Monday, March 23, 2009

Wakil Rakyat PKR Buat Hal Lagi !!!

Pakatan Rakyat sekali lagi berhadapan dengan kerenah seorang lagi wakil rakyat PKR (ADUN Penanti), Mohd.Fairus Khairuddin yang meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 dan Exco negeri.

'Sakit' akibat tindakan bodoh 2 wakil rakyat PKR dan 1 DAP yang belot di Perak masih belum reda, tiba-tiba datang lagi satu 'petaka'. Kali ini di Penang pulak. Seorang lagi orang PKR 'menyanyah' tak tentu pasal mengambil keputusan 'resign' sebagai TKM 1 dan Exco Penang yang berkuatkuasa pada 8 April ni.

Khabornya sejak Pilihanraya Kecil Permatang Pauh lagi dia tak disenangi oleh pimpinan PKR dan juga pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ruponya dah lama orang PKR dok meluat kat Fairus ni. Of course there is something wrong about this Deputy Chief Minister? How come his alliance hate him ?

Selongkar punya selongkar, rupanya si Fairus ni memang haprak. Padanlah depa menyampah kat dia pasai berlagak sombong dengan rakyat yang diwakilinya. Para pengundi DUN Penanti heboh cakap pasai dia yang tak mesra rakyat dan lebih teruk lagi tak mahu ambil berat tentang masalah dan kebajikan para pengundi kawasannya.

Sampaikan Anwar sendiri terpaksa pi jumpa dia bagi nasihat agar dapat perbaiki prestasi dan reputasinya sebagai wakil rakyat. Anwar juga dikatakan menerima pelbagai laporan tentang 'kegiatan' Fairus yang boleh menggugat kewibawaannya sebagai wakil rakyat dan TKM 1 Pulau Pinang. Persoalannya, apa benda kegiatannnya itu sehingga boleh mencacatkan reputasinya ?

Secara peribadi, aku memang tak berapa percaya dengan muka-muka baru wakil rakyat PKR ni. Tobat... memang aku tak caya. Memanglah tak bagus buruk sangka kat depa ni tapi nak wat macamana sebab perangai depa ni lebih kurang macam UMNO juga. Orang macam Fairus ni, aku tengok muka dia pun aku tak caya. Aku nak habaq kat Anwar dan pimpinan tertinggi PKR agar lain kali siasat dulu latarbelakang dan peribadi bakal calon hangpa. Jangai main taruk je.

Nah! sekarang apa dah jadi ? Seorang lagi orang hangpa buat hal. Silap-silap si Fairus ni 'lompat katak' masuk UMNO dan hilang pulak satu kerusi DUN di Pulau Pinang. Menganga hangpa semua. Aku berkeyakinan yang si Najib Laknatullah dan kuncu-kuncunya memang sedang 'memujuk' Fairus ni. Boleh jamin ke yang Fairus takkan lompat ? Jika Najib 'offer' kat dia RM10 juta untuk lompat masuk UMNO dan dia setuju, kita nak kata apa. Dengan tindakan bangang si Fairus ni, sekali lagi peluang terbuka kepada UMNO untuk pasang 'trap' mereka.

Yang menghairankan aku, kenapa Anwar dan pimpinan PKR lambat bertindak untuk mengatasi masalah yang dibawa oleh Fairus ni. Dalam hal ini, PKR dilihat cuba untuk menyembunyikan masalah dalaman yang berlaku dan cuba menyelesaikannya. Malangnya bukan penyelesaian yang ditemui tetapi masalah besar pula yang timbul. Sewajarnya PKR di bawah pimpinan Anwar Ibrahim yang dikatakan 'hebat dan bijak berpolitik' itu tidak memilih Fairus dari awal lagi sebagai calon dalam PRU12 lalu. Apakan daya, terlajak kereta boleh diundur, terlajak buat keputusan tanggunglah akibatnya.

Bila dah jadi begini, tiada guna lagi jika PKR bertindak memecat Fairus. Nak suruh si Fairus ni letak jawatan sebagai wakil rakyat DUN Penanti ? Minta maaflah... Fairus takkan sekali-kali meletakkan jawatannya. Spesis macam si Fairus ni adalah dari jenis 'selfish'. Sebab itulah dia tak mahu dengar nasihat Anwar dari awal lagi. Dia tak peduli dengan orang PKR yang benci kat dia. Dia juga tak hairan dengan sikap pimpinan kerajaan Pulau Pinang yang tak berpuashati terhadapnya. Agaknya, mungkin si Fairus berkata dalam hatinya begini ;

"Peduli apa aku dengan depa semua. Depa semua tak suka aku, itu depa punya pasai. Yang penting aku masih wakil rakyat. Kalau PKR minta aku letak jawatan wakil rakyat, sorrylah aku nak ikut. Lebih baik aku lompat masuk UMNO dan dapat duit jutaan ringgit. Pie mampoilah dengan PKR. Hangpa jangan dok beranganlah yang Anwar tu boleh jadi PM....".

Apa yang berlaku ini merupakan satu pengajaran lagi kepada PKR dan pimpinannya. Jangan ingat kemenangan PKR yang diperolehi dalam PRU12 lalu sudah membuktikan segala-galanya yang anda mampu mengetuai Pakatan Rakyat untuk memerintah. Belum pun sampai usia 2 tahun PKR sebagai Ketua Pembangkang, pelbagai masalah timbul ekoran tindakan beberapa wakil rakyat mereka. Macamana boleh dikatakan mampu untuk mengetuai Pakatan Rakyat sebagai kerajaan jika masalah sendiri pun tak mampu diselesaikan.

Lain kali belajarlah dengan PAS....

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger