuka pintu kerjasama dengan PAS.

Ketiga, apakah ada jaminan Geng Perpaduang ini akan terus mengalah begitu saja setelah orang yang diharapkan menang untuk jawatan Timbalan dan Naib Presiden tidak kesampaian.

Keempat, bolehkah dijamin Hj Hadi dapat membebaskan dirinya daripada pengaruh Geng Ganu dan kumpulan UG itu sedangkan beliau sendiri yang mencetuskan idea tersebut di zaman PM Pak Lah.

Kelima, mampukah Mat Sabu, Husam Salahuddin dan Mahfuz 'membenamkan' terus agenda mengarut itu jika Pakatan Rakyat kalah teruk dalam PRU13.

Sayugia diingat, pelbagai kemungkinan boleh terjadi dalam politik. Ada yang boleh berubah sikap sekelip mata demi menjaga kepentingan diri dan kelangsungan survival politik masing-masing. Apatah lagi yang mula lupa diri dek pengaruh habuan keduniaan.

Tidak dinafikan, malah diakui oleh semua pihak bahawa dasar PAS adalah jelas. Mahu tegakkan Daulah Islamiyyah. Hanya Allah Yang Maha Menentukan bilakah masa dan saatnya. Samada cepat atau lambat. Namun dalam waktu yang sama, faktor kepimpinan merupakan aset terpenting bagi memastikan visi itu segera dicapai.

Ibarat sebuah kapal besar yang sedang belayar di lautan luas. Tentunya dalam pelayaran itu, pelbagai halangan dan kemungkinan boleh berlaku sebelum sampai ke destinasi pelabuhan. Justeru ianya menuntut kepada seorang Kapten yang bijaksana dalam membuat sesuatu keputusan yang kritikal bagi memastikan kapalnya selamat sampai ke tempat yang dituju. Tersalah membuat keputusan akan mengundang bahaya terhadap kapal dan anak kapal itu sendiri.

Apatah lagi dalam soal memimpin sebuah jamaah yang mempunyai ahli lebih sejuta orang. Tersilap membuat percaturan dan keputusan, pasti akan mengundang padah besar.

Penulis mengharapkan dengan gandingan yang baru, Hj Hadi dapat terus memacu jamaah PAS ini hingga ke tahap yang optimum sebagai sebuah parti yang dominan dalam persada politik tanahair.

Penulis hanya sayangkan PAS. Tidak pernah taksub pada parti atau pemimpin. Penulis akan menentang mana-mana pemimpin yang cuba merosak dan membahayakan masa depan PAS.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger